settings icon
share icon
Soalan

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang orang Kristian yang berkhidmat dalam tentera?

Jawapan


Alkitab mempunyai banyak maklumat tentang perkhidmatan tentera. Manakala kebanyakan rujukan Alkitab yang bercakap tentang tentera hanya merupakan analogi, namun beberapa ayat berkait langsung kepada pertanyaan ini. Alkitab tidak ada menyebut secara khusus samada seseorang itu harus berkhidmat dalam tentera atau sebaliknya. Pada masa yang sama orang-orang Kristian perlu yakin bahawa tentera sangat dihormati di seluruh bahagian Firman Tuhan dan ketahuilah bahawa khidmat sedemikian adalah selaras dengan pandangan Alkitab.

Contoh perkhidmatan tentera yang pertama terdapat dalam Kejadian 14, iaitu sewaktu Lot, anak saudara Abraham telah diculik oleh Kedorlaomer, raja Elam dan sekutu-sekutunya. Abraham telah mengumpulkan seramai 318 orang yang terlatih dan pergi berperang mengalahkan orang-orang Elam. Di sini kita melihat satu angkatan bersenjata yang terlibat dalam tugas yang murni iaitu menyelamat dan melindungi mereka yang tidak bersalah.

Negara Israel mengambil masa yang lama untuk membangunkan pasukan tenteranya. Pertimbangan yang berkata Tuhan sebagai Pejuang Ilahi yang akan sentiasa melindungi umat-Nya bagaimanapun juga kekuatan ketenteraan yang bakap dihadapi merupakan alasan mengapa Israel lambat membangunkan pasukan tenteranya. Pembangunan pasukan tentera yang tetap di Israel hanya berlaku setelah pemerintahan berpusat yang kuat telah dibentuk oleh Saul, Daud dan Salomo. Saul merupakan orang yang pertama membangun pasukan tentera yang tetap (1 Samuel 13:2; 24:2; 26:2).

Apa yang dimulakan oleh Saul telah diteruskan oleh Daud. Daud memperbesarkan tenteranya. Dia mengupah tentera-tentera dari wilayah yang lain dan yang taat setia hanya kepadanya (2 Samuel 15:19-22). Daud menyerahkan kuasa ketenteraan kepada pemimpin pasukan iaitu Yoab. Di bawah Daud, Israel menjadi semakin agresif dalam polisi ketenteraannya dan mengambil negeri-negeri seperti Ammon (2 Samuel 11:1; 1 Tawarikh 20:1-3) ke dalam wilayahnya. Daud telah menetapkan jadual bertugas kepada 12 pasukan tentera yang terdiri daripada 24,000 orang yang akan menjalankan pusingan perkhidmatan selama sebulan setiap tahun (1 Tawarikh 27). Walaupun zaman pemerintahan Salomo suatu masa yang aman, dia telah memperkembangkan lagi kuasa tentera dan menambahkan dengannya pasukan berkereta kuda dan pasukan berkuda (1 Raja-Raja 10:26). Pendirian ini berterusan (walaupun dalam kerajaan yang terpisah selepas kematian Salomo) sehingga tahun 586 SM iaitu apabila Israel (Yehuda) berhenti sebagai sebuah entiti politik.

Dalam Perjanjian Baru Yesus merasa hairan apabila seorang ketua pasukan askar Rum (berkuasa ke atas seratus orang askar) datang mendekati-Nya. Respon ketua pasukan kepada Yesus menunjukkan bahawa dia mempunyai pemahaman yang jelas tentang kewibawaan, dan juga imannya di dalam Yesus (Matius 8: 5-13). Yesus tidak menolak atau menafikan kerjayanya. Ramai ketua pasukan yang disebut dalam Alkitab dipuji sebagai orang-orang Kristian yang takut akan Tuhan dan orang-orang yang berperawakan baik (Matius 8:5; 27:54; Mark 15:39-45; Lukas 7:2; 23:47; Kisah Para Rasul 10:1; 21:32; 28:16).

Tempat-tempat dan gelaran mungkin telah berubah, namun pasukan bersenjata kita harus diberi penghargaan yang sama seperti ketua-ketua pasukan yang dihargai dalam Alkitab. Kedudukan seorang tentera sangatlah dihormati. Sebagai contoh, Paulus menjelaskan tentang Epafroditus, seorang saudara dan “teman seperjuangan” (Filipi 2: 25). Alkitab menggunakan istilah-istilah ketenteraan untuk menjelaskan tentang menjadi kuat dalam Tuhan dengan mengenakan seluruh perlengkapan senjata Allah (Efesus 6: 10-20), termasuk peralatan seorang askar iaitu topi keselamatan, perisai dan pedang.

Ya, Alkitab memang ada menyentuh perkhidmatan tentara baik secara langsung dan secara tidak langsung. Orang-orang Kristian yang berkhidmat untuk negara mereka sebagai tentera dengan menjaga perwatakan, harga diri dan hormat boleh merasa aman bahawa perkhidmatan awam mereka dipersetujui dan dihormati oleh Tuhan kita yang berdaulat. Mereka yang berkhidmat dalam ketenteraan layak menerima hormat dan kesyukuran kita.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang orang Kristian yang berkhidmat dalam tentera?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries