Adakah anda memiliki hidup abadi?


Soalan: Adakah anda memiliki hidup abadi?

Jawapan:
Alkitab menunjukkan satu jalan jelas yang menuju ke hidup abadi. Pertama, kita perlu mengaku bahawa kita telah berdosa terhadap Tuhan: “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” (Roma 3:23). Kita semua pernah melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan hati Tuhan menyebabkan kita patut menerima hukuman. Oleh sebab pada dasarnya dosa-dosa kita adalah terhadap Tuhan yang abadi, maka hanya hukuman yang juga abadi baru mencukupi. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.” (Roma 6:23).

Namun begitu, Kristus Yesus, yang tidak berdosa (1 Petrus 2:22), Anak Tuhan yang abadi menjadi seorang manusia (Yohanes 1:1,14) dan mati untuk menebus dosa kita. “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Kristus Yesus mati di atas salib (Yohanes 19:31-42), mangambil alih hukuman yang kita patut terima (2 Korintus 5:21). Selepas tiga hari, dia bangkit semula daripada kematian (1 Korintus 15:1-4), membuktikan Dia telah menewaskan dosa dan kematian. “Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita” (1 Petrus 1:3).

Dengan iman, kita mesti mengubah penetapan minda kita terhadap Kristus – siapa Dia, apa Dia buat dan mengapa – demi penyelamatan (Kisah Rasul-Rasul 3:19). Jika kita meletakkan kepercayaan kepada-Nya, percaya bahawa kematiannya di atas salib untuk menebus dosa kita, kita akan diampuni dan dijanji kehidupan abadi di syurga. “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16). “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan,” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9). Hanya iman ke atas kerja yang telah dilakukan oleh Kristus di atas salib adalah jalan benar yang menuju ke hidup abadi! “Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu” (Efesus 2:8-9).

Jika anda ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda, berikut adalah satu contoh doa. Ingatlah, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan ke atas Kristus yang dapat menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya merupakan satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan anda kepada-Nya dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya kerana Dia memberikan anda penyelamatan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya meletakkan kepercayaan saya kepada Kristus untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amin!"

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.

English
Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah anda memiliki hidup abadi?