settings icon
share icon
Soalan

Apakah pembenaran?

Jawapan


Ringkasnya, membenarkan bermaksud menyatakan sebagai benar, menjadikan seseorang selesai dengan Allah. Pembenaran apabila Allah menyatakan mereka yang menerima Yesus sebagai orang yang benar, berdasarkan kebenaran Kristus yang diimputasikan di kalangan penerima Kristus.

Walaupun pembenaran secara prinsipnya berada di seluruh Alkitab Suci, bahagian utama yang menggambarkan pembenaran dalam hubungannya dengan golongan percaya adalah Roma 3:21-26. Tetapi sekarang Allah telah memperlihatkan jalan lain untuk dibenarkan dalam pandanganNya - bukannya dengan mentaati Taurat namun dengan cara yang telah dijanjikanNya menerusi Kitab Suci sejak dahulu kala. Kita dibenarkan dalam pandangan Allah sebaik sahaja mempercayai Yesus Kristus yang menghapus dosa. Dan kita semua dapat diselamatkan dengan cara yang sama, siapapun kita atau apapun yang telah dilakukan. Semua orang telah berdosa, semuanya tidak mencapai standard kemuliaan Allah. Tetapi Allah dalam kemurahan dan kurniaNya menyebutkan kita tidak bersalah. Dia telah melakukan hal ini menerusi Yesus Kristus, yang telah membebaskan kita melalui penyingkiran dosa-dosa. Allah telah menghantar Yesus untuk menanggung hukuman dosa kita dan memuaskan kemurkaanNya terhadap kita. Kita dijadikan benar dengan Allah sebaik sahaja mempercayai Yesus mengorbankan darah dan hidupNya demi kita. Allah bertindak adil dan benar kerana tidak menghukum mereka yang berdosa sejak zaman dahulu. Dia juga benar dan adil ketika sekarang membenarkan orang-orang berdosa dalam pandanganNya disebabkan mereka mempercayai Yesus Kristus.

Kita dibenarkan, dinyatakan tidak bersalah, semasa keselamatan kita. Pembenaran tidak menjadikan kita tidak bersalah, tapi menyatakan bahawa kita tidak bersalah. Kebenaran berasal dari iman kepada pekerjaan Yesus Kristus yang telah selesai. PengorbananNya meliputi dosa-dosa, mengizinkan Allah memandang kita sempurna dan tanpa cela. Disebabkan kita, golongan percaya berada dalam Kristus, Allah melihat kebenaranNya ketika Dia memandang kita. Perkara ini memenuhi tuntutan Allah demi kesempurnaan; dan disebabkan itu Dia menyatakan kita tidak bersalah----Dia membenarkan kita.

Roma 5-18-19 meringkaskan perkara ini dengan sempurna, "Disebabkan itu, samalah seolah-olah satu kemalangan semua orang beroleh penghukuman, lantaran pula semua orang memperoleh pembenaran demi hidupnya. Justeru samalah seperti ketidaktaatan setiap orang, semua orang menjadi orang berdosa, demikianlah ketaatan seorang, menjadikan setiap orang itu benar". Mengapakah pernyataan pembenaran ini amat penting? "Disebabkan itu, kita dibenarkan disebabkan iman, kita hidup dalam damai sejahtera dengan Allah disebabkan Tuhan Yesus Kristus(Roma 5:1). Disebabkan pembenaran, maka damai sejahtera Allah dapat memerintah hidup kita. Disebabkan FAKTA pembenaran, golongan percaya memiliki jaminan keselamatan. Adakah FAKTA pembenaran yang memungkinkan Allah memulakan proses penyucian, proses Allah menjadikan kita secara realiti, daripada kita yang menjadi posisi sebelumnya.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah pembenaran?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries