settings icon
share icon
Soalan

Bolehkah wanita bertugas sebagai paderi/penceramah? ? Apakah yang Kitab Injil katakan mengenai tugas wanita dalam pelayanan?

Jawapan


Mungkin tiada isu yang akan menimbulkan lebih pertengkaran daripada isu wanita menjadi pastor/penceramah dalam pelayanan. Oleh itu, adalah penting kita jangan memandang masalah ini dari sudut lelaki terhadap perempuan. Terdapat perempuan yang berfikir bahawa wanita tidak patut terlibat dalam pelayanan, tetapi terdapat juga lelaki yang berpendapat bahawa perempuan boleh mengambil bahagian dalam pelayanan. Hal ini bukan masalah cauvinisme atau diskriminasi, tetapi masalah manusia menginterpretasi Kitab Injil.

1 Timotius 2:11-12 mengumumkan, “Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati. Aku tidak membenarkan wanita mengajar ataupun memerintah lelaki, wanita mesti berdiam diri.” Dalam gereja, Tuhan melantik perempuan dan lelaki untuk melakukan kerja yang tidak sama. Hal ini adalah disebabkan cara manusia dicipta (1 Timotius 2:13) dan bagaimana dosa memasuki dunia ini (2 Timotius 2:14). Tuhan berkata dalam penulisan Paulus, menghalang perempuan mengajar agama lebih daripada lelaki. Hal ini mencegah perempuan daripada mengambil tugas pastor dan mempunyai kuasa yang melebihi lelaki dari segi mengajar agama.

Tetapi terdapat pendapat yang tidak bersetuju dengan had ini. Mereka menyatakan bahawa Paulus menghalang perempuan daripada berceramah kerana pada abad pertama perempuan masih kurang berpelajaran dan kurang berpengetahuan. Walau bagaimanapun, 1 Timotius 2:11-14 tidak berkata tentang tahap pendidikan. Jika tahap pendidikan ialah satu syarat pelayanan, maka kebanyakan pengikut Yesus tidak layak juga. Satu lagi bantahan ialah Paulus hanya menghalang perempuan di Efesus daripada berceramah (1 Timotius ditulis kepada Timotius yang merupakan pastor di Efesus). Efesus adalah terkenal dengan kuil Artemis, tuhan Greek dan Roman. Perempuan ialah pihak berkuasa dalam penyembahan Artemis. Tetapi dalam buku 1 Timotius tidak berkata tentang Artemis, Paulus juga tidak menjelaskan bahawa halangannya berkaitan dengan Artemis di dalam 1 Timotius 2:11-12.

Bantahan ketiga menyatakan bahawa Paulus hanya merujuk kepada suami-isteri dan bukannya lelaki dan perempuan secara umum. Firman di 1 Timotius 2:11-14 hanya merujuk kepada suami-isteri. Tetapi makna firman asalnya ialah lelaki dan perempuan. Lagipun, perkataan Greek yang sama digunakan di ayat 8-10. Adakah hanya suami yang boleh mengangkat tangan semasa sembahyang tanpa menimbulkan kemarahan dan pertikaian (ayat 8)? Adakah hanya isteri yang patut berpakaian sederhana, berkelakuan baik dan menghormati Tuhan (ayat 9-10)? Pasti tidak! Ayat 8-10 pasti merujuk kepada semua lelaki dan perempuan dan bukannya hanya suami-isteri. Ayat 11-14 tidak mempunyai konteks yang menunjukkan bahawa hanya merujuk kepada suami dan isteri.

Banyak bantahan terhadap halangan pastor wanita adalah merujuk kepada Miriam, Deborah, Huldah, Priscilla, Phoebe, dan sebagainya – perempuan yang memainkan peranan memimpin di dalam Kitab Injil. Bantahan ini gagal meneliti beberapa faktor, Deborah ialah satu-satunya hakim perempuan di antara 13 hakim. Huldaj adalah satu-satunya nabi perempuan di dalam Kitab Injil. Miriam ialah kakak Musa dan Harun. Dua perempuan terkenal dalam masa Raja ialah Athaliah dan Jezebel – tetapi mereka bukan pemimpin wanita yang mengikut Tuhan.

Dalam buku Kisah Rasul-Rasul, bab 18, Priscilla dan Aquila ialah menteri yang taat setia kepada Kristus. Nama Priscilla disebut terlebih dahulu, kemungkinan besar dia lebih menonjol daripada suaminya. Tetapi Priscilla tidak dikatakan terlibat dalam pelayanan dan bercanggah dengan ajaran di 1 Timotius 2:11-14. Priscilla dan Aquila membawa Apollos ke dalam rumah mereka dan menjelaskan Firman Tuhan kepadanya dengan lebih jelas (Kisah Rasul-Rasul 18:26).

Dalam Roma 16:1, walaupun Phoebe dianggap sebagai “pemimpin jemaah perempuan” dan bukannya pembantu – ini tidak menunjukkan Phoebe mengajar di dalam gereja. Kemampuan mengajar ialah kelayakan orang tua, bukannya untuk pemimpin jemaah (1 Timotius 3:1-13; Titus 1:6-9). Orang tua/biskop/pemimpin jemaah ialah “suami untuk seorang isteri”, “lelaki yang dihormati oleh anaknya”, “lelaki yang dihormati”. Tambahan lagi, di dalam 1 Timotius 3:1-13 and Titus 1:6-9, sifat nama lelaki adalah digunakan untuk orang tua/biskop/pemimpin jemaah sahaja.

Struktur 1 Timotius 2:11-14 memberi “alasan” yang jelas. Ayat 13 bermula dengan ”kerana” dan memberi ”sebab” kepada segala yang ditulis oleh Paulus dalam ayat 11-12. Mengapa perempuan tidak boleh berceramah dan menguasai lelaki? Kerana – ”Adam dicipta terlebih dahulu, dan selepas itu Hawa. Bukan Adam yang ditipu oleh ular, tetapi perempuan yang ditipu dahulu.” Inilah alasannya. Tuhan mencipta Adam dahulu dan kemudian Hawa untuk membantu Adam. Susunan penciptaan mempengaruhi struktur keluarga (Efesus 5:22-33) dan gereja. Hawa ditipu dahulu dan hal ini menjadi sebab perempuan tidak boleh menjadi pastor dan menguasai lelaki. Hal ini menyebabkan orang percaya bahawa perempuan tidak boleh mengajar kerana mereka lebih mudah ditipu. Konsep ini boleh dibangkang...jika perempuan lebih mudah ditipu, mengapa mereka dibenarkan mengajar anak sendiri dan perempuan lain (yang lebih mudah ditipu)? Ini bukan apa yang dikatakan oleh teks Kitab Injil. Oleh sebab perempuan yang ditipu terlebih dahulu oleh ular, maka Tuhan memberi kuasa pengajaran kepada lelaki di dalam gereja.

Perempuan adalah lebih pandai dalam melayan tetamu, baik hati, membimbing dan menolong. Banyak kerja pelayanan bergantung kepada perempuan. Perempuan tidak dihalang berceramah dan meramal (1 Korintus 11:5), bukannya tidak boleh mengajar lelaki. Kitab Injil tidak mengatakan perempuan tidak boleh menjalankan kuasa Roh Kudus (1 Korintus bab 12). Perempuan seperti lelaki, dipanggil melakukan pelayanan kepada orang lain (Galatia 5:22-23), menerangkan Berita Baik kepada mereka yang tidak mengenali Tuhan Yesus (Matius 28:18-20; Kisah Rasul-Rasul 1:8; 1 Petrus 3:15).

Tuhan mentahbiskan hanya lelaki boleh mengajar rohaniah di dalam gereja. Ini bukannya kerana lelaki adalah guru yang lebih baik, atau perempuan lebih bodoh daripada lelaki. Ini adalah mengikut cara Tuhan menyusun cara operasi gereja. Lelaki patut menunjukkan pimpinan dalam rohaniah – dalam kehidupan dan percakapan mereka. Perempuan mengambil jawatan yang kurang berkuasa. Perempuan digalak mengajar perempuan lain (Titus 2:3-5). Kitab juga tidak menghalang perempuan mengajar anak sendiri. Perempuan hanya dihalang mengajar rohaniah kepada lelaki dan menguasai lelaki. Ini secara logik memutuskan perempuan tidak boleh menjadi paderi/penceramah. Ini tidak mengurangkan kepentingan perempuan, tetapi memberi mereka peranan lain yang lebih sepadan dengan hadiah yang diberi oleh Tuhan kepada mereka.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Bolehkah wanita bertugas sebagai paderi/penceramah? ? Apakah yang Kitab Injil katakan mengenai tugas wanita dalam pelayanan?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries