settings icon
share icon
Soalan

Apakah cara yang terbaik untuk menginjili seseorang yang berada dalam sebuah kultus atau agama palsu?

Jawapan


Perkara terpenting dapat kita lakukan bagi mereka yang terlibat dalam kumpulan kultus atau agama palsu adalah mendoakan mereka. Kita perlu berdoa supaya Tuhan mengubah hati dan membuka mata mereka kepada kebenaran (2 Korintus 4:4). Kita perlu berdoa supaya Tuhan meyakinkan mereka tentang keperluan keselamatan melalui Yesus Kristus (Yohanes 3:16). Tanpa kuasa Tuhan dan Roh Kudus yang menginsafkan, kita tidak akan dapat meyakinkan orang lain tentang kebenaran (Yohanes 16:7-11).

Kita juga perlu menjalani kehidupan Kristian yang benar agar mereka yang terperangkap dalam kultus dan agama palsu dapat melihat perubahan yang Tuhan telah lakukan dalam kehidupan kita (1 Petrus 3:1-2). Kita perlu berdoa meminta hikmat tentang bagaimana kita dapat melayani mereka dalam cara yang berkuasa (Yakobus 1:5). Selepas semua itu, kita perlu berani untuk mengongsikan Injil dengan mereka. Kita mesti mengisytiharkan khabar keselamatan melalui Yesus Kristus (Roma 10:9-10). Kita mesti selalu bersedia untuk membela iman kita (1 Petrus 3:15), tetapi kita perlu melakukannya dengan lemah lembut dan penuh hormat. Kita mungkin dapat menyampaikan pengajaran dengan betul, menang dalam pertikaman lidah tetapi masih menghalang usaha kita dengan sikap marah dan lebih tahu yang kita perlihatkan kepada orang yang kita cuba menangkan.

Akhirnya,kita mesti menyerahkan keselamatan mereka yang kita Injili kepada Tuhan. Kuasa dan anugerah Tuhanlah yang menyelamatkan orang dan bukannya usaha kita. Mempunyai pengetahuan tentang kepercayaan-kepercayaan palsu dan bersedia memberikan pembelaan yang bersemangat memang baik dan bijak tetapi tidak ada satu pun daripada perkara-perkata ini dapat membawa keselamatan kepada mereka yang masih terperangkap dalam pembohongan kultus dan agama-agama palsu. Cara yang terbaik adalah mendoakan mereka, bersaki kepada mereka, menjalani kehidupan Kristian di hadapan mereka dan berharap Roh Kudus yang bekerja untuk membawa mereka, meyakinkan mereka dan membuat mereka menjadi percaya.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah cara yang terbaik untuk menginjili seseorang yang berada dalam sebuah kultus atau agama palsu?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries