settings icon
share icon
Soalan

Adakah keselamatan sejati “memberi kebenaran” untuk berdosa?

Jawapan


Bantahan yang paling kerap diberikan kepada doktrin keselamatan sejati ialah doktrin ini menggalakkan idea Kristian boleh mempunyai sebarang cara hidup yang mereka ingini dan masih diselamatkan. Walaupun hal ini benar secara “teknikal”, tetapi bukan “inti” keselamatan sejati. Seorang manusia yang benar-benar menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamatnya “boleh” hidup berdosa tetapi orang itu tidak akan berbuat demikian. Kita mesti membezakan antara cara Kristian patut hidup dan segala yang mesti dilakukan bagi menerima penyelamatan.

Kitab Injil sungguh jelas menunjukkan bahawa penyelamatan ialah rahmat Tuhan, melalui iman pada Yesus Kristus sahaja (Yohanes 3:16; Efesus 2:8-9; Yohanes 14:6). Seorang manusia diselamatkan melalui iman sahaja. Pada saat seseorang benar-benar percaya pada Yesus Kristus, dia diselamatkan dan penyelamatannya terjamin. Tetapi hal ini bukan bermakna penyelamatan didapati melalui iman dan kemudian dikekalkan melalui usaha sendiri. Rasul Paulus membincangkan isu ini di Galatia 3:3, "Mengapa kamu menjadi begitu bodoh? Setelah kamu memulakan hidup baru dengan Roh Tuhan, adakah kamu mahu menamatkannya dengan kekuatan sendiri?" Jika kita diselamatkan melalui iman, penyelamatan kita juga dikekalkan dan terjamin melalui iman. Kita tidak boleh mengerjakan penyelamatan sendiri. Maka, kita juga tidak dapat berusaha sendiri untuk mengekalkan penyelamatan kita. Tuhan yang mengekalkan penyelamatan kita (Yudas ayat 24). Tangan Tuhan yang memegang kita dengan kukuh dalam pegangannya (Yudas 10:28-29). Tiada sebarang benda yang dapat memisahkan kasih Tuhan daripada kita (Roma 8:38-39).

Penafian keselamatan sejati ini pada asasnya ialah percaya bahawa kita mesti mengekalkan penyelamatan sendiri dengan melakukan perbuatan baik. Hal ini bercanggah dengan penyelamatan melalui rahmat. Kita diselamatkan kerana kebaikan Kristus bukan kebaikan kita (Roma 4:3-8). Dakwaan bahawa kita mesti mematuhi Firman Tuhan atau hidup alim untuk mengekalkan penyelamatan kita sama dengan menyatakan bahawa kematian Yesus tidak memadai untuk membayar hukuman dosa-dosa kita. Kematian Yesus sudah memadai untuk membayar semua dosa-dosa kita - dahulu, sekarang, dan pada masa hadapan, sebelum penyelamatan dan selepas penyelamatan (Roma 5:8; 1 Korintus 15:3; 2 Korintus 5:21).

Maka, melihat kepada semua yang telah dikatakan, adakah hal ini bermakna seorang Kristian boleh hidup sesuka hati dan masih diselamatkan? Soalan ini pada asasnya ialah suatu soalan andaian kerana Kitab Injil menunjukkan dengan jelas bahawa Kristian yang sebenar tidak akan hidup “sesuka hati”." Kristian adalah ciptaan baru (2 Korintus 5:17). Kristian menunjukkan hasil daripada Roh Tuhan (Galatia 5:22-23), dan bukannya keinginan tabiat manusia (Galatia 5:19-21). 1 Yohanes 3:6-9 menyatakan dengan jelas bahawa Kristian yang sebenar tidak akan hidup berterusan dalam dosa. Rasul Paulus menyatakan bahawa, "Jika demikian, apakah yang harus kita katakan? Haruskah kita terus-menerus berbuat dosa supaya rahmat Allah semakin bertambah? Tentu tidak! Dosa tidak lagi berkuasa atas kita. Oleh itu bagaimanakah kita dapat terus-menerus melakukan dosa dalam hidup kita?" (Roma 6:1-2) sebagai jawapan kepada tuduhan bahawa rahmat menggalakkan dosa.

Keselamatan sejati bukan “memberi kebenaran” untuk berdosa. Sebaliknya, hal ini memberi kita keselamatan dengan mengetahui jaminan kasih Tuhan bagi mereka yang percaya kepada Kristus. Mengetahui dan memahami kebesaran hadiah penyelamatan Tuhan akan mencapai hasil yang bertentangan dengan “memberi kebenaran” untuk berdosa. Bagaimana seseorang yang mengetahui harga yang dibayar oleh Yesus Kristus bagi pihak kita boleh terus hidup berdosa (Roma 6:15-23)? Bagaimana seseorang yang memahami jaminan kasih Tuhan yang tidak bersyarat bagi mereka yang percaya, menyalahgunakan kasih itu? Orang sebegini bukan menunjukkan bahawa keselamatan sejati yang telah diberikan kepadanya membolehkannya terus berdosa tetapi menunjukkan bahawa dia tidak benar-benar mengalami penyelamatan melalui Yesus Kristus. "Oleh itu, setiap orang yang hidup bersatu dengan Kristus, tidak akan terus-menerus berbuat dosa. Sesiapa yang terus-menerus berbuat dosa, tidak pernah melihat Kristus ataupun mengenal Dia." (1 Yohanes 3:6).

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah keselamatan sejati “memberi kebenaran” untuk berdosa?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries