Bagaimanakah keagungan Tuhan dan kerelaan umat manusia berfungsi bersama dalam penyelamatan?




Soalan: Bagaimanakah keagungan Tuhan dan kerelaan umat manusia berfungsi bersama dalam penyelamatan?

Jawapan: Tidak mungkin kita dapat memahami sepenuhnya hubungan antara keagungan Tuhan dan kerelaan manusia. Hanya Tuhan yang mengetahui cara kedua-dua unsur ini berfungsi bersama.

Ayat suci jelas menunjukkan bahawa Tuhan mengetahui mereka yang akan diselamatkan (Roma 8:29; 1 Petrus 1:2). Efesus 1:4 memberitahu kita bahawa Tuhan memilih kita “sebelum dunia diciptakan.” Kitab Injil berulangkali mengambarkan bahawa para penganut adalah “terpilih” (Roma 8:33; 11:5; Efesus 1:11; Kolose 3:12; 1 Tesalonika 1:4; 1 Petrus 1:2; 2:9) dan “pilihan” (Matius 24:22, 31; Markus 13:20, 27; Roma 11:7; 1 Timotius 5:21; 2 Timotius 2:10; Titus 1:1; 1 Petrus 1:1). Kenyataan bahawa para penganut adalah ditakdirkan (Roma 8:29-30; Efesus 1:5, 11) dan terpilih (Roma 9:11; 11:28; 2 Petrus 1:10) bagi penyelamatan ternyata jelas.

Kitab Injil juga menyatakan bahawa kerelaan kita adalah pilihan sendiri – kita hanya perlu percaya kepada Yesus Kristus dan kita akan diselamatkan (Yohanes 3:16; Roma 10:9-10). Tuhan mengetahui mereka yang akan diselamatkan, Tuhan memilih siapakah yang akan diselamatkan, dan kita mesti memilih Kristus untuk menerima penyelamatan. Cara ketiga-tiga fakta ini berfungsi bersama tidak mungkin dapat difahami oleh minda kita yang terbatas (Roma 11:33-36). Tanggungjawab kita adalah menyebarkan Berita Baik kepada semua bangsa (Matius 28:18-20; Kisah Para Rasul 1:8). Kita patut membiarkan Tuhan menyelesaikan masalah pengetahuan terlebih dahulu, pilihan atau takdir dan hanya patuh kepada suruhan menyebarkan Berita Baik.



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimanakah keagungan Tuhan dan kerelaan umat manusia berfungsi bersama dalam penyelamatan?