Terdapatkah kehidupan akhirat?
Soalan: Terdapatkah kehidupan akhirat?
Jawapan:
Kitab Injil memberi satu jalan yang jelas kepada pencapaian kehidupan akhirat. Pertama, kita perlu mengaku kesalahan dan dosa kita terhadap Tuhan: “Kerana semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Tuhan” (Roma 3:23). Kita semua pernah membuat sesuatu yang tidak diterima oleh Tuhan, ia akan menyebabkan kita dihukum secara berpatutan. Kerana dosa kita adalah dibuat ke atas Tuhan yang abadi, maka hukumannya akan abadi juga. “Sebab upah dosa ialah maut; tetapi hadiah Tuhan ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita” (Roma 6:23).
Namun begitu, Kristus Yesus, yang tidak berdosa (1 Petrus 2:22), Anak Tuhan yang abadi menjadi seorang manusia (Yohanes 1:1,14) dan mati untuk menebus dosa kita. “Akan tetapi Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh kerana Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa” (Roma 5:8). Kristus Yesus mati di atas salib (Yohanes 10:31-42), mangambil-alih hukuman yang kita perlu dapat (2 Korintus 5 :21). Selepas tiga hari, dia hidup semula daripada kematian (1 Korintus 15:1-4), membuktikan Dia menewaskan dosa dan kematian. “Terpujilah Tuhan dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang kerana rahmat-Nya yang besar telah melahirkan kita kembali oleh kebangkitan Yesus Kristus dari antara orang mati, kepada suatu hidup yang penuh pengharapan” (1 Petrus 1:3).
Mengikut iman, kita perlu meninggalkan dosa dan menghadap kepada Kristus untuk pengampunan dosa (Kisah Para Rasul 3:19). Jika kita mempunyai iman, percaya bahawa kematiaannya di atas salib boleh menebus dosa kita, kita akan diampun dan dijanji kehidupan akhirat di syurga. “Kerana begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal” (Yohanes 3:16). “Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahwa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahwa Tuhan telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9). Hanya iman ke atas kerja yang dilakukan oleh Kristus boleh mencapai kehidupan akhirat! “Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri” (Efesus 2:8-9).
Jika anda hendak menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat anda, mengikutlah di sini satu doa contoh. Ingat, bercakap doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda. Doa ini ialah satu cara yang senang untuk menunjukkan iman anda di dalam Tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Dia memberikan pengampunan kepada kamu. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus ganti saya menerima hukuman itu supaya saya dapat diampun melalui iman di atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu – iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.
Balik kepada laman bahasa Melayu
Terdapatkah kehidupan akhirat?
|