settings icon
share icon
Soalan

Adakah kita terdiri daripada dua atau tiga bahagian? Adakah kita tubuh, jiwa dan roh? Atau tubuh, jiwa-roh?

Jawapan


Kejadian 1:26-27 menunjukkan bahawa ada sesuatu yang membuatkan manusia berbeza daripada ciptaan Tuhan yang lain. Manusia telah ditentukan supaya mempunyai perhubungan dengan Tuhan dan oleh sebab itu Tuhan telah mencipta manusia yang mempunyai bahagian fizikal dan niskala. Bahagian jasmani adalah bahagian yang dapat dilihat seperti tubuh, tulang-tulang, organ-organ tubuh dan semua bahagian ini wujud selama seseorang itu masih hidup. Bahagian niskala adalah bahagian yang tidak kelihatan: jiwa, roh, intelek, kemahuan, suara hati, dsb. Bahagian ini wujud melampaui hayat jasmani seseorang.

Semua manusia mempunyai ciri-ciri fizikal dan niskala. Semua manusia mempunyai daging, darah, tulang-tulang, organ-organ dan sel-sel. Bagaimanapun ciri-ciri yang tidak kelihatan pada manusia itulah yang sering diperdebatkan. Apakah yang dikatakan oleh Firman Tuhan tentang semua ini? Kejadian 2:7 mengatakan manusia telah diciptakan untuk menjadi mahluk yang hidup. Bilangan 16:22 menyebut Tuhan sebagai “Allah dari segala roh” yang ada dalam semua manusia . Amsal 4:23 berkata, “Jagalah hatimu dengan segala kewaspadaan, karena dari situlah terpancar kehidupan,” menunjukkan kedudukan hati sebagai pusat kepada kehendak dan perasaan manusia.

Kisah 23:1 berkata, “Sambil menatap anggota-anggota Mahkamah Agama, Paulus berkata: "Hai saudara-saudaraku, sampai kepada hari ini aku tetap hidup dengan hati nurani yang murni di hadapan Allah.’” Di sini Paulus merujuk kepada hati nurani iaitu bahagian pada fikiran manusia yang menginsafkan kita terhadap yang benar dan salah. Roma 12:2 berkata, “Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.” Ada banyak ayat Firman Tuhan seperti ini yang merujuk kepada bahagian-bahagian niskala pada manusia. Semua kita mempunyai kualiti-kualiti jasmani dan niskala.

Jadi Firman Tuhan menggariskan jauh lebih banyak dari setakat jiwa dan roh. Dalam cara tertentu roh, hati, hati nurani dan fikiran terhubung di antara satu dengan yang lain. Namun, jiwa dan roh merupakan bahagian yang paling penting bagi manusia. Jiwa dan roh mempunyai aspek-aspek lain yang terdapat di dalam manusia. Dengan ini, adakah manusia dikotomos (terbahagi dua, tubuh/jiwa-roh), atau trikotomos (terbahagi kepada tiga bahagian , tubuh/jiwa l/roh)? Mustahil untuk bersikap dogmatik dalam perkara ini. Kedua-kedua pendirian mempunyai hujah yang baik. Satu ayat kunci terdapat dalam Ibrani 4:12: “Sebab firman Allah hidup dan kuat dan lebih tajam dari pada pedang bermata dua mana pun; ia menusuk amat dalam sampai memisahkan jiwa dan roh, sendi-sendi dan sumsum; ia sanggup membedakan pertimbangan dan pikiran hati kita.”

Ayat ini memberikan dua perkara tentang debat ini. Jiwa dan roh dapat dipisahkan, dan hanya Tuhan yang dapat melihat serta mengenal pembahagian di antara roh dan jiwa. Lebih baik memfokus kepada Pencipta yang telah menjadikan kita dengan “dahsyat dan ajaib” (Mazmur 139:14), daripada melihat kepada perkara yang kita tidak pasti.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah kita terdiri daripada dua atau tiga bahagian? Adakah kita tubuh, jiwa dan roh? Atau tubuh, jiwa-roh?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries