Adakah salah bagi pasangan untuk tinggal bersama sebelum berkahwin?




Soalan: Adakah salah bagi pasangan untuk tinggal bersama sebelum berkahwin?

Jawapan: Jawaban kepada pertanyaan ini tertakluk kepada apa yang dimaksudkan dengan “tinggal bersama.” Sekiranya ianya bererti mengadakan hubungan seks, maka jawabannya memang salah. Seks sebelum berkahwin dan perkara-perkara tidak bermoral dikecam berulangkali dalam Firman Tuhan. Alkitab mempromosi penahanan diri sepenuh di luar dan sebelum berkahwin. Seks sebelum berkahwin adalah salah sebagaimana perzinahan dan perkara-perkara tidak bermoral sebab semua itu melibatkan hubungan seks dengan orang yang bukan pasangan perkahwinan kita.

Sekiranya “tinggal bersama” bererti tinggal serumah, mungkin itu satu isu yang berbeza. Tentu saja tidak menjadi kesalahan bagi seorang lelaki dan seorang wanita untuk tinggal dalam sebuah rumah yang sama - sekiranya tidak melibatkan perkara-perkara tidak bermoral berlaku. Namun masalah timbul kerana adanya rupa-rupa kecemaran (1 Tesalonika 5:22; Efesus 5:3), dan ianya akan menjadi satu godaan yang sangat besar ke arah perkara tidak bermoral. Alkitab menyuruh kita agar menjauhkan diri daripada percabulan (1 Korintus 6:18). Masalah penampilan diri juga terlibat. Pasangan yang tinggal bersama dianggap sudah tidur bersama - begitulah lumrah hidupan. Walaupun bukan berdosa untuk tinggal serumah namun rupa-rupa kecemaran itu ada. Alkitab menyuruh kita untuk menjauhkan diri daripada rupa-rupa kecemaran (1 Tesalonika 5:22; Efesus 5:3),percabulan dan jangan membuatkan orang lain tersandung atau disakiti. Maka dengan itu, tinggal bersama sebelum berkahwin bukanlah satu perbuatan yang menghormati Tuhan.



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah salah bagi pasangan untuk tinggal bersama sebelum berkahwin?