Apakah yang berlaku kepada mereka yang tidak pernah mendengar mengenai Yesus?




Soalan: Apakah yang berlaku kepada mereka yang tidak pernah mendengar mengenai Yesus?

Jawapan: Semua orang bertanggungjawab kepada Tuhan samada mereka pernah mendengar mengenai-Nya atau tidak. Kitab Injil memberitahu kita bahawa Tuhan telah menunjukkan Diri-Nya dengan jelas melalui alam (Roma 1:20) dan dalam hati manusia (Pengkhutbah 3:11). Masalahnya ialah umat manusia berdosa; kita semua menolak pengetahuan mengenai Tuhan dan melawan Tuhan (Roma 1:21-23). Walaupun dengan rahmat Tuhan, Tuhan akan membiarkan mereka dikuasai oleh keinginan hati untuk melakukan perbuatan yang keji supaya kita boleh menyedari bahawa hidup ini tidak berguna dan penuh dengan dukacita tanpa Tuhan. Semua ini dilakukan-Nya kepada mereka yang menolak-Nya (Roma 1:24-32).

Dalam realiti, bukan kerana sesetengah orang tidak pernah mendengar mengenai Tuhan. Sebaliknya, masalahnya ialah mereka menolak segala yang telah mereka dengar dan segala yang dapat dilihat dalam alam ini. Ulangan 4:29 menyatakan bahawa, “Di sana kelak kamu akan mencari Tuhan, Tuhan kamu, dan jika kamu mencari-Nya dengan segenap hati, kamu akan menemui Dia.” Ayat ini mengajar satu prinsip yang penting: setiap orang yang mencari Tuhan dengan segenap hati akan menemui-Nya. Jika seseorang benar-benar ingin menemui Tuhan, Tuhan akan menunjukkan diri-Nya.

Masalahnya ialah, “tidak seorang pun yang memahami apa yang benar, dan tidak seorang pun yang menyembah Tuhan” (Roma 3:11). Manusia menolak pengetahuan mengenai Tuhan yang terdapat di alam dan di hati mereka, sebaliknya memilih untuk menyembah suatu “tuhan” yang dicipta oleh mereka sendiri. Tidak berguna untuk berdebat mengenai adil atau tidak Tuhan menghantar seseorang ke neraka yang tiada peluang untuk mendengar Berita Baik mengenai Kristus. Manusia bertanggungjawab kepada Tuhan bagi segala yang sudah ditunjukkan oleh Tuhan kepadanya. Kitab Injil menyatakan bahawa mereka yang menolak pengetahuan ini, maka Tuhan saksama apabila Dia mengutuk mereka ke neraka.

Daripada berdebat mengenai nasib mereka yang tidak pernah mendengar, kita sebagai Kristian sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan mereka mempunyai peluang untuk mendengar Berita Baik. Kita disuruh menyebarkan Berita Baik kepada semua bangsa (Matius 28:19-20; Kisah Para Rasul 1:8). Kenyataan yang kita tahu bahawa manusia menolak pengetahuan mengenai Tuhan yang ditunjukkan di alam patut mendorong kita untuk menyebarkan Berita Baik mengenai penyelamatan melalui Yesus Kristus. Hanya dengan menerima Berita Baik mengenai rahmat Tuhan melalui Tuhan Yesus Kristus boleh menyelamatkan manusia daripada dosa-dosa mereka dan menyelamatkan mereka daripada berpisah daripada Tuhan selama-lamanya di neraka.

Jika kita mengandaikan bahawa semua orang yang tidak pernah mendengar Berita Baik akan menerima pengampunan daripada Tuhan, kita akan berdepan dengan masalah yang besar. Jika semua orang yang tidak pernah mendengar Berita Baik akan diselamatkan… kita patut memastikan tiada sesiapa yang mendengar Berita Baik. Perkara paling buruk yang kita boleh lakukan ialah menyebarkan Berita Baik kepada seseorang dan membiarkan dia menolak Berita Baik tesebut. Jika perkara itu berlaku, orang itu akan dikutuk. Manusia yang tidak mendengar Berita Baik mesti dikutuk, jika tidak maka tiada maknanya menyebarkan agama Kristian. Mengapa berhadapan dengan risiko kemungkinan mereka menolak Berita Baik dan terkutuk – sedangkan mereka telah diselamatkan kerana mereka tidak pernah mendengar Berita Baik?



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang berlaku kepada mereka yang tidak pernah mendengar mengenai Yesus?