Apakah sistematik teologi?




Soalan: Apakah sistematik teologi?

Jawapan: ”Sistematik” bercakap tentang sesuatu yang dimasukkan ke dalam sistem. Oleh itu teologi sistematik merupakan pembahagian teologi kepada sistem-sistem yang menjelaskan bahagian-bahagiannya. Sebagai contoh, banyak kitab dalam Alkitab memberi maklumat tentang malaikat. Tidak ada satu kitab yang memberikan semua maklumat tentang malaikat-malaikat. Teologi sistematik mengambil semua maklumat tentang malaikat dari setiap kitab dalam Alkitab dan menyusunnya ke dalam satu sistem yang dipanggil ‘angelologi’. Teologi sistematik menyusun ajaran-ajaran Alkitab ke dalam sistem kategori.

Paterologi adalah pelajaran tentang Allah Bapa. Kristologi adalah pembelajaran tentang Anak Tuhan, Tuhan Yesus Kristus. Pneumatologi adalah pelajaran tentang Tuhan Roh Kudus. Bibliologi adalah pelajaran tentang Alkitab. Soteriologi adalah pelajaran tentang keselamatan. Ekklesiologi adalah pelajaran tengan gereja. Eskatologi adalah pembelajaran tentang akhir zaman. Angelologi adalah pembelajaran tentang malaikat. Demonologi Kristian adalah pembelajaran tentang roh-roh jahat dari sudut pandangan Kristian. Antropologi Kristian meruapakan pembelajaran tentang manusia dari sudut pandangan Kristian. Hamartiologi adalah pembelajaran tentang dosa. Teologi sistematik merupakan alat yang penting untuk membantu kita memahami dan mengajar Alkitab dalam cara yang tersusun.

Sebagai tambahan kepada teologi sistematik ada cara lain lagi di mana teologi dapat dipecahkan. Teologi Biblikan adalah penyelidikan satu buku (atau buku-buku) tertentu dalam Alkitab dan memberi penekanan kepada bahagian teologi yang difokuskannya. Sebagai contoh, Injil Yohanes sangat bersifat Kristologi sebab fokusnya yang ketara ke atas keTuhanan Kristus (Yohanes 1:1, 14; 8:58; 10:30; 20:28). Sejarah teologi adalah pembelajaran tentang ajaran-ajaran Kristian dan perkembangan ajaran-ajaran ini di abad-abad gereja Kristian yang lampau. Teologi dogmatik adalah pembelajaran terhadap pengajaran kumpulan-kumpulan Kristian tertentu yang mempunyai pengajaran yang tersusun. Contohnya teologi Kalvinisme dan teologi dispensationalisme. Teologi kontemporari adalah pembelajaran tentang ajaran-ajaran yang menjadi perhatian orang akhir-akhir ini. Tidak kira apa juga teologi yang kita pelajari, apa yang penting adalah teologi dipelajari.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah sistematik teologi?