apa berlaku selepas mati
 
 

Apa berlaku selepas mati?



Soalan: Apa berlaku selepas mati?

Jawapan: Soalan mengenai apa berlaku selepas kematian adalah mengelirukan. Kitab Injil bukan sangat jelas mengenai bila masa seseorang akan menemui takdir muktamadnya. Kitab Injil memberitahu kita bahawa selepas masa mati, seseorang diangkat ke syurga atau dihantar ke neraka berasaskan samada dia percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat Individu? Bagi orang yang percaya kepada Yesus, selepas kematian dia akan meninggalkan badan fizikal ini dan berada bersama dengan Tuhan Yesus (2 Korintus 5:6-8; Filipi 1:23). Untuk mereka yang tidak percaya, selepas kematian mereka akan mengalami hukuman abadi di dalam neraka (Lukas 16:22-23).

Inilah yang mengelirukan kita mengenai apa yang berlaku selepas mati. Wahyu 20:11-15 menghuraikan mereka yang berada di neraka adalah dicampak ke dalam tasik api. Wahyu bab 21-22 menghuraikan satu Syurga Baru dan Bumi Baru. Oleh itu, nampaknya sehingga kebangkitan terakhir, selepas mati roh manusia akan berada di satu Syurga atau Neraka sementara. Takdir muktamad seseorang tidak akan diubah tetapi lokasi takdir akhirnya mungkin bertukar. Setakat sesuatu ketika selepas mati, mereka yang percaya kepada Yesus akan dihantar ke Syurga Baru dan Bumi Baru (Wahyu 21:1). Setakat sesuatu ketika selepas mati,mereka yang tidak percaya kepada Yesus akan dicampak ke dalam tasik api (Wahyu 20:11-15). Inilah destinasi terakhir dan abadi untuk semua orang – berasaskan sepenuhnya ke atas samada dia percaya kepada Yesus untuk penyelamatan dan pengampunan dosa.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Apa berlaku selepas mati?