sekuriti keselamatan abadi
 
 

Adakah keselamatan abadi berasaskan Kitab?



Soalan: Adakah keselamatan abadi berasaskan Kitab?

Jawapan: Bila orang mengetahui Yesus sebagai Penyelamat mereka, mereka dibawa ke dalam satu perhubungan unik dengan Tuhan yang menjamin keselamatan abadi mereka. Yudas 24 mengumumkan, “Bagi Dia, yang berkuasa menjaga supaya jangan kamu tersandung dan yang membawa kamu dengan tak bernoda dan penuh kegembiraan di hadapan kemuliaan-Nya.” Kuasa Tuhan adalah mampu melindungi orang yang percaya kepada Dia daripada kejatuhan dan terpesong daripada kebenaran Tuhan. Adalah terpulang kepada Tuhan dan bukannya kita, menyembah kita kepada depan Tuhan dalam kemuliaannya. Keselamatan abadi kita adalah keputusan Tuhan untuk melindungi kita, bukannya kita yang berupaya mengekalkan penyelamatan kita.

Tuan Yesus Kristus mengumumkan, “dan Aku memberikan hidup yang kekal kepada mereka dan mereka pasti tidak akan binasa sampai selama-lamanya dan seorang pun tidak akan merebut mereka dari tangan-Ku. Bapa-Ku, yang memberikan mereka kepada-Ku, lebih besar dari pada siapa pun dan seorang pun tidak dapat merebut mereka dari tangan Bapa.”(Yohanes 10:28-29b). Yesus dan Bapa Tuhan melindungi kita dengan kuat di dalam tangan mereka. Tiada siapa yang mungkin merampas kita daripada pegangan Bapa Tuhan dan AnakNya Yesus Kristus.

Efesus 4:30 memberitahu kita bahawa orang yang percaya adalah “dimeterai menjelang hari penyelamatan”. Jika orang yang percaya tidak mempunyai keselamatan abadi, pemeteraian itu tidak akan kekal sampai hari penyelamatan, tetapi hanya pada hari membuat dosa, ajaran sesat atau ketidakpercayaan. Yohanes 3:15-16 memberitahu kita sesiapa yang percaya kepada Yesus Kristus akan “mempunyai kehidupan abadi”. Jika seseorang dijamin kehidupan abadi, tetapi ia akan dirampas semula, maka ia bukannya abadi dari permulaan. Jika keselamatan abadi bukan benar, maka jaminan kehidupan abadi di dalam Kitab adalah salah.

Hujah yang paling berkuasa menyokong keselamatan abadi ialah Roma 8:38-39, “Sebab aku yakin, bahawa baik maut, maupun hidup, baik malaikat-malaikat, maupun pemerintah-pemerintah, baik yang ada sekarang, maupun yang akan datang, atau kuasa-kuasa, baik yang ada di atas, maupun yang di bawah, ataupun sesuatu makhluk lain, tidak akan dapat memisahkan kita dari kasih Tuhan, yang ada dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.” Keselamatan abadi kita adalah berasaskan kasih Tuhan untuk mereka yang ditebus oleh Dia. Keselamatan abadi kita adalah dibeli oleh Kristus, dijamin oleh Bapa Tuhan, dan dimeterai ileh Roh Kudus.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Adakah keselamatan abadi berasaskan Kitab?