Adakah Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang sama?
Soalan: Adakah Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang sama?
Jawapan:
Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada apa yang dimaksudkan “Tuhan yang sama”. Memang tidak dinafikan bahawa pandangan Muslim dan Kristian ke atas Tuhan mempunyai banyak kesamaan. Kedua-dua pihak memandangkan Tuhan sebagai muktamad, mahakuasa, memiliki pengetahuan tak terhingga, berada di mana-mana, suci, adil dan tepat. Islam dan Kristianiti percaya bahawa satu Tuhan yang tunggal mencipta ala mini. Oleh itu dalam konteks ini Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang sama.
Walau bagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang penting di antara pandangan Kristian dan Muslim terhadap Tuhan. Walaupun Muslim menganggap Allah mempunyai ciri-ciri belas kasihan, rahmat dan kesayangan; tetapi Allah tidak menunjukkan cirri-ciri lain yang sama dengan Tuhan Kristian. Perbezaan yang penting antara Kristian dan Muslim mengenai Tuhan ialah konsep “inkarnasi”. Kristian percaya bahawa Tuhan menjadi manusia di dalam bentuk Jesus Kristus. Muslim menganggap konsep ini satu pencacian ke atas Tuhan yang suci. Muslim tidak akan menerima pandangan bahawa Allah akan menjadi manusia dan mati untuk dosa dunia ini. Kepercayaan kepada inkarnasi bahawa Tuhan wujud sebagai Orang Yesus Kristus adalah muktamad kepada kefahaman Tuhan bagi Kristian. Tuhan menjadi manusia supaya Dia dapat bersimpati dengan kita, dan lebih penting lagi, supaya Dia dapat memberi penyelamatan, iaitu pengampunan dosa.
Oleh itu, adakah Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang sama? Ya atau Tidak? Mungkin satu soalan yang lebih baik ialah, “Adakah Kristian dan Muslim mempunyai kefahaman yang sama ke atas Tuhan ?” Mengenai ini, jawapannya memang Tidak sama. Terdapat beberapa perbezaan yang kritikal di antara Kristian dan Muslim mengenai Tuhan. Kedua-dua kepercayaan tidak boleh betul bersama. Kami percaya bahawa Kristianiti mempunyai pandangan betul ke atas Tuhan kerana dosa mesti dibiayai untuk menyediakan penyelamatan. Hanya Tuhan dapat membiayai harga itu. Hanya bila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita, membiayai denda dosa kita dan mengampunkan kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21).
Balik kepada laman bahasa Melayu
Adakah Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang sama?
|