Apakah teori reka bentuk pintar?




Soalan: Apakah teori reka bentuk pintar?

Jawapan: Teori reka bentuk pintar berkata penyebab-penyebab yang pintar perlu diambil kira untuk menjelaskan perkara kompleks, maklumat kaya dari struktur-struktur biologi dan sebab-sebab ini secara empirikal dapat dikesan. Beberapa sifat biologi menolak penjelasan Darwin berhubung pilihan rawak, kerana mereka kelihatan sebagai telah diatur dan dirancang. Memandangkan reka bentuk memerlukan seorang pereka bentuk yang pintar, maka kemunculan sebuah reka bentuk disebut sebagai bukti adanya seorang pereka bentuk. Terdapat tiga hujah utama dalam teori reka bentuk pintar ini:1) kerumitan tidak dapat dikurangkan, 2) kerumitan yang tertentu, dan 3) prinsip antropik.

Kerumitan tidak dapat dikurangkan didefinisikan sebagai “…suatu sistem terdiri daripada bebarapa bahan sepadan yang berinteraksi di antara satu dengan yang lain yang menyumbang kepada fungsi dasar, di mana pengeluaran salah satu daripada bahagiannya akan menyebabkan sistem itu tidak dapat berfungsi.” Dengan kata yang sederhana, kehidupan ini terdiri daripada bahagian-bahagian berkaitan rapat yang saling bergantung di antara satu sama lain untuk menjadi berguna. Mutasi rawak mungkin berlaku untuk perkembangan satu bahagian yang baru, tetapi ia tidak berlaku kepada perkembangan serentak kepada banyak bahagian yang diperlukan untuk sistem yang berfungsi. Sebagai contoh, nyata sekali mata manusia satu sistem yang sangat penting. Tanpa bola mata, saraf optik, dan kortex penglihatan, sebiji mata tidak lengkap yang secara rawak bermutasi akan mengakibatkan keadaan tidak produktif kepada keselamatan satu spesis dan makanya akan dilenyapkan melalui proses pilihan semulaji. Sebiji mata bukan satu sistem yang berguna sebelum semua bahagiannya ada dan berfungsi dengan baik pada masa yang sama.

Kerumitan ditentukan berkata, memandangkan corak kerumitan yang tertentu dapat ditemukan dalam organisma-organisma, suatu bentuk panduan mesti telah menyebabkan asal usul mereka. Hujah kerumitan yang ditentukan berkata adalah mustahil bagi suatu corak yang kompleks untuk dapat terhasil melalui proses yang berlaku secara rawak. Sebagi contoh, sebuah bilik dipenuhi 100 ekor monyet dan 100 buah computer mungkin akan menghasilkan beberapa perkataan atau sepotong ayat, tetapi sama sekali tidak akan dapat menghasil satu drama Shakespear. Bukankah hidup ini jauh lebih kompleks berbanding drama Shakespear?

Prinsip antropik berkata dunia dan alam semesta telah diselaraskan dengan begitu halus untuk membolehkan ada kehidupan di atas bumi. Sekiranya nisbah unsur-unsur di udara dan bumi di ubah sedikit sahaja maka banyak spesis akan segera pupus. Sekiranya kedudukan planet bumi beberapa batu dekat atau lebih jauh daripada matahari, banyak spesis akan pupus. Kewujudan dan perkembangan kehidupan di atas bumi menuntut banyak perkara yang sering berubah-berubah berada dalam keselarasan. Sangat mustahil bagi semua perkara ini boleh wujud tiba-tiba melalui kejadian rawak dan tidak diselaraskan.

Walaupun teori reka bentuk pintar tidak membuat andaian untuk mengenalpasti sumber kepintaran (samada Tuhan atau mahluk asing atau sesuatu yang lain), kebanyakan daripada orang-orang yang berpegang kepada teori reka bentuk pintar adalah orang-orang yang percaya kepada kewujudan Tuhan. Mereka melihat reka bentuk yang tersebar dalam dunia biologi sebagai bukti kepada kewujudan Tuhan. Tetapi ada juga beberapa orang percaya di kalangan mereka, walaupun tidak dapat menyangkal reka bentuk yang dilihat, tidak mahu mengakui kewujudan Tuhan Pencipta. Mereka cenderung menafsir data yang ada pada mereka dengan mengatakan bumi telah dibenih oleh suatu mahluk bertamadun jauh lebih tinggi (mahluk asing). Tentu sekali mereka tidak dapat menjelaskan asal-usul mahluk asing ini dan akibatnya mereka kembali kepada perdebatan asal tanpa mempunyai asalan-asalan yang berasas.

Teori reka bentuk pintar bukan faham penciptaan Alkitabiah. Terdapat perbezaan penting di antara dua kedudukan ini. Faham penciptaan Alkitabiah bermula dengan kesimpulan bahawa tulisan dalam Alkitab sebagai tepat, iaitu kehidupan di atas bumi telah direka bentuk oleh Seorang agen yang pintar iaitu Tuhan. Mereka kemudian mencari dalam alam semulajadi untuk menyokong kesimpulan ini. Orang-orang yang percaya kepada teori reka bentuk pintar pula bermula dari ruangan alam semujadi untuk sampai kepada kesimpulan yang berkata kehidupan di atas bumi telah direka bentuk oleh agen yang pintar (siapapun atau apapun agen itu).



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah teori reka bentuk pintar?