penyeksaan pertukaran agama
 
 

Jika saya tukar ke agama Kristianiti, keluarga saya akan tidak mengaku saya dan saya akan diseksa oleh adat resam. Apa boleh saya buat?



Soalan: Jika saya tukar ke agama Kristianiti, keluarga saya akan tidak mengaku saya dan saya akan diseksa oleh adat resam. Apa boleh saya buat?

Jawapan: Adalah susah bagi pengikut-pengikut Kristianiti di negara yang mana kebebasan agama adalah keutamaan adat resam, memahami kesusahan mengikut Kristus di negara lain yang tiada kebebasan agama. Kitab Injil, sebagai perkataan Tuhan, memberi kefahaman tentang pencabaran hidup dan kesusahannya, tidak mengira masa dan tempat. Yesus telah berkata bahawa mengikutnya adalah pengalaman yang mencabar. Sebenarnya, ia memerlukan kita mengorbankan segala yang kita ada. Pertama, kita kena korbankan diri. Yesus memberitahu orang ramai yang mengikutnya, "Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku.”(Markus 8:34). Salib ialah alat menjatuhkan hukuman mati dan Yesus jelaskan bahawa mengikutnya bermakna mati terhadap diri. Semua nafsu dan keghairahan dunia ini hendaklah disalib supaya kita boleh dapat nyawa baru di dalam Yesus, kerana tiada orang boleh melayan dua tuan (Lukas 16:13). Tetapi nyawa baru adalah lebih bernilai daripada apa yang kita boleh dapat daripada dunia ini.

Kedua, mengikut Yesus mungkin boleh merosakkan hubungan keluarga dan kawan. Yesus jelaskan di Matius 10:32-39 bahawa dia dating ke dunia ini untuk memisahkan pengikut-pengikutnya daripada keluarga mereka, tetapi bagi mereka yang tidak dapat benci (kurang kasihi) keluarganya tidak layak menjadi pengikutnya. Jika kita menafikan Kristus untuk berbaik-baik dengan keluarga dunia ini, Dia akan menafikan kita di syurga, kalau ini berlaku, maka kita tidak akan masuk ke syurga. Tetapi jika kita mengaku Yesus di depan orang, tidak mengira apa harga yang hendak dibayar, Dia akan beritahu Tuhan, “orang ini saya punya, terimanya ke Dunia Tuhan.” Hidup kekal ialah “mutiara yang bernilai besar” di Matius 13:44-45 dimana semua barang kita boleh dilepaskan demi hidup kekal. Adalah tidak bijak jika kita berpegang kepada benda-benda yang tidak kekal di dunia ini dan rugikan hidup kekal di akhirat. . “Apa gunanya seorang memperoleh seluruh dunia, tetapi ia kehilangan nyawanya?” (Makus 8:36). Seperti Jim Elliot, misionari yang dibunuh kerana membawa Kristianiti ke Huaorani Indian di Ekuador, berkata, “Orang itu adalah tidak bodoh jika dia memberi apa yang tidak boleh disimpan kekal untuk mendapat apa yang dia tidak mampu hilangkan.”

Yesus jelaskan penyeksaan untukNya memang tidak dapat dielakkan. Dia menggalakkan kita menghadapi kesukaran ini dan tidak putus asa dalam kesusahan. Dia anggap mereka yang diseksa kerana kepercayaan sebagai “direstui” dan ingatkan kita “Berbahagialah orang yang dianiaya oleh sebab kebenaran, karena merekalah yang empunya Kerajaan Sorga.” Dia ingatkan kita orang kepunyaannya selalu diseksa. Nabi-nabi di Testamen Lama juga diseksa, dicabul, dianiayai, dibunuh dan dipecah-belah!(Ibrani 11:37) Semua pengikut Yesus (kecuali Yohanes yang dihantar ke pulau Patmos) telah dibunuh kerana menyanjung Yesus. Tradisi kata Petrus disalib terbalik kerana dia rasa tidak layak mati seperti Yesus. Dia bertulis, “Berbahagialah kamu, jika kamu dinista karena nama Kristus, sebab Roh kemuliaan, yaitu Roh Tuhan ada padamu.” (1 Petrus 4:14). Paulas dipenjara, dipukul dan dibaling batu semasa berceramah tentang Kristus, tetapi dia anggap penyeksaan ini kecil jika disbanding dengan kemuliaan di masa depan (Roma 8:18).

Walaupun harga menjadi pengikut Yesus tinggi, tetapi terdapat juga upah sekarang dan di nunia akan datang. Yesus janji akan selalu bersama kita, sehingga ke dunia kiamat (Matius 28:20); Dia tidak akan meninggalkan kita (Ibrano 13:5); dia faham kesakitan dan kesusahan kita kerana Dia sendiri telah menderita untuk kita (1 Petrus 2:21); KasihanNya tiada had, Dia tidak akan menguji kita di luar kebolehan kita menerima cabaran itu dan Dia akan selalu menyediakan jalan keluar (1 Korintus 10:13). Bila kita ialah orang yang pertama menerima Yesus di keluarga kita, kita menjadi ahli keluarga Tuhan yang pertama dan merupakan duta Tuhan kepada orang yang kita kasihi dan juga kepada dunia ini keseluruhannya. Kalau begitu, kita akan menjadi alat Tuhan untuk menarik lebih ramai orang kepada Tuhan, memberi kita kegembiraan yang benar dan di luar imaginasi.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Jika saya tukar ke agama Kristianiti, keluarga saya akan tidak mengaku saya dan saya akan diseksa oleh adat resam. Apa boleh saya buat?