Apakah yang dikatakan Alkitab tentang pengguguran?




Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang pengguguran?

Jawapan: Alkitab tidak pernah dengan secara khusus bercakap tentang isu pengguguran. Bagaimanapun, terdapat banyak pengajaran dalam Alkitab yang jelas memberikan pandangan Tuhan berhubung perkara ini. Yeremia 1:5 memberitahu bahawa Tuhan sudah mengenal kita sebelum terbentuk dalam rahim ibu. Mazmur 139:13-16 bercakap peranan Tuhan yang aktif dalam penciptaan dan pembentukan bayi di dalam rahim. Keluaran 21:22-25 menentukan hukuman mati terhadap seseorang yang telah mengakibatkan kematian bayi di dalam rahim sama seperti hukuman yang dikenakan ke atas seseorang yang telah melakukan kesalahan membunuh. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan menganggap bayi dalam kandungan sebagai seorang manusia sama seperti seorang manusia dewasa. Bagi orang Kristian, pengguguran bukan hak pilihan peribadi seorang wanita. Pengguguran merupakan soal hidup dan mati seorang manusia yang telah diciptakan dalam gambar dan rupa Tuhan (Kejadian 1:26-27; 9:6).

Pertikaian pertama yang sentiasa timbul terhadap pendirian Kristian tentang pengguguran adalah pertanyaan yang berkata “Bagaimana dengan kes rogol dan sumbang muhrim?” Sebegitu dasyat akibat rogol dan sumbang muhrim, adakah pengguguran sebagai jalan penyelesaiannya? Dua perkara yang salah tidak akan menghasilkan satu perbuatan yang betul. Anak yang terhasil oleh perbuatan rogol boleh diberikan kepada keluarga yang tidak mampu mendapatkan anak sendiri dan sedia untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Anak itu juga boleh dibesarkan oleh ibunya. Bayi itu sesungguhnya tidak bersalah dan tidak patut dihukum kerana perbuatan-perbuatan bapanya yang jahat.

Hujah kedua adalah “Bagaimana dengan keadaan di mana nyawa si-ibu sedang terancam?" Secara jujur, ini merupakan soalan yang sangat sulit untuk dijawab berhubung isu ini. Pertama, mari kita ingat bahawa keadaan ini kurang daripada satu per sepuluh daripada satu peratus pengguguran yang dilakukan dalam dunia pada hari ini. Lebih ramai wanita melakukan pengguguran untuk kesenangan peribadi mereka berbanding wanita yang melakukannya untuk menyelamatkan nyawa mereka. Kedua, marilah kita ingat bahawa Tuhan kita dapat melakukan keajaiban-keajaiban. Dia dapat menjaga nyawa ibu dan anak walaupun semua kemungkinan perubatan bertentangan dengan kemungkinan itu. Akhirnya perkara ini hanya dapat diputuskan pasangan suami isteri dengan Tuhan. Pasangan yang berhadapan dengan masalah yang rumit ini harus berdoa meminta hikmat daripada Tuhan (Yakobus 1: 5) tentang apa yang Dia mahu supaya mereka lakukan.

Lebih daripada 95 peratus pengguguran yang dilakukan pada hari ini melibatkan wanita-wanita yang sekadar tidak mahu mempunyai anak. Kurang daripada 5 peratus pengguguran yang dilakukan disebabkan kes rogol, sumbang muhrim atau nyawa ibu yang terancam. Namun dalam contoh-contoh 5 peratus yang lebih sukar ini, pengguguran tidak sepatutnya menjadi pilihan pertama. Nyawa manusia dalam rahim itu berbaloi mendapat usaha untuk membenarkan dia dilahirkan.

Bagi mereka yang pernah terlibat dengan pengguguran, ingatlah bahawa dosa pengguguran juga dapat diampuni sama seperti dosa-dosa yang lain. Melalui iman dalam Kristus, semua dosa dapat diampuni (Yohanes 3: 16; Roma 8: 1; Kolose 1: 14). Seorang wanita yang telah melakukan pengguguran, seorang lelaki yang telah menggalakkan pengguguran dan seorang dokter yang telah menjalankan pengguguran, semuanya dapat diampuni dengan iman dalam Tuhan Yesus Kristus.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang pengguguran?