Bolehkah wanita bertugas sebagai paderi/penceramah? Apa yang Kitab kata tentang tugas wanita dalam ministri?
Soalan: Bolehkah wanita bertugas sebagai paderi/penceramah? Apa yang Kitab kata tentang tugas wanita dalam ministri?
Jawapan:
Mungkin tiada isu yang lebih menimbulkan pertengkaran daripada isu wanita menjadi paderi/penceramah di dalam ministri. Oleh itu, adalah penting jangan pandangkan masalah ini sebagai laki terhadap perempuan. Terdapat perempuan yang fikir bahawa wanita tidak patut terlibat dalam ministri, tetapi ada juga lelaki yang berpendapat bahawa perempuan boleh mengambil bahagian ministri. Ini bukan masalah cauvinisme atau diskriminasi, tetapi masalah interpretasi Kitab Injil.
1 Timotius 2:11-12 mengumumkan, “ Seharusnyalah perempuan berdiam diri dan menerima ajaran dengan patuh. Aku tidak mengizinkan perempuan mengajar dan juga tidak mengizinkannya memerintah laki-laki; hendaklah ia berdiam diri.” Dalam gereja, Tuhan melantik perempuan dan lelaki membuat kerja yang tidak sama. Ini adalah akibat cara manusia dicipta (1 Timotius 2:13) dan bagaimana dosa memasuki dunia ini (2 Timotius 2:14). Tuhan berkata dalam tulisan Paulus, menghalang perempuan membuat pengajaran agama lebih daripada lelaki. Ini mencegah perempuan daripada mengambil tempat paderi dan mempunyai kuasa di atas lelaki dari segi penceramahan agama.
Tetapi ada pendapat yang tidak setuju dengan penghalangan ini. Mereka kata Paulus menghalang perempuan berceramah kerana pada abab pertama perempuan masih kurang berpelajaran dan kurang berpengetahuan. Walaubagaimanapun, 1 Timotius 2:11-14 tidak kata tentang taraf pengetahuan. Kalau taraf pendidikan ialah satu syarat ministri, maka kebanyakan pengikut Yesus tidak akan layak juga. Satu lagi bantahan ialah Paulus hanya menghalang perempuan di Efesus daripada berceramah (1 Timotius di tulis kepada Timotius yang merupakan paderi di Efesus). Efesus adalah terkenal dengan kuil Artemis, tuhan Greek dan Roman. Perempuan adalah pihak berkuasa dalam penyembahan Artemis. Tetapi dalam buku 1 Timotius tidak kata tentang Artemis, Paulus juga tidak jelaskan bahawa penghalangannya berkaitan dengan Artemis di dalam 1 Timotius 2:11-12.
Bantahan ketiga kata Paulus hanya merujuk kepada suami-isteri dan bukannya lelaki dan perempuan secara umum. Perkataan di 1 Timotius 2:11-14 hanya merujuk kepada suami-isteri. Tetapi makna perkataan asanya ialah lelaki dan perempuan. Lagipun, perkataan Greek yang sama digunakan di ayat 8-10. Adakah hanya suami yang boleh naikkan tangan semasa sembahyang tanpa kemarahan dan pertikaian (ayat 8)? Adakah hanya isteri yang patut berpakaian sederhana, berkelakuan baik dan menghormati Tuhan (ayat 9-10)? Memang tidak! Ayat 8-10 mestinya merujuk kepada semua laki dan perempuan dan bukannya hanya suami-isteri. Ayat 11-14 tidak mempunyai konteks bahawa hanya suami dan isteri dirujuk.
Banyak bantahan terhadap penghalangan paderi wanita adalah merujuk kepada to Miriam, Deborah, Huldah, Priscilla, Phoebe, dan sebagainya – perempuan yang mengambil peranan pimpinan di dalam Kitab Injil. Bantahan ini gagal meneliti beberapa faktor, Deborah adalah satu-satu hakim perempuan di antara 13 hakim. Huldaj adalah satu-satu nabi perempuan di dalam Kitab. Miriam ialah kakak Moses dan Aaron. Dua perempuan terkenal dalam masa Raja ialah Athaliah dan Jezebel – tetapi mereka bukan pemimpin wanita yang mengikut Tuhan.
Dalam buku Kisah, bab 18, Priscilla dan Aquila adalah menteri yang taat setia kepada Kristus. Nama Priscilla disebut terdahulu, kemungkinan besar dia lebih menonjol daripada suaminya. Tetapi Priscilla tidak dikatakan terlibat dalam ministri dan bercanggah dengan ajaran di 1 Timotius 2:11-14. Priscilla dan Aquila membawa Apollos ke dalam rumah mereka dan menjelaskan Perkataan Tuhan kepadanya dengan lebih jelas (Kisah 18:26).
Dalam Roma 16:1, walaupun Phoebe dianggap sebagai “deaconess” dan bukannya pembantu – ini tidak menunjukkan Phoebe ialah pengajar di dalam gereja. Kemampuan mengajar ialah kelayakan orang tua, bukan untuk deacon (1 Timotius 3:1-13; Titus 1:6-9). Orang tua/bishop/deacon adalah “suami untuk satu isteri”, “lelaki yang anaknya percaya”, “lelaki yang dihormati”. Tambahan lagi, di dalam 1 Timotius 3:1-13 and Titus 1:6-9, sifatnama lelaki adalah digunakan untuk orang tua/bishop/deacon sahaja.
Struktur 1 Timothy 2:11-14 membuat “alasan”nya terang. Ayat 13 bermula dengan ”kerana” dan memberi ”sebab” kepada apa yang ditulis oleh Paulus dalam ayat 11-12. Mengapa perempuan tidak boleh berceramah dan menguasai lelaki? Kerana – ”Adam dicipta terlebih dahulu, lepas itu Eva. Bukan Adam ditipu oleh ular, tetapi perempuan yang ditipu dahulu.” Inilah alasannya. Tuhan mencipta Adam dahulu dan kemudian Eva untuk membantu Adam. Susunan penciptaan mempengaruhi struktur keluarga (Ephesians 5:22-33) dan gereja. Eva ditipu dahulu menjadi sebab perempuan tidak boleh menjadi paderi dan menguasai lelaki. Ini menyebabkan orang percaya bahawa perempuan tidak boleh mengajar kerana mereka lebih senang ditipu. Konsep ini boleh didebat...jika perempuan lebih senang ditipu, mengapa mereka dibenarkan mengajar anak sendiri dan perempuan lain (yang lebih senang ditipu) ? Ini bukan apa yang dikata oleh teks Kitab. Kerana perempuan yang ditipu dahulu oleh ular, maka Tuhan memberi kuasa pengajaran kepada lelaki di dalam gereja.
Perempuan adalah lebih pandai dalam ramah melayan tamu, baik hati, membimbing dan menolong. Banyak kerja ministri bergantung kepada perempuan. Perempuan tidak dihad berceramah dan meramal (1 Corinthians 11:5), bukannya tidak boleh mengajar lelaki. Kitab tidak kata perempuan tidak boleh menjalankan kuasa Roh Kudus (1 Corinthians bab 12). Perempuan seperti lelaki, dipanggil membuat ministri kepada orang lain (Galatians 5:22-23), menerangkan Gospel kepada mereka yang tidak kenal Tuhan Yesus (Matthew 28:18-20; Acts 1:8; 1 Peter 3:15).
Tuhan mentahbiskan hanya lelaki boleh mengajar rohaniah di dalam gereja. Ini bukannya kerana lelaki adalah guru yang lebih baik, atau perempuan lebih bodoh daripada lelaki. Ini adalah mengikut cara Tuhan menyusun cara operasi gereja. Lelaki patut menunjukkan pimpinan dalam rohaniah – dalam kehidupan dan percakapan mereka. Perempuan mengambil jawatan yang kurang berkuasa. Perempuan digalak mengajar perempuan lain (Titus 2:3-5). Kitab juga tidak menghalang perempuan mengajar anak sendiri. Perempuan hanya dihalang mengajar rohaniah kepada lelaki dan menguasai lelaki. Ini secara logik memutuskan perempuan tidak boleh menjadi paderi/penceramah. Ini tidak mengurangkan kepentingan perempuan, tetapi memberi mereka peranan lain yang lebih sepadan dengan hadiah yang diberi oleh Tuhan kepada mereka.
Balik kepada laman bahasa Melayu
Bolehkah wanita bertugas sebagai paderi/penceramah? Apa yang Kitab kata tentang tugas wanita dalam ministri?
|