Adakah betul bagi seorang Kristian mengadakan temu-janji atau berkahwin dengan seorang yang bukan Kristian?




Soalan: Adakah betul bagi seorang Kristian mengadakan temu-janji atau berkahwin dengan seorang yang bukan Kristian?

Jawapan: Bagi seorang Kristian, mengadakan temu-janji dengan seorang bukan Kristian adalah tidak bijak dan berkahwin dengan seorang bukan Kristian bukanlah satu pilihan. 2 Korintus 6:14 memberitahu kita agar jangan menjadi “pasangan tidak seimbang ” dengan orang yang tidak percaya. Gambaran dalam nasihat ini adalah dua ekor lembu yang tidak sepadan ukuran badan berkongsi kuk yang sama. Pasangan lembu yang tidak seimbang tidak akan bekerjasama untuk menarik beban melainkan akan menentang satu sama lain. Walaupun bahagian ini bukan bercakap tentang perkahwinan secara khusus, namun ia mempunyai implikasi terhadap perkahwinan. Bahagian ini selanjutnya berkata tentang tidak ada keharmonian di antara Kristus dan Belial (Syaitan/Iblis). Tidak akan ada keharmonian rohani dalam perkahwinan di antara seorang Kristian dengan seorang bukan Kristian. Paulus memperingatkan orang-orang percaya bahawa mereka merupakan bait Roh Kudus yang mendiami hati mereka sejak hari penyelamatan (2 Korintus 6:15-17). Disebabkan hal itu mereka perlu dipisahkan daripada dunia. Mereka masih berada di dalam dunia ini, tetapi bukan berasal dari dunia. Tidak ada tempat yang lebih mementingkan kebenaran ini selain perhubungan dalam dunia yang paling intim iaitu perkahwinan.

Alkitab juga berkata, “Janganlah kamu sesat: Pergaulan yang buruk merosakkan kebiasaan yang baik’ (1 Korintus 15:33). Dengan sangat cepat hubungan intim dengan seorang yang tidak percaya dapat menjadi penghalang kepada perjalanan hidup bersama Kristus. Kita dipanggil untuk menginjil mereka yang hilang bukan untuk mengadakan hubungan intim dengan mereka. Bukan menjadi satu kesalahan untuk menjalinkan persahabatan karib dengan seorang yang belum percaya tetapi sempadannya cukup sampai di sana. Sekiranya anda membuat temu-janji dengan seorang yang belum percaya, dengan jujur apakah yang menjadi keutamaan anda, berasmara atau memenangkan jiwa bagi Kristus? Sekiranya anda berkahwin dengan seorang yang tidak percaya, bagaimanakah mungkin anda dapat memupuk keintiman rohani dalam perkahwinan anda? Bagaimana mungkin kuaiti perkahwinan dipertahankan apabila anda sering tidak bersetuju berhubung perkara yang paling mustahak dalam dunia iaitu berkenaan Tuhan Yesus Kristus?



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah betul bagi seorang Kristian mengadakan temu-janji atau berkahwin dengan seorang yang bukan Kristian?