Makna kehidupan
 
 

Apakah makna kehidupan?



Soalan: Apakah makna kehidupan?

Jawapan: Apakah makna kehidupan? Bagaimana dapat saya mencari tujuan, kepenuhan dan kepuasan kehidupan? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang bermakna kekal? Begitu banyak orang tidak pernah berhenti menanya-nanya tentang makna kehidupan. Mereka melihat balik selepas beberapa tahun dan bingung mengapa perhubungan telah rosak dan mengapa masih berasa kekosongan walaupun telah mencapai tujuan mereka. Satu orang pemain baseball yang berjaya ditanya apa yang dia ingin dinasihat bila dia mula-mula main baseball? Dia jawap, “Saya harap ada orang memberitahu saya bahawa bila kamu mencapai tahap tinggi, tiada ada apa di sana!” Banyak orang masih berasa kekosongan selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka.

Dalam masyarakat kemanusiaan kita, ramai orang mengejar tujuan mereka, beranggap mereka akan mendapat makna hidup di dalam usaha mereka. Apa yang mereka mengejar termasuklah: kejayaan perniagaan, kekayaan, perhubungan yang baik, seks, kehiburan, membuat baik kepada orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa bila mereka mencapai tujuan kekayaan, perhubungan dan keseronokan, masih ada kekosongan di dalam hati – satu perasaan tanpa isi yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun.

Penulis buku Pengkhotbah berkata bahawa perasaan kekosongan inilah yang dialami olehnya, “Kesia-siaan belaka, kata Pengkhotbah, kesia-siaan belaka, segala sesuatu adalah sia-sia.” Penulis ini telah mendapat kekayaan yang besar, kepandaian yang lebih tinggi daripada orang lain, beratus-ratus perempuan, istana dan kebun bunga yang cantik, makanan dan minuman yang sedap, dan memiliki semua jenis kehiburan yang diingini. Tetapi dia membuat keputusan bahawa “kehidupan di bawah matahari” (kehidupan adalah apa yang kita boleh lihat dan rasa dengan organ sensasi kita) adalah tiada makna! Mengapa terdapatnya kekosongan itu? Kerana Tuhan mencipta kita untuk sesuatu yang melebihi apa yang kita boleh mengalami buat masa sekarang. Solomon berkata mengenai Tuhan, “Dia menanam keabadian di dalam hati semua manusia…” Di dalam hati kita adalah ketara bahawa apa yang ada sekarang bukan sempurna lagi.

Di dalam buku Kejadian, buku pertama Kitab Injil, kita dapati bahawa Tuhan mencipta manusia mengikut rupabentuknya sendiri (Kejadian 1:26). Ini bermakna kita lebih mirip Tuhan daripada benda-benda lain. Kita dapati sebelum manusia berdosa dan dunia ini dikutuk oleh Tuhan, perkara berikut adalah benar: (1) Tuhan membuat manusia sebagai makhluk social (Kejadian 2:18-25); (2) Tuhan bagi manusia kerja untuk dibuat (Kejadian 2:15); (3) Tuhan mempunyai hubungan baik dengan manusia (Kejadian3:8); (4) Tuhan memberi manusia kekuasaan untuk memerintah ke atas dunia (Kejadian 1:26). Apakah makna kesemua ini? Saya yakin bahawa ini adalah cara Tuhan menambah makna ke dalam hidup manusia, tetapi kesemua ini (khasnya hubungan baik dengan Tuhan) telah dimusnah oleh manusia yang berdosa dan menyebabkan kutuk yang bisa ke atas dunia (Kejadian 3).

Di dalam buku Wahyu, buku terakhir Kitab Injil, pada akhirnya selepas banyak perkara ketamatan, Tuhan akan memusnahkan dunia sekarang dan mencipta sebuah dunia yang baru untuk kehidupan kekal. Pada masa itu, Dia akan memulihkan hubungan baik dengan manusia dan mengampun dosa manusia. Terdapat sebahagian besar manusia akan diadili tidak layak dan dibuang ke dalam tasik api (Wayhu 20:11-15). Dan kutuk ke atas dosa akan dihapuskan; pada masa itu tiada lagi dosa, kesakitan, kesedihan, kematian dan kelemahan (Wahyu 21:4). Dan semua orang yang percaya akan memiliki semua restu Tuhan; Tuhan akan hidup bersama mereka, dan mereka menjadi anak Tuhan (Wahyu 21:7). Oleh itu, balik kepada apa yang kita kata dulu, Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik denganNya; tetapi manusia berdosa, merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Gospel. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan dunia tetapi berpisah daripada Tuhan secara kekal adalah paling buruk! Tetapi Tuhan memberi satu jalan mendapat restu kekal (Lukas 23:43), dan juga hidup dengan bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana “syurga di bumi” boleh dicapai?

Makna hidup dipulihkan melalui Yesus Kristus.

Seperti yang dikatakan dahulu, makan benar hidup sekarang dan di dunia akhirat didapati dalam hubungan Tuhan-manusia yang dipulihkan selepas ianya dibinasa semasa Adam dan Eve berdosa. Hari ini, hubungan baik dengan Tuhan adalah mungkin melalui Anak Tuhan Yesus Kristus (Kisah 4:12; Yohanes 14:6; 1:12). Kehidupan abadi diperolehi bila orang itu mengaku salah (tidak akan membuat salah lagi membenarkan Yesus mengubah nyawanya) dan bergantung kepada Yesus sebagai Penyelamat individunya (baca soalan “Apakah pelan penyelamatan?” untuk butir-butir lanjut).

Sekarang, makna benar hidup bukan saja didapati bila menerima Yesus sebagai Penyelamat individu, tetapi juga bila orang itu mengikuti and mematuhi ajaran Yesus dan menjadi pengikutNya, belajar daripada Yesus, bersama Yesus semasa membaca Kitab Injil, berhubung dengan Yesus melalui sembahyang dan berjalan dengan Yesus dan mematuhi semua perintahNya. Jika kamu belum percaya (atau baru percaya), kamu mingkin berkata, “Ini tidak kelihatan menakjubkan dan memuaskan kepada saya!” Tetapi sila baca lagi, Yesus berkata bahawa:

“Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu. Pikullah kuk yang Kupasang dan belajarlah pada-Ku, karena Aku lemah lembut dan rendah hati dan jiwamu akan mendapat ketenangan. Sebab kuk yang Kupasang itu enak dan beban-Kupun ringan.”(Matius 11:28-30). “Aku datang, supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan.”(Yohanes 10:10). “Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku. Karena barangsiapa mau menyelamatkan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya; tetapi barangsiapa kehilangan nyawanya karena Aku, ia akan memperolehnya.”(Matius 16:24-25). “Dan bergembiralah karena TUHAN; maka Ia akan memberikan kepadamu apa yang diinginkan hatimu.”(Mazmur 37:4).

Apa yang dikatakan ialah kita mempunyai pilihan. Kita boleh mencari jalan sendiri untuk memimpin hidup kita (akibatnya hidup dengan kekosongan) atau kita boleh pilih mengikuti Tuhan dan biarkan Tuhan memimpin kita (akibatnya kita berasa puas hati dengan hidup kita sepenuhnya, keinginan kita dipenuhi dan hidup penuh makna). Ini boleh tercapai kerana Tuhan kasih kita dan memberi kita restu yang baik (bukan hidup senang, tetapi hidup penuh makna).

Sebagai penutup, saya hendak memberi satu contoh daripada kawan pateri saya. Kalau kamu peminat sukan dan hendak menonton satu permainan professional, kamu boleh beli tiket murah dengan beberapa ringgit dan duduk di belakang stadium, atau kamu boleh membayar beratus ringgit dan duduk di depan dekat dengan pertandingan itu. Inilah hidup Kristian. Melihat Tuhan dengan dekat bukan untuk Kristian Hari Ahad. Mereka tidak membayar harga tinggi. Melihat Tuhan dengan dekat adalah untuk pengikut Yesus yang ikhlas yang berhenti mengejar tujuan sendiri dan mengejar tujuan yang diajar oleh Tuhan. Mereka membayar harga tiket yang tinggi (meletakkan diri di tangan Kristus dan mematuhi ajaranNya); mereka menikmati hidup yang bermakna; dan mereka bangga menghadapi sendiri, orang lain dan Tuhan tanpa perasaan menyesali! Sudahkah kamu membayar harga itu? Sudikah kamu buat begitu? Kalau Yah, kamu tidak akan berasa kekosongan dan mengalami kelaparan untuk makna hidup lagi.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Apakah makna kehidupan?