Apakah yang dikatakan kesatuan hipostatik? Bagaimana Yesus boleh menjadi kedua-dua Tuhan dan manusia dalam satu masa?




Soalan: Apakah yang dikatakan kesatuan hipostatik? Bagaimana Yesus boleh menjadi kedua-dua Tuhan dan manusia dalam satu masa?

Jawapan: Kesatuan hipostatik merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan bagaimana Anak Allah, Yesus Kristus menggunakan alamiah kemanusiaan, tetapi pada masa yang sama menjadi Allah yang sempurna. Yesus adalah Allah selama-lamanya (Yohanes 8:58; 10:30), tetapi dalam bentuk jelmaan Yesus yang menggunakan tubuh manusia –Dia menjelma sebagai manusia (Yohanes 1:14). Penambahan alamiah kemanusiaan bagi alamiah keilahian merupakan Yesus, Allah-manusia. Ini yang dikatakan kesatuan hipostatik, Yesus Kristus, Peribadi, Allah dan insan yang sempurna.

Kedua, alamiah Yesus, kemanusian dan keilahian, tidak boleh diasingkan antara satu dengan yang lain. Yesus akan selama-lamanya Allah-manusia, Allah dan insan yang sempurna, dua alamiah yang berbeza dalam satu-satunya Peribadi. Kemanusiaan dan keilahian Yesus tidak bercampur-aduk, tetapi bersatu tanpa kehilangan identiti uniknya.Ada kalanya Yesus berperanan dengan keterbasanNya sebagai insan (Yohanes 4:6; 19:28), tetapi pada waktu lain menguasai keilahiahNya (Yohanes 11:43; Matius 14:18-21).Dalam kedua-dua hal ini, tindakanNya berasaskan PeribadiNya yang satu itu. Yesus mempunyai dua alamiah, tetapi dalam satu Peribadi atau Keperibadian.

Doktrin kesatuan hipostatik merupakan kebolehan menerangkan bagaimana Yesus dapat menjadi Allah dan insan pada masa yang sama. Sungguhpun begitu, akhirnya doktrin inilah yang sukar difahami dengan sempurna. Mustahil bagi kita dapat memahami corak kerja Allah dengan sempurna. Kita, insan yang terbatas, tidak boleh berharap untuk memahami Allah yang tidak terbatas itu. Yesus, Anak Allah dalam maksud dilahirkan dari Roh Kudus (Lukas 1:35). Tetapi ini tidak bermakna Yesus belum wujud sebelum Dia dihamilkan. Dia sentiasa wujud (Yohanes 8:58, 10:30). Semasa dihamilkan, Dia menyerupai manusia, selain merupakan Allah (Yohanes 1:1, 14).

Yesus merupakan Allah dan insan. Yesus sentiasa menjadi Allah, tetapi tidak menjadi insan sehinggalah dihamilkan oleh bonda Maria. Yesus menjadi manusia sehingga Dia boleh memperkenalkan diriNya dengan kita berdasarkan kelemahan-kelemahan kita (Ibrani 2:17), dan yang lebih utama Dia mati disalib demi menebus hutang dosa kita (Filipi 2:5-11). Ringkasnya, kesatuan hipostatik mengajar bahawa Yesus, Anak Allah dan insan yang sempurna, justeru tiada campur-aduk atau serba kekurangan dari salah satu alamiah tersebut, dan ternyata Dia lah Peribadi yang bersatu selama-lamanya.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan kesatuan hipostatik? Bagaimana Yesus boleh menjadi kedua-dua Tuhan dan manusia dalam satu masa?