Saya baru percaya kepada Yesus…sekarang apa yang hendak dibuat?
 
 

Saya baru percaya kepada Yesus…sekarang apa yang hendak dibuat?



Saya baru percaya kepada Yesus…sekarang apa yang hendak dibuat?

Tahniah! Kamu telah membuat satu keputusan yang boleh tukar nasib hidup kamu! Mungkin kamu bertanya, “Sekarang apa yang hendak dibuat? Bagaimana saya mengikut Tuhan di perjalanan ini?” Lima langkah di bawah ini akan memberi kamu haluan daripada Kitab Injil. Bila kamu mempunyai soalan-soalan sepanjang perjalanan kepercayaan, sila melawat laman http://www.gotquestions.org/Melayu

1. Pastikan kamu memahami penyelamatan.

1 Yohanes 5:13 memberitahu kita, “Semuanya itu kutuliskan kepada kamu, supaya kamu yang percaya kepada nama Anak Tuhan, tahu, bahawa kamu memiliki hidup yang kekal.” Tuhan mahu kita memahami makna penyelamatan. Tuhan ingin kita mempunyai keyakinan yang pasti bahawa kita telah diselamatkan. Ringkasnya, biar kita membaca maklumat penting mengenai penyelamatan:

(a) Kita semua telah berdosa. Kita telah membuat perkara yang Tuhan tidak setuju (Roma 3:23).

(b) Kerana dosa kita, kita patut dihukum dan dipisahkan daripada Tuhan selama-lamanya (Roma 6:23).

(c) Yesus mati di atas salib untuk menebus dosa kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21). Yesus ganti kita untuk mati, mengalami hukuman yang sepatutnya dialami oleh kita. Kebangkitannya membuktikan kematian Yesus cukup berkesan untuk menebus dosa kita.

(d) Tuhan memberi pengampunan dosa dan penyelamatan kepada mereka yang percaya kepada Yesus – percaya kematianNya boleh menebus dosa kita (Yohanes 3:16; Roma 5:1, 8:1).

Inilah berita baik penyelamatan! Kalau kamu percaya kepada Kristus Yesus dan menerimanya sebagai Penyelamat kamu, kamu diselamatkankan! Semua dosa kamu diampun dan Tuhan janji tidak akan meninggalkan kamu (Roma 8:38-39; Matius 28:20). Ingat, penyelamatan kamu adalah tetap di dalam Yesus (Yohanes 10:28-29). Jika kamu percaya hanya Yesus sahaja ialah Penyelamat kamu, kamu boleh yakin bahawa kamu akan hidup bersama Tuhan secara abadi di syurga.

2. Mencari satu gereja baik yang mengajar Kitab Injil.

Jangan anggap gereja ialah sebuah Bangunan. Gereja ialah kristian. Adalah penting bahawa Semua penganut kristian berhubungan sesama sendiri. Ini adalah tujuan utama gereja. Sekarang kamu telah percaya kepada Tuhan, kami menggalakkan kamu mencari sebuah gereja yang mengikuti ajaran Kitab Injil di kawasan kamu dan bercakap dengan paderinya. Biar dia mengetahui kepercayaan baru kamu kepada Yesus Kristus.

Tujuan kedua gereja ialah mengajar Kitab Injil. Kamu boleh belajar bagaimana menggunakan tunjuk-ajar Tuhan untuk kehidupan. Menghafaz Kitab Injil adalah penting supaya kamu dapat mempunyai kehidupan Kristian yang berjaya dan berkuasa. 2 Timotius 3:16-17 menyatakan, “Segala tulisan yang diilhamkan Tuhan memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Tuhan diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik.”

Tujuan ketiga gereja ialah memuja Tuhan. Puja ialah berterima kasih kepada Tuhan ke atas kebaikannya. Tuhan telah menyelamatkan kita. Tuhan membekal kita rahmat. Tuhan membimbing dan menunjuk arah kepada kita. Bagaimana kita boleh tidak berterima kasih kepada Tuhan? Tuhan adalah suci, baik, kasih sayang, belas kasihan dan penuh rahmat. Wahyu 4:11 mengumumkan, “"Ya Tuhan dan Tuan kami, Kamu layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Kamu telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan."”

3. Meluangkan masa setiap hari untuk memberi tumpuan kepada Tuhan.

Adalah sangat penting untuk kita memberi masa kepada Tuhan setiap hari. Ada orang katakannya “masa persendirian”. Ada yang sebut “masa kesetiaan”, kerana masa itu kita berdedikasi kepada Tuhan. Ada orang pilih masa pagi, ada pula yang pilih masa malam. Pada bila-bila masa pun boleh. Yang penting ialah kamu memberi masa kepada Tuhan selalunya. Apa yang hendak dibuat pada masa itu?

(a) Berdoa. Doa ialah cara yang mudah untuk berhubung dengan Tuhan. Bercakap dengan Tuhan mengenai beban fikiran dan masalah kamu. Minta Tuhan memberi kamu kepandaian dan petunjuk. Minta Tuhan memberi keperluan kamu. Beritahu Tuhan kamu kasih Dia dan menghargai kebaikan yang dibuat oleh Dia kepada kamu. Inilah perkara yang penting di dalam doa.

(b) Membaca Kitab Injil. Selain daripada mempelajari Kitab Injil di gereja, kelas Injil Ahad – kamu dikehendaki membaca Kitab Injil sendiri. Kitab Injil mengandungi semua maklumat yang anda perlu tahu supaya anda dapat menjadi seorang Kristian yang Berjaya. Ia mengandungi petunjuk Tuhan untuk membuat keputusan yang bijak, mengetahui hati Tuhan, bagaimana berhubung dengan orang lain, bagaimana majukan rohani kamu. Kitab Injil ialah Perkataan Tuhan untuk kita. Kitab Injil ialah petunjuk Tuhan yang amat penting dan ia mengajar kita bagaimana hidup dengan cara yang menggembirakan Tuhan dan memenuhi kepuasan manusia yang baik.

4. Memupuk hubungan dengan orang yang dapat membantu rohani kamu.

1 Korintus 15:33 berkata, “Janganlah kamu sesat: Pergaulan yang buruk merosakkan kebiasaan yang baik.” Kitab Injil penuh dengan amaran bahawa orang jahat akan memberi pengaruh yang buruk kepada kita. Bersama dengan orang yang melakukan aktiviti maksiat akan menggoda kita berbuat jahat juga. Kelakuan mereka yang tidak baik akan dipindah ke atas kita. Oleh itu adalah penting kita berhubung dengan mereka yang kasihi Tuhan dan taat setia kepadaNya.

Cuba mencari satu atau dua kawan, mungkin daripada gereja kamu, orang yang dapat membantu dan menggalakkan kamu (Ibrani 3:13; 10:24). Minta kawan kamu menggalakkan kamu bertanggungjawab kepada Tuhan di semua aspek kehidupan kamu. Kamu sendiri pun hendak membantu orang lain. Ini tidak bermakna kamu hendak putuskan hubungan dengan kawan-kawan yang tidak percaya Yesus. Tetapi, kekalkan persahabatan dan mengasihi mereka. Biar mereka tahu bahawa Yesus telah mengubah nyawa kamu dan kamu tidak boleh mengikuti kesemua perbuatan mereka. Minta Tuhan memberi peluang kepada kamu supaya kamu dapat berkongsi dengan mereka kebaikan Yesus.

5. Pembaptisan.

Ramai orang salah faham terhadap pembaptisan. Perkataan “baptis” bermakna terendam di dalam air. Pembaptisan ialah satu upacara rasmi bagi Kristian mengumumkan kepercayaan kamu dan dedikasi kamu terhadap Kristus. Perbuatan terendam ke dalam air bermakna dikebumikan bersama Yesus. Perbuatan keluar dari air bermakna kebangkitan daripada kematian. Pembaptisan menunjukkan kamu bersama Yesus melalui proses kematian, pengebumian dan kebangkitan (Roma 6:3-4).

Pembaptisan bukan menyelamatkan kamu. Pembaptisan tidak membersih dosa kamu. Pembaptisan hanya ialah langkah kesetiaan, pengisytiharan kepercayaan kamu kepada Yesus di depan orang ramai. Pembaptisan dalah penting kerana ia merupakan satu langkah kesetiaan – menggumumkan kepercayaan kepada Kristus dan dedikasi kamu kepadaNya. Jika kamu bersedia dibaptis, beritahulah kepada paderi gereja kamu.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Saya baru percaya kepada Yesus…sekarang apa yang hendak dibuat?