Adakah semua dosa sama di mata Tuhan?




Soalan: Adakah semua dosa sama di mata Tuhan?

Jawapan: Dalam Matius 5:21-28, Yesus menyamakan berzinah dengan nafsu mengingini dalam hati dan pembunuhan dengan perasaan benci dalam hati. Bagaimanapun ini bukan bermakna dosa-dosa ini sama. Yesus mahu menegaskan kepada orang-orang Farisi bahawa dosa tetap dosa walaupun kita baru hendak melakukannya, tetapi tidak sungguh-sungguh melakukan apa yang terniat dalam hati. Pemimpin-pemimpin agama dalam zaman Yesus mengajar bahawa tidak salah untuk berfikir apa saja yang mahu dilakukan asal saja tidak sampai sungguh-sungguh melakukan apa yang diinginkan itu. Yesus membuat mereka menyedari tentang Tuhan yang menghakimi fikiran dan juga tindakan manusia (Matius 12:34).

Walaupun Yesus mengatakan nafsu keinginan dan perzinahan sebagai dosa, itu bukan bermakna kedua-duanya sama. Walaupun kedua-duanya merupakan dosa di hadapan Tuhan, sebenarnya adalah lebih teruk untuk sungguh-sungguh membunuh seseorang berbanding sekadar membenci orang itu. Ada tahap-tahap dosa. Beberapa dosa lebih teruk daripada yang lain. Pada masa yang sama, dalam hubungan dengan akibat kekal dan keselamatan, semua dosa adalah sama. Semua dosa akan membawa kepada penghukuman kekal (Roma 6:23). Semua dosa tidak kira samada “kecil” mana sekalipun adalah menentang Allah yang tidak terbatas dan yang kekal, dan layak menerima hukuman yang tak terbatas dan yang kekal juga. Selanjutnya, tidak ada dosa yang “besar” yang Tuhan tidak dapat ampuni. Yesus mati untuk membayar hukuman dosa (1 Yohanes 2:2). Yesus mati untuk semua dosa-dosa kita (2 Korintus 5:21). Adakah semua dosa sama? Ya dan tidak. Dalam keterukan dosa? Tidak sama. Dalam penghukumannya? Ya sama. Dalam hal boleh diampuni? Ya sama.



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah semua dosa sama di mata Tuhan?