Bagaimanakah saya boleh diurapi oleh Roh Kudus?




Soalan: Bagaimanakah saya boleh diurapi oleh Roh Kudus?

Jawapan: Satu ayat penting yang membincangkan urapan Roh Kudus pada zaman ini ialah Yohanes 14:16, Yesus berjanji bahawa Roh Kudus akan mendiami para pengikut-Nya dan mendiami mereka selama-lamanya. Penting bagi kita untuk membezakan didiami oleh Roh Kudus dan diurapi oleh Roh Kudus. Didiami oleh Roh Kudus selama-lamanya bukan untuk beberapa pengikut yang terpilih, tetapi sebaliknya adalah untuk semua pengikut. Terdapat beberapa rujukan dalam ayat-ayat suci yang menyokong kesimpulan ini. Pertama ialah Roh Kudus merupakan anugerah yang diberikan kepada semua orang yang percaya kepada Yesus tanpa pengecualian, dan tiada syarat yang mengikat anugerah ini kecuali iman dalam Kristus (Yohanes 7:37-39). Kedua ialah Roh Kudus dianugerahkan pada saat penyelamatan. Efesus 1:13 menunjukkan bahawa Roh Kudus diberikan pada saat penyelamatan. Galatia 3:2 juga menekankan kebenaran ini, dengan menyatakan bahawa penerimaan Roh Kudus dimeteraikan pada saat kita percaya dan kita didiami oleh Roh Kudus. Ketiga, Roh Kudus mendiami para pengikut secara kekal. Roh Kudus dianugerahkan kepada para pengikut sebagai bayaran awal atau pengesahan kemuliaan mereka dalam Kristus pada masa hadapan (2 Korintus 1:22; Efesus 4:30).

Hal ini bertentangan dengan arahan urapan Roh Kudus yang dijumpai dalam Efesus 5:18. Kita harus menyerah sepenuhnya kepada Roh Kudus supaya Dia boleh memiliki kita sepenuhnya, dan hal ini bermakna mengurapi kita. Roma 8:9 dan Efesus 1:13-14 menyatakan bahawa Dia mendiami setiap pengikut, tetapi Dia boleh berasa sedih (Efesus 4:30), dan aktiviti Dia dalam diri kita boleh terhalang (1 Tesalonika 5:19). Apabila kita membenarkan hal ini berlaku, kita tidak dapat mengalami sepenuhnya kuasa Roh Kudus yang bekerja dalam dan melalui kita. Diurapi oleh Roh Kudus menyifatkan kebebasan yang diberikan kepada-Nya untuk memenuhi setiap bahagian hidup kita, mengarah dan mengawal kita. Maka kuasa-Nya boleh dilepaskan melalui kita supaya segala yang kita lakukan membuahkan hasil kepada Tuhan. Urapan Roh Kudus bukan merujuk kepada tindakan luaran sahaja; urapan ini juga merujuk kepada pemikiran dalaman dan niat tindakan kita. Mazmur 19:14 menyatakan, "Semoga kata-kata dan renunganku diterima oleh-Mu, ya Tuhan, pelindung dan penebusku."

Dosa memisahkan kita daripada urapan Roh Kudus, dan kepatuhan kepada Tuhan mengekalkan urapan Roh Kudus. Walaupun fokus kita sepatutnya adalah diurapi seperti yang diperintah dalam Efesus 5:18, tetapi berdoa supaya diurapi oleh Roh Kudus tidak akan membantu kita membuahkan hasil daripada Roh Kudus. Hanya kepatuhan kita kepada perintah Tuhan membolehkan Roh Kudus bebas bekerja dalam diri kita. Disebabkan kita adalah ciptaan yang berdosa, tidak mungkin kita boleh diurapi oleh Roh Kudus setiap masa. Kita patut serta-merta menangani dosa dalam hidup kita, dan membaharui komitmen kita untuk diurapi oleh Roh Kudus dan dipimpin oleh Roh Kudus.



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimanakah saya boleh diurapi oleh Roh Kudus?