Kitab Injil arak dan Kristian
 
 

Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil tentang minum arak/wain? Adakah ia berdosa untuk seorang Kristian minum arak/wain?



Soalan: Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil tentang minum arak/wain? Adakah ia berdosa untuk seorang Kristian minum arak/wain?

Jawapan: Beberapa ayat suci menggalakkan orang jangan minum arak (Imamat 10:9; Bilangan 6:3; Ulangan 14:26; 29:6; Hakim-hakim 13:4,7,14; 1 Samuel 1:15; Amsal 20:1; 31:4,6; Yesaya 5:11,22; 24:9; 28:7; 29:9; 56:12; Mikha 2:11; Lukas 1:15). Walaubagaimanapun, Kitab Injil tidak semestinya menghalang Kristian minum beer, wain atau apa-apa minuman yang mengandungi arak. Kristian diarah jangan menjadi mabuk (Efesus 5:18). Kitab Injil menyalahkan mabuk dan kesan buruknya (Amsal 23:29-35). Kristian juga diarahkan supaya jangan membenarkan badan mereka dikawal oleh sesuatu yang bukan dari Tuhan (1 Korintus 6:12; 2 Petrus 2:19). Kitab juga menghalang seorang Kristian membuat sesuatu yang boleh mencederakan perasaan Kristian lain atau menyebabkan mereka berbuat dosa (1 Korintus 8:9-13). Mengikut principal-prinsipal tersebut, adalah susah nak katakan Kristian minum arak untuk memuliakan nama Tuhan (1 Korintus 10:31).

Yesus tukar air kepada wain. Nampaknya Yesus juga minum wain semasa kenduri (Yohanes 2:1-11, Matius 26:29). Dalam Perjanjian Baru, airnya bukan bersih. Tanpa kaedah sanitasi modern, air dicemari oleh bacteria, virus dan bahan-bahan pencemaran lain. Keadaannya sama seperti yang berlaku di dunia ketiga masa sekarang. Oleh itu, banyak orang minum wain lebih daripada air semasa zaman Yesus kerana ia adalah lebih bersih dan sihat. Dalam 1 Timoti 5:23, Paulus mengarahkan Timoti berhenti minum air (yang menyebabkan sakit perut) dan minum wain. Pada masa itu, wain diawet, tetapi bukan kepada tahap masa sekarang. Ia bukannya jus anggur tetapi juga bukan serupa dengan wain hari ini. Sekali lagi, Kitab juga tidak menghalang Kristian minum beer, wain atau apa-apa minuman yang mengadungi alcohol. Alkohol bukannya sendiri dicemari oleh dosa. Apa yang salah ialah mabuk dan penagihan kepada arak yang Kristian patut mengelakkan (Efesus 5:18, 1 Korintian 6:12). Mengikut principal dalam Kitab, adalah susah berdebat bahawa Kristian minum arak boleh menggembirakan Tuhan.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil tentang minum arak/wain? Adakah ia berdosa untuk seorang Kristian minum arak/wain?