Apakah yang harus dilakukan ibubapa Kristian sekiranya mereka mempunyai anak lelaki (atau anak perempuan) yang hilang?




Soalan: Apakah yang harus dilakukan ibubapa Kristian sekiranya mereka mempunyai anak lelaki (atau anak perempuan) yang hilang?

Jawapan: Terdapat prinsip-prinsip tersirat dalam cerita anak yang hilang (Lukas 15: 11-32) yang dapat digunapakai oleh ibubapa dalam menghadapi anak-anak yang berjalan bertentangan dengan ajaran yang telah membesarkan mereka. Ibubapa perlu ingat apabila anak-anak yang telah mencapai tahap dewasa, bukan lagi di bawah kuasa mereka.

Dalam cerita anak yang hilang, anak bongsu mengambil harta warisannya dan pergi ke sebuah negara yang jauh dan menghabiskannya di sana. Dalam kasus anak yang bukan seorang percaya dan belum dilahirkan kembali, perkara ini adalah perkara yang biasa akan berlaku. Dalam kasus anak yang pernah membuat pengakuan iman dalam Kristus, kita menyebut anak ini sebagai “anak yang hilang.” Pengertian kepada sebutan ‘anak yang hilang’ adalah seorang yang telah memboroskan semua yang ada pada dia,” dan merupakan suatu penjelasan yang baik tentang seorang anak yang telah meninggalkan rumah dan memboroskan semua warisan rohani yang ibubapanya telah laburkan di dalam dia. Semua tahun-tahun pembentukan, pengajaran, kasih dan perhatian dilupakan begitu saja apabila anak ini memberontak terhadap Tuhan. Semua pemberontakan dilakukan terhadap Tuhan terlebih dahulu dan dinyatakan dalam bentuk pemberontakan terhadap ibubapa dan kewibawaan mereka.

Perhatikan sang bapa dalam perumpamaan ini tidak melarang anaknya daripada pergi meninggalkan rumah. Dia juga tidak mengekori anaknya untuk melindunginya. Melainkan bapa ini dengan setia tinggal di rumah dan berdoa. Apabila anak itu sedar akan perbuatannya dan berpaling kembali, bapa sedang menunggu dan melihat kepulangannya. Bapa ini berlari pergi menyambut anak itu walaupun anak itu masih jauh lagi.

Apabila anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kita pergi atas kemahuan mereka sendiri —dengan andaian mereka sudah cukup umur untuk berbuat demikian— dan membuat pilihan hidup yang kita tahu akan membawa akibat buruk, ibubapa mesti melepaskan dan membiarkan mereka. Ibubapa tidak mengekori dan tidak campurtangan dengan akibat yang akan berlaku. Ibubapa terus tinggal di rumah dan terus berdoa dan melihat tanda-tanda pertaubatan dan perubahan arah dalam kehidupan anak mereka yang hilang. Sehingga itu berlaku, ibubapa bertetap pada nasihat mereka, jangan sokong pemberontakan itu dan jangan campurtangan (1 Petrus 4:15).

Apabila anak-anak sudah dewasa mereka tertakluk hanya kepada kewibawaan Tuhan dan wibawa yang telah dipercayakan kepada kerajaan (Roma 13: 1-7). Sebagai ibubapa kita dapat menyokong anak-anak kita yang hilang dengan kasih, doa dan bersedia untuk berdiri di sisi mereka apabila mereka mula datang kepada Tuhan. Tuhan sering menggunakan masalah akibat kesalahan sendiri untuk memberikan hikmat kepada kita dan terpulanglah kepada setiap individu untuk membuat tindakbalas yang tepat. Kita sebagai ibubapa tidak dapat menyelamatkan anak-anak kita, hanya Tuhan yang dapat melakukan perkara itu. Sehingga hari itu tiba, kita mesti melihat, berdoa dan menyerahkan perkara itu ke dalam tangan Tuhan. Ini satu proses yang menyakitkan, tetapi apabila diterapkan secara Alkitabiah, ia akan memberi ketenangan minda dan hati. Hanya Tuhan yang dapat menghakimi anak-anak kita, bukannya kita. Dalam perkara ini terdapat satu penghiburan yang besar: “Masakan Hakim segenap bumi tidak menghukum dengan adil?” (Kejadian 18:25b).



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang harus dilakukan ibubapa Kristian sekiranya mereka mempunyai anak lelaki (atau anak perempuan) yang hilang?