Apakah yang dimaksudkan bahawa Yesus itu Anak Manusia?




Soalan: Apakah yang dimaksudkan bahawa Yesus itu Anak Manusia?

Jawapan: Yesus digelar “Anak Manusia” sebanyak 88 kali dalam Perjanjian Baharu. Apakah maksudnya? Bukankah Alkitab menyebutkan Yesus itu Anak Allah? Jika begitu, bagaimana pula Yesus menjadi Anak Manusia? Maksud pertama dari frasa “Anak Manusia” merujuk ramalan Daniel 7:13-14,”Dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak sesuatu yang seperti manusia.Dia datang dilitupi awan, lalu menghampiri Dia yang hidup selama-lamanya, dan dihadapkan kepadaNya. Dia diberikan kuasa, kehormatan dan kedaulatan, agar orang daripada semua bangsa, kaum dan bahasa mengabdikan diri kepadaNya. KuasaNya akan kekal dan pemerintahanNya tidak akan berakhir.” Gambaran “Anak Manusia” ini digelarkan Mesiah. Yesus adalah Dia yang mendapatkan kekuasaan, kemuliaan dan kerajaan. Semasa Yesus menggunakan gelaran ini, dia menerapkan ramalan “Anak Manusia” pada diriNya sendiri. Golongan Yahudi pada zaman itu sangat mengenal frasa tersebut dan kepada siapa frasa tersebut ditujukan. Yesus mengutarakan dirinya sebagai Mesiah.

Maksud kedua dari frasa “Anak Manusia,” bahawa Yesus sesungguhnya seorang insan. Allah menyeru Nabi Yehezkiel sebagai “anak manusia” sebanyak 93 kali. Allah hanya menyebutkan beliau sebagai manusia.Anak manusia merupakan insan. Yesus merupakan Allah yang sempurna (Yohanes 1:1), tetapi Dia juga merupakan insan (Yohanes 1:14). 1 Yohanes 4:2 memaklumkan, “Inilah caranya kamu boleh mengetahui sama ada roh itu Roh Allah atau tidak: Sesiapa mengakui Yesus Kristus datang ke dunia sebagai manusia, orang itu mempunyai Roh yang datang daripada Allah. Ya, Yesus merupakan Anak Allah –yang pentingnya Dia adalah Allah. Ya, Yesus juga merupakan Anak Manusia-yang pentingnya Dia juga seorang insan. Ringkasnya, frasa “Anak Manusia” menunjukkan Yesus seorang Mesiah, dan seorang insan sejati.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dimaksudkan bahawa Yesus itu Anak Manusia?