Adakah Tuhan wujud
 
 

Adakah Tuhan Wujud? Terdapatkah bukti kewujudan Tuhan?



Soalan: Adakah Tuhan Wujud? Terdapatkah bukti kewujudan Tuhan?

Jawapan: Adakah Tuhan wujud? Adalah berminat didapati banyak perhatian diberi kepada soalan ini. Tinjauan yang paling rapat menunjukkan 90% orang di dunia ini percaya bahawa Tuhan wujud. Tetapi masih ialah tanggungjawab bagi orang yang percaya kepada Tuhan memberi bukti bahawa Tuhan sebenarnya wujub. Kepada saya, saya rasa cara yang sebaliknya lebih betul.

Walaubagaimanapun, kewujudan Tuhan tidak boleh dibukti atau dinafikan. Kitab Injil kata kita mesti menerima dengan iman bahawa Tuhan wujud. “Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Tuhan. Sebab barangsiapa berpaling kepada Tuhan, ia harus percaya bahawa Tuhan ada, dan bahawa Tuhan memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia. ” (Ibrani 11:6). Jika Tuhan ingin, Dia boleh menunjukkan diri kepada dunia untuk membuktikan kewujudannya. Tetapi jika Tuhan buat begitu, maka tidak perlulah iman. “Karena engkau telah melihat Aku, maka engkau percaya. Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya” (Yohanes 20:29).

Tetapi ini tidak bermakna bahawa tiada bukti mengenai kewujudan Tuhan. Kitab Injil berkata, “Langit menceritakan kemuliaan Tuhan, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tangan-Nya;hari meneruskan berita itu kepada hari, dan malam menyampaikan pengetahuan itu kepada malam.Tidak ada berita dan tidak ada kata, suara mereka tidak terdengar” (Mazmur 19:1-4). Melihat kepada bintang, memahami kebesaran angkasalepas, meninjau kekaguman alam semulajadi, menikmati kecantikan matahari senja – semua ini menunjuk kepada kewujudan Tuhan. Kalau ini masih tidak cukup, terdapat lagi bukti di dalam hati kita. Pengkhotbah 3:11 berkata, “Ia membuat segala sesuatu indah pada waktunya, bahkan Ia memberikan kekekalan dalam hati mereka. Tetapi manusia tidak dapat menyelami pekerjaan yang dilakukan Allah dari awal sampai akhir.” Terdapat sesuatu di dalam hati kita memberitahu kita dunia dan hidup ini belum muktamad, ada sesuatu yang melebihi apa yang kita nampak dan ketahui. Kita boleh menafikannya secara intelek, tetapi kehadiran konsep Tuhan di dalam hati kita tidak boleh dinafikan. Selain daripada ini, Kitab Injil memberi amaran bahawa masih ada orang menafikan Tuhan. Orang bodoh berkata di dalam hati, “Tiada Tuhan” (Mazmur 14:1). Kerana terdapat 98% orang di dalam sejarah di seluruh dunia percaya bahawa ada Tuhan, mesti ada sesuatu atau seseorang yang menyebabkan kepercayaan ini.

Selain daripada alasan yang diberikan oleh Kitab Injil, terdapat juga perbalahan logik tentang kewujudan Tuhan. Pertama kali, perbalahan ontologikal. Ia menggunakan konsep Tuhan membukti Tuhan. Ia kata definasi Tuhan ialah “sesuatu yang tidak boleh diatasi di dalam fikiran kita”. Katanya, wujud adalah lebih tinggi daripada tidak wujud. Oleh itu, kewujudan yang paling tinggi mesti wujud. Kalau Tuhan tidak wujud, maka Tuhan tidak akan wujud di dalam fikiran kita. Tetapi ini bercanggah dengan definasi Tuhan. Alasan kedua ialah perbalahan teleologikal. Perbalahan teleologikal kata alam ini menunjukkan rekabentuk yang mengagumkan, maka mesti terdapatnya seorang pencipta yang maha besar. Sebagai contoh, jika bumi lebih dekat dengan atau jauh daripada matahari beratus batu, maka kehidupan tidak akan wujud di bumi ini seperti sekarang. Jika peratusan bahan kimia di dalam udara berbeza daripada apa yang terdapat sekarang, semua kehidupan di bumi ini akan mati. Kebarangkalian untuk wujudnya molekul protein secara sendiri adalah 1 dibahagi oleh 10234. Satu sel asa terdiri daripada berjuta-juta molekul protein.

Perbalahan ketiga ialah perbalahan kosmologi. Setiap akibat mesti ada sebab. Alam ini dan semua benda di dalamnya adalah satu akibat. Jadi mesti terdapat sebabnya yang mewujudkan mereka. Akhirnya, mesti ada sesuatu yang bukan akibat yang menyebabkan benda-benda lain kecualinya sendiri. Benda yang bukan akibat itu ialah Tuhan. Perbalahan keempat ialah perbalahan moral. Setiap tamadun di dalam sejarah mempunyai undang-undang moral. Semua orang mempunyai kefahaman betul dan salah. Pembunuhan, penipuan, pencurian dan kerosakan moral adalah ditolak oleh semua orang. Kalau bukan disebabkan oleh Tuhan yang suci, bagaimana boleh wujudnya konsep moral ini?

Walaupun bukti Tuhan ketara, tetapi Kitab Injil kata masih ada orang yang tidak ingin percaya kepada Tuhan dan lebih suka perbohongan. Roma 1:25 kata, “Sebab mereka menggantikan kebenaran Tuhan dengan dusta dan memuja dan menyembah makhluk dengan melupakan Penciptanya yang harus dipuji selama-lamanya, amin.” Kitab Injil juga kata kita tidak ada alasan yang betul untuk menafikan Tuhan, “Sebab apa yang tidak nampak dari pada-Nya, yaitu kekuatan-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, dapat nampak kepada pikiran dari karya-Nya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih.” (Roma 1:20).

Mereka yang tidak mahu percaya kepada Tuhan memberi alasan bahawa “tidak saintifik” atau “tiada bukti”. Alasan yang sebenarnya ialah jika mereka mengaku Tuhan, maka mereka terpaksalah bertanggungjawab kepada Tuhan dan perlukan pengampunan dosa (Roma 3:23, 6:23). Jika Tuhan wujud, maka kita mesti menanggung akibat perbuatan kita dan mematuhi hukum Tuhan. Jika Tuhan tidak wujud, maka kita boleh buat sesuka hati dan tidak perlu risau tentang keadilan Tuhan. Saya percaya inilah sebabnya teori evolusi diterima oleh ramai orang dalam masyarakat kita. Tuhan wujud dan semua orang akan tahu kewujudannya satu hari kemudian. Mereka yang cuba menafikan Tuhan sebaliknya membuat sesuatu yang membuktikan Tuhan.

Satu lagi perbalahan tentang kewujudan Tuhan. Bagaimana saya tahu Tuhan wujud? Saya tahu kerana saya bercakap dengan Tuhan setiap hari. Saya tidak dengan suaranya dengan telinga, tetapi saya merasai kehadirannya. Saya nampak kepimpinannya, saya tahu kasih sayangnya, saya menikmati rahmatnya. Banya perkara berlaku di hidup saya yang hanya boleh dijawab oleh kewujudan Tuhan. Tuhan telah mengubah kehidupan saya dan menyelamatkan saya daripada keruntuhan moral, oleh itu saya mesti memuji dan mengaku Tuhan. Tidak ada perbalahan yang boleh mengyakinkan semua orang tentang kewujudan Tuhan kalau mereka memang degil dengan fikiran sendiri. Akhirnya, kewujudan Tuhan mesti diterima dengan iman (Ibrani 11:6). Iman dan kepercayaan di dalam Tuhan bukan satu lompatan buta di dalam kegelapan, tetapi ia ialah satu langkah selamat ke dalam satu bilik yang terang dengan cahaya di mana 90% orang sudah berada di sana.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Adakah Tuhan Wujud? Terdapatkah bukti kewujudan Tuhan?