Adakah Tuhan benar
 
 

Adakah Tuhan benar? Bagaimana dapat saya pastikan Tuhan benar?



Soalan: Adakah Tuhan benar? Bagaimana dapat saya pastikan Tuhan benar?

Jawapan: Kita tahu bahawa Tuhan adalah benar kerana Dia yang mendedahkan diri kepada kita dengan tiga cara: dalam penciptaan, dalam Ayatnya, dan dalam Anaknya, Yesus Kristus.

Bukti yang paling asas tentang kewujuban Tuhan ialah melalui benda-benda yang diciptai olehnya. “Sebab apa yang tidak nampak dari pada-Nya, yaitu kekuatan-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, dapat nampak kepada pikiran dari karya-Nya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih.”(Roma 1:20).”Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tangan-Nya”(Mazmur19:2).

Jika saya jumpa satu jam tangan di padang, saya tidak akananggap ia “timbul” tiba-tiba atau wujub secara sendiri. Berasakan rekabentuk jam itu, saya akan anggap ia mempunyai penciptanya. Tetapi saya nampak rekabentuk dunia ini lebih tepat dan mengagumkan. Penentuan masa bukan berasaskan jam tangan, tetapi berasaskan perbuatan Tuhan – putaran bumi yang berulang (dan sifat radioaktif atom cesium-133). Alam ini menunjukkan rekabentuk yang agung, ini berdebat terdapatnya Pencipta yang Agung!

Jika saya jumpa satu mesej berkod, saya akan minta bantuan pakar kristografi untuk memecahkan kod itu. Saya akan anggap terdapatnya orang yang bijak yang hantar mesej berkod itu, orang yang mencipta kod itu. Bagaimana rumit kod DNA di dalam sel badan kita? Tidakah kerumitan dan tujuan DNA itu berdebat terdapatnya penulis bijak kod itu?

Tuhan bukan hanya membuat satu alam fizikal yang rumit dan beratur, Dia juga menanam kefahaman abadi di dalam hati setiap orang (Pengkhotbah 3:11). Manusia mempunyai erti di dalam hati bahawa makna hidup melebihi apa yang kita nampak, bahawa terdapatnya sesuatu yang lebih tinggi daripada perkara di dunia ini. Perasaan abadi ditunjukkan melalui pembuatan undang-undang dan penyembahan.

Setiap kebudayaan di dalam sejarah mempunyai undang-undang moral, dan didapati mempunyai kesamaan antara tamadun yang berlainan. Sebagai contoh, kasih sayang dan perasaan cinta adalah dinilai oleh semua orang, tetapi pembohongan dibenci oleh semua orang. Moraliti umum ini – kefahaman salah dan betul ini – menunjukkan terdapatnya Tuhan yang bermoral tinggi dan muktamad yang memberi kita erti moral secara semulajadi.

Dengan cara yang sama, semua orang di dunia, tidak kira tamadunnya, mencipta sistem menyembah tuhan masing-masing. Objek penyembahan mungkin berbeza, tetapi tanggapan “kuasa lebih tinggi” wujub di hati semua orang. Kecenderongan kita menyembah tuhan adalah berhubung dengan fakta bahawa Tuhan mencipta manusia di dalam imej dan bentuknya (Kejadian 1:27).

Tuhan juga mendedahkan diri kepada kita melalui Perkataannya di dalam Kitab Injil. Melalui kitab, kewujuban Tuhan adalah satu fakta terbukti sendiri (Kejadian 1:1; Keluaran 3:14). Bila Benjamin Franklin menulis di Autobiografinya, dia tidak membazir masa buktikan kewujubannya. Samanya, Tuhan tidak perlu membuktikan dirinya wujub di dalam bukunya. Pengaruh Kitab Injil yang dapat mengubah nyawa orang, kemantapannya dan keajaibannya sepatutnya cukup untuk menarik perhatiaan kita.

Cara ketiga Tuhan mendedahkan dirinya ialah melalui Anaknya, Yesus Kristus (Yohanes 14:6-11). “Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Tuhan dan Firman itu adalah Tuhan.....Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran.” (Yohanes 1:1,14). Melalui Yesus “Sebab dalam Dialah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ketuhanan” (Kolose 2:9).

Di dalam hidup Yesus yang mengagumkan, Dia mengikut kesemua ajaran Testamen Lama dan memenuhi ramalan mengenai kedatangannya (Matius 5:17). Dia membuat kebaikan dan kejaiban di kalangan umum untuk menunjukkan kekuasaan perkataannya dan membuktikan sifat ketuhanannya (Yohanes 21:24-25). Kemudian, tiga hari selepas dia disalib, Dia bangun daripada kematian, satu fakta yang dinampak oleh beratus-ratus orang (1 Korintus 15:6). Rekod sejarah penuh dengan bukti mengenai kesejarahan Yesus. Paulus berkata, “Raja juga tahu tentang segala perkara ini, sebab itu aku berani berbicara terus terang kepadanya. Aku yakin, bahwa tidak ada sesuatupun dari semuanya ini yang belum didengarnya, karena perkara ini tidak terjadi di tempat yang terpencil.” (Kisah 26:26).

Kita tahu bahawa selalu terdapatnya orang yang tidak percaya dan meragui tentang kewujuban Tuhan. Dan juga ada orang yang tidak akan menerima apa-apa bukti tentang Tuhan (Mazmur 14:1). Semuanya bergantung kepada kepercayaan (Ibrani 11:6).



Balik kepada laman bahasa Melayu

Adakah Tuhan benar? Bagaimana dapat saya pastikan Tuhan benar?