Apakah dia Jalan Roma ke penyelamatan?
Soalan: Apakah dia Jalan Roma ke penyelamatan?
Jawapan:
Jalan Roma penyelamatan ialah satu cara berkongsi dengan orang lain mengenai Gospel penyelamatan melalui penggunaan ayat-ayat daripada buku Roma. Ia adalah satu cara yang senang tetapi efektif untuk menjelaskan mengapa kita perlukan penyelamatan, bagaimana Tuhan menyediakan penyelamatan, bagaimana kita boleh menerima penyelamatan, dan apakah akibat penyelamatan?
Ayat pertama Jalan Roma ke penyelamatan ialah Roma 3:23, “Kerana semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah.” Kita semua telah berdosa. Kita semua melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Tuhan. Tiada seorang pun yang tidak berdosa. Roma 3:10-18 menerangkan bagaimana dosa mempengaruhi hidup kita. Ayat suci kedua mengenai Jalan Roma ke Penyelamatan, Roma 6:23, mengingatkan kita tentang akibat berdosa – “sebab upah dosa ialah maut..” Hukuman ke atas dosa ialah kematian. Bukan sahaja kematian fizikal, tetapi kematian kekal!
Ayat suci ketiga di dalam Buku Roma mengenai penyelamatan ialah roma 6:23, “…tetapi karunia Tuhan ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.” Roma 5:8 kata, “Akan tetapi Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh kerana Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa.” Yesus Kristus mati untuk kita! Kematian Yesus membayar denda dosa kita. Kebangkitan Yesus membuktikan bahawa Tuhan telah menerima kematiannya sebagai tebusan dosa kita.
Ayat suci keempat di dalam Jalan Roma ke penyelamatan ialah Roma 10:9, “Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahawa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahawa Tuhan telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan.” Kerana Yesus telah mati untuk kita, maka apa yang kita perlu buat ialah percaya kepada Dia, yakin bahawa kematianNya ialah untuk menebus dosa kita – pastilah kita akan diselamatkan! Roma 10:13 kata lagi, “Sebab, barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan, akan diselamatkan.” Yesus mati untuk menebus dosa kita dan membebaskan kita daripada hukuman kekal. Penyelamatan, pengampunan, diberikan percuma kepada semua orang yang percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat.
Aspek terakhir Jalan Roma ke penyelamatan ialah akibat penyelamatan. Roma 5:1 mempunyai ayat yang mengagumkan ini, “Sebab itu, kita yang dibenarkan kerana iman, kita hidup dalam damai sejahtera dengan Tuhan Bapa oleh kerana Tuan kita, Yesus Kristus.” Melalui Yesus, kita boleh menikmati hubungan sejahtera dengan Tuhan. Roma 8:1 mengajar, “Demikianlah sekarang tidak ada penghukuman bagi mereka yang ada di dalam Kristus Yesus.” Kerana Yesus mati untuk kita, maka kita tidak akan dihukum lagi. Akhirnya, kita mempunyai janji Tuhan ini dari Roma 8:38-39, “ Sebab aku yakin, bahawa baik maut, maupun hidup, baik malaikat-malaikat, maupun pemerintah-pemerintah, baik yang ada sekarang, maupun yang akan datang, atau kuasa-kuasa, baik yang ada di atas, maupun yang di bawah, ataupun sesuatu makhluk lain, tidak akan dapat memisahkan kita dari kasih Tuhan, yang ada dalam Kristus Yesus, Tuan kita.”
Adakah anda hendak mengikuti Jalan Roma ke Penyelamatan? Jika Ya, mengikutlah di sini satu doa contoh. Doa ini ialah cara memberitahu Tuhan bahawa kamu bergantung kepada Yesus untuk penyelamatan. Doa sendiri tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus ganti saya menerima hukuman itu supaya saya dapat diampun melalui iman di atas Kristus. Dengan bantuan Kamu, saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu – iaitu hadiah kehidupan kekal! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.
Balik kepada laman bahasa Melayu
Apakah dia Jalan Roma ke penyelamatan?
|