Penyelamat Individu
 
 

Apa maknanya menerima Yesus sebagai penyelamat individu kamu?



Soalan: Apa maknanya menerima Yesus sebagai penyelamat individu kamu?

Jawapan: Adakah kamu telah menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat individu? Sebelum kamu jawab, benarkan saya menjelaskan soalan ini. Untuk memahami soalan ini dengan betul, kamu mesti faham dengan tepat makna “Yesus Kristus”, “individu” dan “Penyelamat.”

Siapanya Yesus Kristus? Ramai orang menganggap Yesus Kristus sebagai seorang yang baik, atau salah satu Nabi Tuhan. Semua ini memang betul mengenai Yesus, tetapi keterangan ini belum tepat lagi. Kitab Injil berkata Yesus ialah Tuhan di dalam bentuk badan manusia, Tuhan menjadi manusia (lihat Yohanes 1:1,14). Tuhan dating ke dunia untuk mengajar kita, mengubati kita, memperbetulkan kita, mengampun kita – dan mati untuk kita! Yesus Kristus ialah Tuhan, Pencipta alam, Tuhan yang berdaulat. Sudahkah kamu menerima Yesus ini?

Apakah Penyelamat dan mengapa kita perlukan Penyelamat? Kitab Injil memberitahu kita bahawa kita telah melakukan dosa, kita semua membuat maksiat (Roma 3:10-18). Akibatnya, kita patut menerima kemurkaan dan pengadilan Tuhan. Pengadilan yang berpatutan terhadap dosa yang dilakukan kepada Tuhan yang abadi ialah hukuman yang tidak berhabisan (Roma 6:23; Wahyu 20:11-15). Ini sebabnya kita perlukan Penyelamat!

Yesus Kristus, datang ke dunia dan mati untuk kita. Kematian Yesus, Tuhan di dalam bentuk manusia, adalah satu tebusan dosa kita yang tidak terhad (2 Korintus 5:21). Yesus mati untuk menanggung dosa kita (Roma 5:8). Yesus membayar harga itu supaya kita tidak perlu bayar lagi. Kebangkitan Yesus membuktikan kematiannya cukup untuk membiayai denda dosa kita. Oleh itu Yesus ialah Penyelamat yang tunggal (Yohanes 14:6; Kisah Para Rasul 4:12)! Adakah kamu yakin terhadap Yesus sebagai Penyelamat anda?

Adakah Yesus “Penyelamat Peribadi” anda? Ramai orang anggap Kristianiti sebagai menghadiri gereja, mengamali upacara agama, tidak membuat kejahatan. Ini bukan Kristianiti yang sebenarnya. Kristianiti yang benar ialah hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Menerima Yesus sebagai penyelamat anda bermakna meletakkan kepercayaan dan keyakinan di dalamNya. Tiada siapa boleh diselamatkan kerana kepercayaan kepada seseorang. Tiada siapa boleh diampun selepas berdosa. Hanya satu cara anda boleh diselamat iaitu menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu, percaya bahawa kematianNya mampu membayar denda dosa kamu, dan yakin bahawa kebangkitanNya menjamin nyawa abadi di dunia akhirat (Yohanes 3:16). Sudahkah anda menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu anda?

Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu anda, mengikutilah doa di bawah ini. Ingat, bukannya doa yang menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan kepada Yesus boleh menyelamatkan anda. Doa hanya satu cara untuk menunjuk kepada Tuhan iman kamu dan berterima kasih kepada Tuhan kerana menyediakan pengampunan dosa. “Tuhan, saya mengaku saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus ganti saya menerima hukuman itu supaya saya dapat diampun melalui kepercayaan ke atas Kristus. Saya akan berhenti berdosa dan percaya kepada Tuhan demi pengampunan. Saya menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu saya ! Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan itu – iaitu hadiah nyawa abadi! Amen!”

Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Apa maknanya menerima Yesus sebagai penyelamat individu kamu?