Dapatkah seorang Kristian dirasuki roh jahat?




Soalan: Dapatkah seorang Kristian dirasuki roh jahat?

Jawapan: Tidak ada disebut dalam Alkitab bahawa seorang Kristian dapat dirasuki roh jahat. Memandangkan seorang Kristian didiami Roh Kudus, tentu sekali Roh Kudus tidak akan membiarkan roh jahat merasuki tubuh yang sedang didiami-Nya (Roma 8:9-11; 1 Korintus 3:16; 6:19). Ini merupakan satu isu kontroversi, tetapi kami berpendirian bahawa seorang Kristian tidak dapat dirasuki roh jahat. Kami percaya terdapat perbezaan yang ketara di antara dirasuki dengan diganggu atau dipengaruhi roh jahat. Dirasuki roh jahat melibatkan penguasaan langsung roh jahat ke atas fikiran dan/atau tindakan seseorang (Lukas 4:33-35; 8:27-33; Matius 17:14-18). Gangguan atau pengaruh roh jahat melibatkan serangan roh (atau roh-roh) jahat ke atas seseorang secara rohani dan membawa orang itu ke dalam perilaku dosa. Dalam peperangan rohani di seluruhan Perjanjian Baru, tidak ada disebut tentang roh jahat diusir keluar daripada seorang yang percaya (Efesus 6:10-18). Orang-orang percaya diberitahu agar melawan Iblis (1 Petrus 5:8-9; Yakobus 4:7), bukan untuk mengusirnya keluar.

Sangat tidak munasabah apabila Tuhan membiarkan salah seorang daripada anak-Nya, yang telah dibeli dengan darah-Nya (1 Petrus 1:18-19), dijadikan sebagai ciptaan baru (2 Korintus 5:17), untuk dirasuki dan dikuasai roh jahat. Sebagai orang-orang percaya kita berperang melawan Iblis dan roh-roh jahat tetapi bukan dari dalam diri kita. Rasul Yohanes berkata, “Kamu berasal dari Allah, anak-anakku, dan kamu telah mengalahkan nabi-nabi palsu itu; sebab Roh yang ada di dalam kamu, lebih besar dari pada roh yang ada di dalam dunia. ” (1 Yohanes 4:4). Siapakah di dalam kita? Roh Kudus. Siapakah yang di dalam dunia? Iblis dan roh-roh jahat. Oleh yang demikian, orang-orang percaya sudah mengalahkan roh roh jahat, dan kasus seorang Kristian dirasuki roh jahat tidak disokong dalam Firman Tuhan.



Balik ke laman bahasa Melayu

Dapatkah seorang Kristian dirasuki roh jahat?