Apakah maknanya Kristian yang dilahirkan semula?
Soalan: Apakah maknanya Kristian yang dilahirkan semula?
Jawapan:
Apakah maknanya Kristian yang dilahirkan semula? Petikan klasik kitab injil yang menjawab soalan ini ialah Yohanes 3:1-21. Tuhan Yesus Kristus bercakap dengan Nicodemus, seorang Pharisee yang paling berpengaruh dan beliau ialah salah seorang ahli Sanhedrin (pentadbir orang Yahudi). Nicodemus datang mencari Yesus pada waktu malam. Beliau mempunyai soalan-soalan hendak tanya Yesus.
Semasa Yesus bercakap dengan Nicodemus, Dia berkata, “…"Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan kembali, ia tidak dapat melihat Kerajaan Tuhan.” Kata Nikodemus kepada-Nya: "Bagaimanakah mungkin seorang dilahirkan, kalau ia sudah tua? Dapatkah ia masuk kembali ke dalam rahim ibunya dan dilahirkan lagi?" Jawab Yesus: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Tuhan. Apa yang dilahirkan dari daging, adalah daging, dan apa yang dilahirkan dari Roh, adalah roh. Janganlah engkau heran, karena Aku berkata kepadamu: Kamu harus dilahirkan kembali” (Yohanes 3:3-7).
Ungkapan “dilahirkan semula” bermakna “dilahirkan daripada atas”. Nicodemus mempunyai satu keperluan benar. Beliau perlukan perubahan hati – iaitu tranformasi rohaninya. Kelahiran baru, dilahirkan kembali, adalah perbuatan Tuhan di mana kehidupan kekal ditanamkan di dalam orang yang percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat individu (2 Korintus 5:17; Titus 3:5; 1 Petrus 1:3; 1 Yohanes 2:29, 3:9, 4:7, 5:1-4,18). Yohanes 1:12,13 menyatakan bahawa “dilahirkan semula” membawa idea “dijadikan anak Tuhan” melalui kepercayaan kepada Yesus Kristus.
Soalan logic ini ditimbulkan kerana, “Mengapa seorang perlu dilahirkan semula?” Rasul Paulus berkata di Efesus 2:1, “Kamu dahulu sudah mati karena pelanggaran-pelanggaran dan dosa-dosamu.” Kepada orang Roma di Roma 3 :23, Paulus berkata, "Karena semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Tuhan" . Jadi, seorang perlu dilahirkan kembali supaya dosanya diampunkan sepenuhnya dan mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan.
Bagaimana ini boleh jadi? Efesus 2:8,9 berkata, “Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri.” Apabila seorang “diselamatkan”, dia adalah dilahirkan semula, rohaninya diperbaharui, dan sekarang menjadi anak Tuhan degan hak kelahiran baru. Kepercayaan kepada Yesus Kristus bahawa Dia yang membayar denda dosa kita semasa Dia mati di atas salib, adalah makna “dilahirkan semula secara rohaniah”. “Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang” (2 Korintus 5:17).
Jika kamu belum pernah percaya kepada Tuhan Yesus Kristus sebagai Penyelamat individu, adakah kamu akan berasa pujukan Roh Kudus (Holy Spirit) semasa Dia bercakap di dalam hati kamu? Kamu perlu dilahirkan semula. Adakah kamu sudi berdoa degan hati yang menyesali dosa kamu supaya menjadi ciptaan baru di dalam Kristus hari ini? “Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Tuhan, yaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya; orang-orang yang diperanakkan bukan dari darah atau dari daging, bukan pula secara jasmani oleh keinginan seorang laki-laki, melainkan dari Tuhan” (Yohanes 1:12-13).
Jika kamu hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat individu kamu dan dilahirkan semula, di sini ada satu doa yang simple. Ingat, bercakap doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini ialah satu cara yang senang untuk menunjukkan iman anda di dalam Tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah memberikan pengampunan. "Tuhan, saya mengaku saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus ganti saya menerima hukuman itu supaya saya dapat diampun melalui iman di atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya bahawa hanya Yesus Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu – iaitu hadiah kehidupan kekal! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.
Balik kepada laman bahasa Melayu
Apakah maknanya Kristian yang dilahirkan semula?
|