Adakah penyelamatan melalui kepercayaan sahaja, atau melalui kepercayaan dan juga kerja?
Soalan: Adakah penyelamatan melalui kepercayaan sahaja, atau melalui kepercayaan dan juga kerja?
Jawapan:
Mungkin ini adalah soalan yang paling penting di dalam theologi Kristianiti. Soalan ini ialah punca Reformasi – pepecahan antara gereja Protestant dan Katolic. Soalan ini ialah perbezaan penting antara Kristianiti Benar dan ajaran sesat yang lain. Adakah penyelamatan melalui kepercayaan sahaja atau melalui kepercayaan dan juga kerja? Adakah saya diselamatkan melalui kepercayaan ke atas Yesus atau saya perlu percaya dan juga membuat sesuatu untuk penyelamatan saya?
Soalan mengenai kepercayaan atau kepercayaan dan juga kerja menjadi susah kerana terdapat petikan-petikan Kitab Injil yang susah diselaraskan. Membanding kan Roma 3:28, 5:1 and Galatia 3:24 with Yakobus 2:24. Kita dapat lihat terdapatnya perbezaan antara Paulus (penyelamatan melalui kepercayaan sahaja) dan Yakobus (penyelamatan melalui kepercayaan dan kerja). Sebenarnya, Paulus dan Yakobus tidak bercanggah. Percanggahan yang ditimbulkan oleh sesetengah orang adalah mengenai pertalian antara kepercayaan dan kerja. Dogma Paulus kata bahawa penyelamatan dan justifikasi adalah melalui keprcayaan sahaja (Efesus 2:8-9) malah Yakobus nampaknya kata justifikasi adalah melalui kepercayaan dan juga kerja. Masalah ini boleh diselesaikan dengan meneliti apa yang sebenarnya dikatakan oleh Yakobus. Yakobus menafikan kepercayaan bahawa seseorang boleh mempunyai kepercayaan yang benar tanpa menghasilkan kerja yang baik (Yakobus 2:17-18). Yakobus menekankan bahawa seorang Kristian yang benar akan menghasilkan kerja yang baik dan nyawa yang berubah mengikut ajaran Kitab Injil (Yakobus 2:20-26). Yakobus tidak kata justifikasi adalah melalui kepercayaan dan juga kerja, tetapi seseorang yang benar-benar dijustifikasi akan menunjukkan perubahan nyawa dan perbuatannya menjadi baik dan suci dari segi ajaran Kitab Injil. Jika seseorang klaim dia itu penganut agama Kristian tetapi perbuatannya buruk – maka ada mungkin dia tidak benar-benar percaya kepada Yesus (Yakobus 2:14, 17, 20, 26).
Paulus kata yang sama di dalam tulisannya. Penganut yang baik mesti menunjukkan buah hasil perbuatan yang baik seperti yang disenaraikan di Galatia 5:22-23. Selepas memberitahui kita bahawa penyelamatan adalah melalui kepercayaan dan bukan kerja (Efesus 2:8-9), Paulus memberitahu kita bahawa kita dicipta untuk membuat kerja yang baik (Efesus 2:10). Paulus mengharapkan kita mengubah cara hidup dan nyawa kita sebanyak Yakobus, “Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang.”(2 Corinthians 5:17)! Yakobus dan Paulus tidak bercanggah dalam ajaran penyelamatan. Mereka menghuraikan topic yang sama dari sudut yang berbeza. Paulus menekankan justifikasi adalah melalui kepercayaan sahaja malahan Yakobus menekankan fakta bahawa kepercayaan di dalam Yesus mesti menghasilkan kerja yang baik.
Balik kepada laman bahasa Melayu
Adakah penyelamatan melalui kepercayaan sahaja, atau melalui kepercayaan dan juga kerja?
|