Kemenangan ke atas dosa
 
 

Bagaimana boleh saya mengatasi dosa di dalam kehidupan Kristian saya?



Soalan: Bagaimana boleh saya mengatasi dosa di dalam kehidupan Kristian saya?

Jawapan: Kitab injil berbincang tentang perkara-perkara berikut yang kita boleh mendapat kuasa untuk mengatasi dosa.

(1) Roh Kudus – Hadiah yang diberi oleh Tuhan kepada Kristian (Gereja) supaya dapat hidup secara berjaya. Tuhan menunjukkan perbezaan ketara antara nafsu badan dan buah Roh Kudus di Galatia 5:16-25. Dalam perengan itu kita disuruh berjalan di dalam Roh Kudus. Semua penganut mempunyai Roh Kudus tetapi kita masih disuruh berjalan di dalam Roh Kudus iaitu mematuhi undang-undang Tuhan dan sudi diperintah oleh Roh Kudus. Ini bermakna membuat keputusan mengikut perintah Roh Kudus daripada mengikut nafsu badan.

Kesan perbezaan ke atas hidup kita yang boleh dibuat oleh Roh Kudus boleh dinampak di dalam kehidupan Petrus, dia tidak mengaku Yesus sebanyak tiga kali sebelum disentuh oleh Roh Kudus, tetapi selepas itu dia kata dia akan mengikut Yesus sampai mati. Selepas dipenuhi oleh kuasa Roh Kudus, dia bercakap dengan berani kepada orang Yahudi tentang Yesus di Pentecost.

Orang yang berjalan di dalam Roh Kudus tidak akan menutup pengaruh Roh Kudus (1 Tesalonika 5:19 “Janganlah padamkan Roh”) dan cuba dipenuhi oleh Roh Kudus (Efesus 5:18-21). Bagaimana seorang boleh dipenuhi oleh roh kudus? Pertama sekali, is adalah keputusan yang dibuat oleh Tuhan di Perjanjian Lama. Tuhan pilih orang tertentu dan dalam keadaan tertentu Tuhan memenuhi mereka supaya mereka berkuasa menyempurnakan kerja Tuhan (Kejadian 41:38; Keluaran 31:3; Bilangan 24:2; 1 Samuel 10:10; etc.). Saya percaya terdapat bukti di dalam Efesus 5:18-21 and Kolose 3:16 bahawa Tuhan pilih mereka yang memenuhi sendiri dengan Kata-kata Tuhan kerana akibat semua perkara itu adalah sama. Ini membawa kita kepada sumber berikut.

(2) Kata-kata Tuhan, Kitab Injil – 2 Timoti 3:16-17 kata bahawa Tuhan memberi kita Katanya supaya kita boleh membuat baik. Ia mengajar kita bagaimana hidup dan apa dipercaya, ia membongkah kesalahan kita, membantu kita memperbaiki kesalahan, dan berada di jalan yang betul. Ibrani 4:12 kata, Kata Tuhan ialah kuasa yang boleh masuk ke dalam hati kita dan menyelesaikan masalah yang tidak boleh diselesaikan oleh pengetahuan manusia. Mazmur 119:9,11,105 kata Kata Tuhan ialah kuasa mengubah hidup kita. Joshua diberitahu punca kejayaannya mengalahkan musuh (memenangi dosa) ialah jangan lupa Kata Tuhan tetapi mengingatinya siang dan malam. Joshua mengikuti prinsip ini dan berjaya dalam militari berperang untuk tanah janji Tuhan.

Sumber ini biasanya dianggap tidak penting oleh kita. Kita membawa Kitab ke gereja dan membacanya setiap hari, tetapi kita tidak ingat ajarannya, tidak mengkaji dengan mendalam, tidak menggunakannya dalam kehidupan setiap hari, tidak mengaku kesalahan dosa sendiri dan lupa memuji Tuhan kerana memberi KataNya kepada kita. Kita tidak tahu bahawa Kata Tuhan adalah penting untuk rohaniah kita. Kita baca Kata Tuhan sedikit sahaja untuk makanan rohaniah semasa pergi ke gereja (tetapi tidak cukup untuk tumbuh sihat) atau kita walaupun baca tetapi tidak meneliti maksudnya dan betul-betul memahami Kata Tuhan.

Jika kamu belum mempunyai tabiat membaca Kata Tuhan setiap hari secara bermakna, maka kamu perlu menerima sentuhan Roh Kudus supaya mengingati Kata Tuhan dan membacanya setiap hari. Saya bercadang kamu tuliskan Kata-Kata Tuhan yang kamu rasa penting di dalam buku latihan. Pastikan kamu tidak lupa Kata-Kata Tuhan yang penting sehingga kamu membuat nota sendiri. Saya juga catatkan doa-doa saya yang meminta Tuhan mengubah bahagian hidup saya yang tidak memuaskan. Kitab Injil ialah alat yang Roh Kudus guna dalam hidup kiata (Efesus 6:17), satu bahagian yang amat penting dalam perisai Tuhan untuk berperang dengan kuasa Syaitan (Efesus 6:12-18)!

(3) Doa – Satu lagi sumber yang penting diberi oleh Tuhan. Sekali lagi, sumber ini selalu disebut sahaja oleh Tuhan tetapi tidak digunakan secara betul. Kita ada perhimpunan doa, masa berdoa perseorangan, tetapi kita tidak guna doa secara betul seperti gereja awal (Kisah Rasul 3:1; 4:31; 6:4;13:1-3, etc.). Paulus selalu beritahu bahawa dia berdoa untuk mereka yang dia ajar. Tetapi kita mengabaikan kegunaan sumber ini. Tetapi Tuhan memberi kita janji yang besar tentang doa (Matius 7:7-11; Lukas 18:1-8; Yohanes 6:23-27; 1 Yohanes 5:14-15). Paulus juga kata doa itu penting untuk peperangan dengan kuasa hantu (Efesus 6:18).

Berapa penting ini? Lihat kepada apa yang diberitahu oleh Yesus kepada Petrus di taman Gethsemane sebelum penafian Petrus. Di sana, Yesus berdoa tetapi Petrus tidur. Yesus membangunkan dia dan kata, “Berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu jangan jatuh ke dalam pencobaan: roh memang penurut, tetapi daging lemah."” (Matius 26:41). Kamu, seperti Petrus, mahu membuat apa yang betul tetapi tidak berkuasa. Kita perlu mengikuti nasihat Tuhan untuk selalu mencari, mengetuk pintu dan menanya-nanya … dan dia akan berikan kita kuasa yang kita perlukan (Matius 7:7f). Tetapi kita perlu memberi lebih daripada servis lidah sahaja.

Saya bukan kata doa ini bersifat ilmu sihir. Tuhan patut ditakuti dan dihormati. Doa ialah cara mengaku had kita dan kekuatan Tuhan yang besar dan bergantung kepada Tuhan untuk kuasa dan tenaga mebuat apa yang Tuhan mahu kita buat daripada apa yang kita mahu buat demi nafsu sendiri (1 Yohanes 5:14-15).

(4) Gereja – sumber akhir ini juga dilupai oleh kita. Bila Yesus hantar pengikutnya keluar, Dia hantar dua orang sekali (Matius 10:1). Bila kit abaca cerita misioneri di dalam Kisah Rasul, mereka bukan keseorangan tetapi dalam kumpulan. Yesus kata bila ada dua atau lebih orang berkumpul dalam namanya, Dia akan bersama mereka (Matius 18:20). Dia memerintah kita jangan berhenti berkumpul dan gunakan masa berkumpul untuk menggalakkan sesama sendiri dalam kasih sayang dan kerjakan sesuatu yang baik (Ibrani 10:24-25). Dia mahukan kita mengaku kesalahan masing-masing (Yakobus 5:16). Dalam kepandaian Perjanjian Lama, kita diberitahu besi menajamkan besi, jadi seorang boleh membetulkan kawannya (Amsal 27:17) "Juga kalau orang tidur berdua, mereka menjadi panas, tetapi bagaimana seorang saja dapat menjadi panas? Dan bilamana seorang dapat dialahkan, dua orang akan dapat bertahan. Tali tiga lembar tak mudah diputuskan. " (Ecclesiastes 4:11-12). Tenaga kita berganda jika kita bersepadu.

Ada orang mencari kawan lelaki atau perempuan di dalam gereja dan berkongsi pengalaman mereka bagaimana hidup mengikut cara Kristianiti dan berusaha mengatasi masalah kepercayaan. Mereka juga berdoa untuk sesama sendiri dengan Kata-Kata Tuhan.

Kadang-kadang perubahan datang dengan segera. Kadang-kadang di dalam bahagian lain, ia adalah lambat. Tetapi Tuhan janji jika kita gunakan sumber yang diberikan oleh Dia, Dia akan membuat perubahan yang baik di dalam hidup kita. Kita mesti berterusan dan percaya bahawa Tuhan taat kepada janjinya sendiri.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Bagaimana boleh saya mengatasi dosa di dalam kehidupan Kristian saya?