Bagaimana dan bilakah kanon Alkitab dikumpulkan?




Soalan: Bagaimana dan bilakah kanon Alkitab dikumpulkan?

Jawapan: Istilah “kanon” digunakan untuk kitab-kitab yang diilhami secara ilahi dan tergolong dalam Alkitab. Masalah dalam menentukan kanon Alkitab adalah Alkitab sendiri tidak memberikan senarai kitab-kitab yang harus terkandung di dalamnya. Menentukan kanon merupakan satu proses yang dijalankan oleh para rabi dan cendikiawan Yahudi dan kemudian oleh orang-orang Kristian yang awal. Sebuah kitab Firman sudah tergolong dalam kanon pada ketika Tuhan mula mengilhami penulisannya. Tuhan hanya perlu meyakinkan pengikut-pengikutNya tentang kitab-kitab mana yang termasuk dalam kanon Alkitab.

Berbanding dengan Perjanjian Baru, hampir tidak ada kontroversi berhubung kanon Perjanjian Lama. Orang-orang percaya dari bangsa Ibrani mengenal hamba-hamba Tuhan dan menerima tulisan-tulisan mereka sebagai diilhami oleh Tuhan. Walau terdapat beberapa debat berhubung kanon Perjanjian Lama, menjelang tahun 250M terdapat satu persetujuan umum terhadap kitab orang Ibrani. Isu dan beberapa debat yang masih ada sampai ke hari ini adalah soal kitab-kitab Apokrip. Sebahagian besar cendikiawan-cendikiawan Ibrani menganggap kita-kitab Apokrip sebagai buku yang mempunyai nilai sejarah dan keagamaan yang baik, tetapi tidak berada pada taraf yang sama dengan tulisan-tulisan orang Ibrani.

Proses mengenalpasti dan mengumpul Peranjian Baru bermula dalam abad pertama gereja Kristian. Sejak awal lagi beberapa kitab Perjanjian Baru telah mula dikenalpasti. Paulus menganggap tulisan Lukas berada pada taraf kewibawaan yang sama dengan Perjanjian Lama (1 Timotius 5:18; lihat juga Ulangan 25:4 dan Lukas 10:7) Petrus mengenal dan mengakui tulisan Paulus sebagai Firman Tuhan (2 Petrus 3:15,16). Beberapa kitab dalam Perjanjian Baru sudah mula diedarkan ke gereja-gereja (Kolose 4:16; 1 Tesalonika 5:27). Clement dari Rom ada menyebut sekurang-kurangnya 8 kitab Perjanjian Baru (95 M). Ignatius dari Antiokhia mengakui lebih kurang 7 kitab (115 M). Polykap, murid kepada Rasul Yohanes mengakui 15 kitab (108 M). Kemudian, Iraneus menyebut 21 kitab (185 M). Hipolitus mengakui 22 kitab (170-235). Kitab-kitab Perjanjian Baru yang banyak menghadapi kontroversi adalah kitab Ibrani, 2 Petrus, 2 Yohanes dan 3 Yohanes.

”Kanon” yang pertama merupakan Kanon Muratorian yang telah dikumpulkan dalam tahun 170 M. Kanon Muratorian memasukkan kesemua kitab-kitab dalam Perjanjian Baru kecuali Ibrani, Yakobus dan 3 Yohanes. Dalam tahun 363 M, Majlis Tua-Tua Laodekia menyatakan bahawa hanya Perjanjian Lama (bersama dengan Apokripa) dan 27 kitab Perjanjian Baru yang akan dibaca dalam gereja-gereja. Majlis Tua-Tua Hippo (393 M) dan Majlis Tua-Tua Carthage (397 M) juga menegaskan 27 kitab yang sama sebagai berwibawa.

Majlis Tua-Tua telah mengikuti prinsip-prinsip yang berikut ini untuk mempastikan samada sesebuah kitab Perjanjian Baru itu telah dilhamkan dengan sepenuhnya oleh Roh Kudus: 1) Adakah penulis seorang rasul atau seorang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang rasul? 2) Adakah kitab itu diterima oleh tubuh Kristus secara meluas? 3) Adakah kitab mengandungi sifat pengajaran yang tetap dan tidak berubah? 4) Adakah kitab mengandungi nilai-nilai moral dan rohani yang tinggi dan dapat mencerminkan pekerjaan Roh Kudus yang telah mengilhamkan penulisannya? Penting sekali kita ketahui bahawa gereja tidak menentukan ukuran kanon. Juga tidak ada Majlis Tua-Tua awal yang memutuskan tentang kanon. Tuhan sendiri, dan Tuhan sajalah yang telah menentukan kitab-kitab manakah yang tergolong dalam Alkitab. Ia merupakan satu usaha Tuhan memberikan kepada pengikut-pengikut-Nya apa yang DIA telah putuskan. Di pihak manusia, proses mengumpulkan kitab-kitab ke dalam Alkitab tidak sempurna, tetapi Tuhan dalam kedaulatan-Nya; di sebalik kekurangan pengetahuan dan kedegilan di pihak kita, telah membawa gereja awal untuk mengenal buku-buku yang Dia telah ilhamkan.



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimana dan bilakah kanon Alkitab dikumpulkan?