Agama apakah yang betul untuk saya?
Soalan: Agama apakah yang betul untuk saya?
Jawapan:
Restoran makan cepat memikat kita dengan membenarkan kita pesan makanan yang kita mahu. Terdapat kedai kopi yang bercakap besar bahawa mereka mempunyai beratus-ratus jenis kopi yang tidak sama rasa. Bila kita beli kereta dan rumah, kita hendak dapatkan pilihan dan ciri-ciri yang paling banyak. Kita bukan hidup dengan keperluan coklat, vanilla dan strawberry sahaja, Pilihan itu penting! Kamu boleh mencari apa-apa yang kamu mahu mengikuti kesukaan dan kehendak individu.
Jadi, apakah agama yang betul untuk kamu? Bagaimana dengan suatu agama yang tidak menegur kesalahan, tidak minta tanggungjawab moral, tidak menghadkan kelakuan kamu? Ya, terdapatnya agama begitu di dunia ini, seperti yang dikatakan tadi, tetapi adakah agama sesuatu yang boleh dipilih seperti memilih rasa ais krim?
Terdapat banyak pilihan di depan kita, mengapa kita patut pilih Yesus daripada Mohammad, Konfucius, Buddha, Charles Taze Russell atau Joseph Smith? Bukankah semuanya memberi jalan ke syurga? Bukankah semua agama asasnya sama? Sebenarnya, bukan semua agama menghala ke syurga, sama seperti bukan semua jalan pergi ke Putrajaya.
Hanya Yesus bercakap dengan kewibawaan Tuhan kerana Dia saja yang mengatasi kematian. Mohammad, Konfucius dan orang lain semuanya berada di dalam kubur masing-masing, tetapi Yesus, dengan Kuasasnya sendiri, berjalan keluar dari kubur tiga hari selepas disalib dengan kejam oleh askar Roma. Orang yang boleh mengatasi kematian patut mendapat perhatian kita. Orang yang boleh mengatasi kematian patut didengar apa yang dia kata.
Bukti yang menyokong kebangkitan Yesus adalah amat kuat. Pertama, lebih kurang terdapat lima ratus saksi yang nampak Yesus selepas Dia bangkit! Ini adalah jumlah saksi yang amat ramai. Suara daripada lima ratus orang tidak boleh diabaikan. Kubur yang kosong ialah satu bukti yang kuat; musuh Yesus boleh mengeluarkan badan matinya yang sudah reput untuk menghentikan khabar angina mengenai kebangkitannya, tetapi mereka tidak dapat buat begitu kerana tiada mayat Yesus yang boleh ditunjukkan! Kuburnya kosong! Mungkinkah pengikut-pengikutnya mencuri mayatnya? Tidak! Untuk mencegah kecurian mayat Yesus, askar-askar Roma menjaga kuburnya dengan senjata. Memandangkan pengikut-pengikut Yesus yang dekat sudah melarikan diri dalam ketakutan semasa dia disalib, adalah tidak mungkin nelayan-nelayan yang dalam ketakutan ini berani mencabar askar-askar Roma yang bersenjata. Sebagai hakikat, kebangkitan Yesus tidak dapat dinafikan.
Sekali lagi, orang yang boleh mengatasi kematian patut diberi perhatian. Yesus membuktikan kuasasnya boleh mengatasi kematian, oleh itu, kita perlu mendengar apa yang dia kata. Yesus menuntut bahawa hanya dialah jalan ke penyelamatan (Yohanes 14:6). Dia bukan satu jalan sahaja; Dia bukan salah satu jalan di antara banyak jalan lain, tetapi, Yesus ialah Jalan Tunggal.
Yesus yang sama itu berkata, “Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu.”(Matius 11:28). Dunia ini sukar dan kehidupan adalah penuh kesulitan. Kebanyakan daripada kita adalah tercedera, berdarah dan penuh dengan kesakitan. Setuju? Oleh itu, apa yang kamu mahu? Pemulihan atau agama? kamu mahu seorang Penyelamat yang masih hidup atau nabi yang sudah mati? Hubungan yang bermakna atau upacara yang kosong? Yesus bukan satu pilihan sahaja – tetapi Dia ialah pilihan yang tunggal!
Yesus ialah agama yang betul jika kamu ingin mendapat pengampunan dosa (Kisah Para Rasul 10:43). Yesus ialah agama yang betul jika kamu ingin memiliki hubungan yang bermakna dengan Tuhan (Yohanes 10:10). Percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat anda – kamu tidak akan menyesal! Yakin bahawa Yesus akan mengampun dosa kamu – kamu tidak akan kecewa.
Jika kamu hendak mempunyai satu hubungan yang baik dengan Tuhan, berdoa lah seperti berikut. Ingat, bercakap doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda. Doa ini ialah satu cara yang senang untuk menunjukkan iman anda di dalam Tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Dia memberikan pengampunan kepada kamu. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus ganti saya menerima hukuman itu supaya saya dapat diampun melalui iman di atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan– iaitu hadiah kehidupan akhirat yang bahagia! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.
Balik kepada laman bahasa Melayu
Agama apakah yang betul untuk saya?
|