settings icon
share icon
Soalan

Apakah agama yang sejati?

Jawapan


Agama boleh didefinisikan sebagai "kepercayaan kepada Tuhan atau penyembahan dewa-dewa yang lazimnya diutarakan melalui amalan atau upacara atau sistem kepercayaan, ibadah dll. Lazimnya mengandungi kod etika." Lebih daripada 90% penduduk dunia menganut agama tertentu. Masalahnya, dengan adanya begitu banyak agama, apakah agama yang benar dan sejati?

Dua unsur umum dalam agama adalah aturan dan ritual. Ada beberapa agama yang mengandungi aturan melakukan itu ini, dan larangan-larangan yang harus dipatuhi sebagai seorang penganut setia, dan disebabkan itu memiliki hubungan murni dengan Tuhan mereka. Dua contoh ialah Islam dan Yudaisme. Islam mempunyai lima rukun yang perlu ditaati. Pada tahap tertentu, agama-agama ini akan menuntut bahawa dengan mematuhi aturan tersebut seseorang akan dipandang benar oleh Tuhan mereka.

Agama-agama lain lebih menumpukan ritual berbanding taat pada peraturan. Dengan mempersembahkan korban, melakukan sesuatu tugas, mengambil bahagian dalam pelayanan, memakan hidangan dll seseorang itu menjadi benar di sisi Tuhannya. Contoh agama yang berasaskan ritual adalah Roma Katolik. Agama ini beranggapan bahawa menerima baptisan bayi, menyertai Misa, mengaku dosa kepada imam, menaikkan doa kepada wali suci di syurga, diminyaki sebelum meninggal dunia dll, Tuhan akan menerima mereka di syurga setelah meninggal dunia. Agama Buddha dan Hindu juga agama yang berasaskan ritual, namun pada tahap asasnya dianggap sebagai aturan.

Agama yang sejati tidak berasaskan aturan atau ritual. Agama sejati adalah hubungan dengan Tuhan. Dua hal yang diyakini semua agama adalah manusia telah terpisah daripada Tuhan dan perlu didamaikan kembali. Agama palsu berusaha menyelesaikan masalah ini dengan mentaati aturan dan ritual-ritual.

Agama yang sejati dapat menyelesaikan masalah ini dengan mengakui hanya Tuhan yang mampu menyelesaikan masalah pemisahan ini, justeru Tuhan telah menyelesaikannya.

Agama sejati menyelesaikan masalah ini dengan mengakui hanya Tuhan yang dapat menyelesaikan pemisahan ini, dan Tuhan telah pun melakukannya. Agama sejati mengakui perkara-perkara berikut:

Kita telah berdosa dan disebabkan itu terpisah dari Tuhan (Roma 3:23).

• Jika tidak diperbetulkan, hukuman yang adil buat dosa ialah kematian dan terpisah dari Tuhan selama-lamanya (Roma 6:23).

• Tuhan datang kepada kita menyerupai Yesus Kristus dan mati menggantikan kita, menanggung hukuman dosa kita, dan bangkit dari kematian sebagai bukti pengorbananNya memadai (Roma 5:8; 1 Korintus 15:3-4; 2 Korintus 5:21).

• Sekiranya kita mengakui Yesus Juruselamat, percayalah kematianNya untuk membayar dosa-dosa kita sepenuhnya, maka kita diampunkan, diselamatkan, ditebus, didamaikan dan dibenarkan Allah (Yohanes 3:16; Roma 10:9-10; Efesus 2:8-9).

Agama sejati memiliki aturan dan ritual tetapi ada perbezaan yang penting. Dalam agama sejati, aturan dan ritual dijalankan dengan kesyukuran di atas keselamatan yang disediakan oleh Tuhan, BUKAN untuk memperolehi keselamatan itu. Agama sejati Kekristianan yang Alkitabiah, memiliki hukum-hakam yang harus ditaati (jangan membunuh, jangan berzina, jangan menipu, dll) dan upacara yang perlu dijalankan (baptisan air dan Perjamuan Kudus). Mentaati aturan dan ritual-ritual sebegini tidak membenarkan seseorang di hadapan Tuhan. Namun sebaliknya, aturan-aturan ini HASIL daripada hubungan dengan Tuhan, oleh anugerah melalui iman di dalam Yesus Kristus sebagai Juruselamat. Agama palsu pula adalah soal melaksanakan sesuatu (aturan dan ritual) demi mendapatkan perkenan Tuhan. Agama sejati mengakui Yesus Kristus Juruselamat dan disebabkan itu memiliki hubungan yang benar dengan Tuhan –lantarannya melakukan hal-hal benar (aturan dan ritual) sebagai pernyataan kasih terhadap Tuhan serta keinginan untuk semakin mendekatiNya.

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah "Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini".

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah agama yang sejati?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries