Adakah teori penghapusan itu Alkitabiah?




Soalan: Adakah teori penghapusan itu Alkitabiah?

Jawapan: Teori penghapusan merupakan kepercayaan yang berkata orang-orang yang tidak percaya tidak akan mengalami penderitaan kekal dalam neraka, melainkan mereka akan “dihapuskan” selepas mereka meninggal dunia. Bagi ramai orang, pandangan teori penghapusan sangat menarik sebab kedasyatan memikirkan tentang orang-orang yang menderita kekal selama-lamanya dalam neraka. Walaupun terdapat beberapa bahagian Firman Tuhan yang kelihatannya bercakap tentang teori penghapusan, satu pandangan yang komprehensif terhadap apa yang dikatakan Alkitab tentang destinasi orang-orang berdosa menyatakan bahawa penghukuman orang-orang berdosa dalam neraka itu memang bersifat kekal. Kepercayaan teori penghapusan telah diakibatkan oleh salah faham terhadap beberapa pengajaran yang berikut ini: 1) Akibat-akibat dosa 2) keadilan Allah 3) sifat neraka.

Bercakap tentang sifat neraka, golongan teori penghapusan mempunyai pengertian yang salah tentang tentang lautan api. Sekiranya seseorang dibuang ke dalam lahar, jelas sekali orang itu akan hapus serta merta. Bagaimanapun lautan api merupakan suatu tempat fizikal dan rohani. Manusia akan dibuang ke dalam api bukan hanya secara tubuh, tetapi juga bersama jiwa dan rohnya. Sesuatu yang bersifat rohani tidak dapat dihapuskan oleh api. Orang-orang yang tidak diselamatkan juga akan dibangkitkan dengan tubuh yang disediakan untuk kekekalan sama seperti orang-orang yang telah diselamatkan (Wahyu 20:13; Kisah 24:15). Tubuh-tubuh ini disediakan untuk nasib kekal mereka.

Kekekalan juga merupakan salah satu apek yang gagal dimengerti sepenuhnya oleh golongan yang berpegang pada teori penghapusan. Golongan ini bercakap benar apabila mereka mengatakan perkataan Yunani “aionion” yang biasa diterjemahkan sebagai “kekal” secara definisinya bukan bererti “kekal.” Ianya secara khusus merujuk kepada satu “umur” atau “kurun”, iaitu satu jangkasa waktu yang tertentu. Bagaimanapun, dalam Perjanjian Baru jelas sekali bahawa “aionion” digunakan untuk merujuk kepada masa kekal. Wahyu 20:10 bercakap tentang Iblis, binatang itu, dan nabi palsu dibuang ke dalam lautan api dan disiksa “siang dan malam selama-lamanya”. Jelas sekali mereka bertiga tidak dihapuskan dengan pembuangan ke dalam lautan api. Mengapa pula nasib orang-orang yang belum diselamatkan akan berbeza?(Wahyu 20:14-15) Bukti yang sangat meyakinkan tentang kekekalan syurga adalah Matius 25: 46, “Dan mereka ini akan masuk ke tempat siksaan yang kekal, tetapi orang benar ke dalam hidup yang kekal.” Dalam ayat ini perkataan Yunani yang sama digunakan untuk menyatakan destinasi orang berdosa dan orang benar. Sekiranya orang berdosa akan disiksa selama satu “kurun”, maka orang-orang benar juga akan mengalami dan menikmati syurga hanya selama satu “kurun”. Sekiranya orang-orang percaya akan berada dalam syurga selama-lamanya, maka orang-orang berdosa juga akan berada dalam neraka selama-lamanya.

Satu lagi bantahan yang sering dikatakan golongan teori penghapusan terhadap kekekalan neraka adalah tentang keaduilan Tuhan. Adalah tidak adil bagi Tuhan untuk menghukum orang-orang tidak percaya kekal selama-lamanya untuk dosa yang sangat terbatas. Adakah adil bagi Tuhan untuk menghukum dalam neraka seorang berdosa yang hidup hanya 70 tahun? Jawaban untuk itu adalah kerana dosa kita telah dilakukan terhadap Tuhan Allah yang kekal. Apabila Daud berbuat dosa perzinahan dan membunuh dia berkata, “Terhadap Engkau, terhadap Engkau sajalah aku telah berdosa dan melakukan apa yang Kauanggap jahat…” (Mazmur 51:6). Daud telah berbuat dosa terhadap Batsyeba dan Uria; bagaimana pula Daud berkata dia telah berbuat dosa terhadap Allah? Daud memahami bahawa semua dosa akhirnya dilakukan terhadap Tuhan. Tuhan itu kekal dan tak terbatas. Akibatnya, semua dosa layak menerima hukuman kekal. Persoalannya bukan pada tempoh masa berdosa tetapi sifat Tuhan yang terhadapnya kita berbuat dosa.

Satu bahagian pegangan teori penghapusan yang bersifat peribadi berkata mustahil bagi kita untuk dapat bergembira di syurga apabila kita menginagti beberapa daripada orang-orang yang kita sayangi sedang menderita penghukuman kekal dalam neraka. Bagaimanpun apabila kita tiba di syurga tidak akan ada kesedihan dan rungutkan. Wahyu 21:4 memberitahu kita, “Dan Ia akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu.” Sekiranya beberapa daripada orang-orang yang kita kasihi tidak berada di syurga, kita akan bersetuju 100% bahawa mereka tidak seharusnya berada di sana kerana mereka menerima hukuman setimpal akibat ketidakpercayaan dan telah tidak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan Tuhan mereka (Yohanes 3:16; 14:6). Perkara ini sukar untuk dimengerti, tetapi kita tidak akan bersedih dengan ketiadaan mereka nanti. Tumpuan kita sekarang bukanlah bagaimana dapat menikmati syurga dengan ketiadaan orang-orang yang kita sayangi tetapi bagaimana untuk menunjukkan arah syurga kepada orang-orang yang kita sayangi agar mereka juga akan berada di sana.

Neraka merupakan sebab utama Allah mengutus Yesus Dia diutus untuk membayar hukuman dosa-dosa kita. Keadaan yang “dihapuskan” selepas kematian tidak menakutkan, tetapi menederita kekal selama-lamanya dalam neraka itu pasti menakutkan. Kematian Yesus merupakan kematian yang tak terbatas, membayar semua hutang dosa-dosa kita yang tidak terbatas supaya kita tidak perlu membayar dosa kita dalam neraka kekal (2 Korintus 5:21). Apabila kita meletakkan iman kita di dalam Dia, kita diselamatkan, diampuni, disucikan dan dijanjikan rumah kekal di syurga. Sekiranya kita menolak kehidupan kekal kurniaan Tuhan, kita berhadapan dengan akibat kekal daripada keputusan itu.



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah teori penghapusan itu Alkitabiah?