Apakah maksud takutkan Allah?




Soalan: Apakah maksud takutkan Allah?

Jawapan: Bagi seseorang yang tidak mempercayai, takutkan Allah ibarat takut terhadap pengadilan dan kematian kekal, iaitu pemisahan selama-lamanya dari Allah (Lukas 12:5; Ibrani 10:31). Bagi yang takut pula, hal tersebut amat berbeza. Rasa takut orang-orang yang percaya ialah hormat terhadap Allah. Ibrani 12:28-29 merupakan gambaran yang baik dalam perkara ini, "Oleh itu hendaklah kita bersyukur dan menyembah Allah dengan takut, menurut cara yang diperkenankan olehNya. Kerana Allah kita seperti api yang menghanguskan." Rasa hormat dan kagum ini bermaksud takut terhadapNya bagi umat Kristian. Inilah faktor yang memotivasikan diri kita untuk berserah pada Pencipta alam semesta.

Amsal 1:7 menyatakan, "Untuk memperoleh pengetahuan, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada Tuhan." Kecualilah kita mengenali Allah, dan membiarkan rasa takut penuh hormat, kita tidak memiliki kebijaksanaan sejati maksudnya. Ulangan 10:12, 20-21 menyebutkan, "Sekarang, hai umat Israel, dengarlah tuntutan TUHAN, Allah kamu daripada kamu: Hormatilah TUHAN dan laksanakanlah perintahNya. Kasihilah Dia dan mengabdilah kepadaNya dengan segenap hati. Patuhilah segala hukumNya...Hormatilah TUHAN Allah kamu, dan beribadatlah kepada Dia sahaja. Setialah kepadaNya dan bersumpahlah demi namaNya sahaja. Pujilah Dia kerana Dia Allah kamu, dan beribadatlah kepada Dia sahaja, dan dengan mata sendiri kamu sudah menyaksikan perkara-perkara besar dan mengagumkan yang dilakukanNya untuk kamu." Takut terhadap Allah merupakan langkah pertama untuk menuruti jalanNya, melayani Dia dan sudah tentu mengasihi Dia.

Ramai yang cenderung untuk memperlekehkan rasa takut akan Allah bagi orang-orang percaya sebagai memadai "menghormati" Nya. Walaupun rasa hormat jelasnya terangkum dalam konsep takut terhadap Allah, namun takutkan Allah melebihi daripada itu. Bagi orang yang percaya, rasa takut terhadap Allah, yang bersifat Alkitabiah terangkum dalam memahami betapa besarnya kebencian Allah pada dosa, dan takut pengadilanNya pada dosa-da-juga dalam kehidupan orang yang percaya. Ibrani 12:5-11 mencerminkan disiplin Allah bagi orang-orang yang percaya. Sekalipun hal itu dilaksanakan dalam kasih (Ibrani 12:6). Hal itu sangat menakutkan. Hal yang sama boleh berlaku dalam hubungan kita dengan Allah. Kita perlu takut disiplin dariNya, dan disebabkan itu berusaha menghidupkan kehidupan dengan cara yang diredaiNya.

Orang-orang yang percaya tidak merasa “kegerunan” terhadap Allah. Tiada alasan bagi kita untuk takutkan Dia. Kita dijanjikanNya bahawa tiada sesuatupun yang dapat memisahkan kita dari kasih Allah (Roma 8:38-39). Kita dijanjikanNya bahawa Dia tidak akan meninggalkan kita atau mengabaikan diri kita (Ibrani 13:5). Takutkan Allah bermaksud menghormatiNya sehingga memberi kesan ke dalam gaya hidup kita. Takut terhadap Allah bermaksud menghormatiNya, taat pada disiplinNya dan menyembahNya dengan taksub.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah maksud takutkan Allah?