sifat-sifat Tuhan
 
 

Apakah sifat-sifat Tuhan? Bagaimana rupanya Tuhan?



Soalan: Apakah sifat-sifat Tuhan? Bagaimana rupanya Tuhan?

Jawapan: Berita baik, semasa kita cuba menjawab soalan ini, iaitu terdapat banyak perkara kita boleh mengetahui tentang Tuhan! Mereka yang mengaji penjelasan ini mungkin berasa membantu membacanya sekaligus; kemudian mengimbas kembali dan membaca Kitab untuk penjelasan lanjut. Rejukan kepada Kitab adalah mustahak kerana tanpa kewibawaan Kitab Injil, penjelasannya cuma pendapat manusia; ia selalunya tidak benar mengenai Tuhan ( Ayub 42:7). Katanya penting kita cuba mengetahui Tuhan adalah satu percakapan kurang tepat! Kegagalan membuat begitu akan menyebabkan kita mendirikan, mengejar dan menyembah tuhan palsu yang bercanggah dengan hasrat Tuhan (Keluaran 20:3-5).

Hanya apa yang Tuhan hendak mendedahkan boleh diketahui oleh kita. Salah satu sifat-sifat Tuhan ialah “cahaya”, bermakna Dia mendedahkan diri (Yesaya 60:19, Yakobus 1:17). Hakikatnya Tuhan mendedahkan diri tak boleh diabaikan, supaya kita tidak kurang mendapat kerehatan Tuhan (Ibrani 4:1). Kejadian, Kitab, dan Firman menjadi manusia (Yesus Kristus) akan membantu kita mengetahui Tuhan.

Biar kita mula-mula memahami bahawa Tuhan ialah Pencipta kita dan kita adalah sebahagian penciptaannya (Kejadian 1:1, Mazmur 24:1). Tuhan kata manusia adalah dicipta mengikut rupa bentuk Tuhan. Manusia di atas semua penciptaan lain dan diberi penguasaan ke atasnya (Kejadiaan 1:26-28). Penciptaan dicemarkan oleh “kejatuhan” tetapi masih memberi kelihatan kerja Tuhan (Kejadian 3:17-18, Roma 1:19-20). Membayangkan kebesaran penciptaan, kerumitan, kecantikan dan kesusunan kita akan berasa kehebatan Tuhan. Membaca beberapa Nama Tuhan akan membantu kita memahami Tuhan. Seperti berikut:

Elohim – yang kuat, kekuasaan (Kejadian 1:1)
Adonai – Tuan, bermakna hubungan antara Tuan dan pembantu (Keluaran 4:10,13)
El Elyon – Paling tinggi, yang paling kuat (Kajadian 14:20)
El Roi – Dia yang berkuasa dan melihat (Kejadian 16:13)
El Shaddai – Tuhan maha kuasa (Kejadian 17:1)
El Olam – Tuhan abadi (Yesaya 40:28)
Yahweh – TUAN “saya”, bermakna keabadian Tuhan (Keluaran 3:13,14)

Kita mengaji lebih lanjut sifat-sifat Tuhan; Tuhan adalah abadi, bermakna Dia tiada permulaan dan kewujudannya tidak berakhir. Tuhan adalah tidak mati, tiada had (Ulangan 33:27; Mazmur 90:2; 1 Timoti 1:17). Tuhan tidak berubah, bermakna Dia tidak bertukar; iaitu Tuhan adalah boleh diharapkan dan dipercayai dengan muktamad (Maleakhi 3:6; Bilangan 23:19; Mazmur 102:26,27). Tuhan tidak dapat disbanding, bermakna Dia adalah unggul; Dia adalah sempurna (2 Samuel 7:22; Mazmur 86:8; Yesaya 40:25; Matius 5:48). Tuhan adalah tidak dapat diketahui sepenuhnya, bermakna Dia adalah mendalam, tidak boleh dicari, melebihi kefahaman manusia (Yesaya 40:28; Mazmur 145:3; Roma 11:33,34).

Tuhan adalah adil, bermakna Dia tidak menunjuk pilih kasih (Ulangan 32:4; Mazmur 18:30). Tuhan adalah maha kuasa, bermakna Dia tidak terhad kuasannya; Dia boleh buat apa-apa yang Dia suka, tetapi perbuatannya selalu mengikuti sifat-sifatnya yang suci (Wahyu 19:6; Yeremia 32:17,27). Tuhan tahu segala-galanya, sekarang, masa depan dan apa yang kita fakir; kerana Dia tahu segalanya maka keadilannya selalu betul (Mazmur 139:1-5; Amsal 5:21). Tuhan berada dimana-mana, bermakna Dia hadir di semua tempat, tetapi ini tidak bermakna Tuhan ialah semua benda (Mazmur 139:7-13; Yeremia 23:23).

Tuhan hanya satu, bermakna bukan sahaja tiada tuhan lain, tetapi juga hanya Dia yang dapat memenuhi keperluan hati kita, dan Dia sahaja perlu disembah oleh kita (Ulangan 6:4). Tuhan adalah betul, bermakna Tuhan tidak akan berbuat salah; kerana kebetulan dan kesucian Tuhan maka dapatlah dosa kita diampun, Yesus terpaksa mengalami keadilan Tuhan semasa dosa kita diletakkan ke atasnya (Keluaran 9:27; Matius 27:45-46; Roma 3:21-26).

Tuhan adalah paling berdaulat, bermakna Dia adalah paling tinggi; semua penciptaannya tidak dapat mengubah tujuan Tuhan (Mazmur 93:1; 95:3; Yeremia 23:20). Tuhan ialah roh, bermakna Dia tidak dapat dilihat (Yohanes 1:18, 4:24). Tuhan ialah Trinity, bermakna Dia ialah tiga dalam satu, sama sifat, sama rata dalam kuasa dan kemuliaan. Beri perhatian bahawa perengan Kitab pertama menyatakan Tuhan sebagai tunggal walaupun ia merujuk kepada tiga Individu – Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Holy Spirit (Matius 28:19; Markus 1:9-11). Tuhan ialah Kebenaran, bermakna Dia tidak bercanggah dengan sifat sendiri, Dia selalu tidak merosot dan tidak tipu (Mazmur 117:2; 1 Samuel 15:29).

Tuhan ialah suci, bermakna Dia berpisah daripada segala kerosakan moral dan membenci dosa. Tuhan murka terhadap dosa dan maksiat; api selalu disebut bersama kesucian di dalam Kitab. Tuhan dirujuk sebagai Api yang memusnahkan (Yesaya 6:3; Habakuk 1:13; Keluaran 3:2,4,5; Ibrani 12:29). Tuhan adalah rahmat – merangkumi kebaikan, kasihan, kecintaan dan kesayangan Tuhan – kesemuanya menerangkan kebaikan Tuhan. Jika bukan rahmat Tuhan,maka kita akan dipisahkan daripada semua sifat Tuhan. Nasib baik ini tidak berlaku, kerana Tuhan ingin mengetahui kita secara individu (Keluaran 34:6; Mazmur 31:19; 1 Petrus 1:3; Yohanes 3:16; 17:3).

Semua ini adalah kecubaan yang sederhana untuk menjawap soalan yang besar mengenai Tuhan. Sila berasa menggalak mencari kebenaran mengenai Tuhan (Yeremia 29:13).



Balik kepada laman bahasa Melayu

Apakah sifat-sifat Tuhan? Bagaimana rupanya Tuhan?