Apakah yang dibenarkan dan dan yang tidak dalam hubungan seks kepada pasangan Kristian yang telah berkahwin?




Soalan: Apakah yang dibenarkan dan dan yang tidak dalam hubungan seks kepada pasangan Kristian yang telah berkahwin?

Jawapan: Alkitab berkata "Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkawinan dan janganlah kamu mencemarkan tempat tidur, sebab orang-orang sundal dan pezinah akan dihakimi Allah"(Ibrani 13:4). Firman Tuhan tidak ada menyebut apa yang boleh atau yang tidak boleh dilakukan pasangan suami isteri secara seksual. Suami isteri diberitahu, “Janganlah kamu saling menjauhi, kecuali dengan persetujuan bersama untuk sementara waktu” (1 Korintus 7:5a). Ayat ini meletakkan prinsip bagi perhubungan seksual dalam perkahwinan. Apapun yang dilakukan mestilah atas persetujuan bersama. Tidak ada seorangpun yang didorong untuk melakukan sesuatu yang tidak selesa atau yang difikirnya sebagai satu kesalahan bagi dirinya. Sekiranya pasangan suami isteri bersetuju mencuba sesuatu (contohnya seks oral, kedudukan yang berbeza, alat-alat seks, dsb.), maka Alkitab tidak memberi sebab mengapa mereka tidak diperbolehkan.

Namun ada beberapa perkara yang tidak diperbolehkan secara seksual bagi pasangan yang sudah berkahwin. Amalan “bertukar pasangan” atau “membawa orang tambahan” (bertiga, berempat, dsb.) adalah perzinahan terang-terangan (Galatia 5:19; Efesus 5:3; Kolose 3:5; 1 Tesalonika 4:3). Perzinahan adalah dosa walaupun pasangan anda mengizinkan, bersetuju atau terlibat dalamnya. Pornografi menarik “keinginan daging dan keinginan mata” (1 Yohanes 2:16). Oleh sebab itu ianya dikecam. Suami isteri tidak seharusnya membawa pornografi dalam hubungan seks mereka. Selain daripada dua perkara ini, Firman Tuhan tidak ada larangan terhadap pasangan suami isteri tentang bagaimana mereka melayani satu sama lain berdasarkan persetujuan bersama.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dibenarkan dan dan yang tidak dalam hubungan seks kepada pasangan Kristian yang telah berkahwin?