sekali diselamat selalu diselamat
 
 

Sekali diselamat selalu diselamat?



Soalan: Sekali diselamat selalu diselamat?

Jawapan: Adakah seorang Kristian sekali diselamat bermakna selalu diselamat juga? Bila orang mengenali Kristus sebagai penyelamat, mereka mengikat satu perhubungan dengan Tuhan yang pastikan penyelamatan mereka kekal abadi. Banyak perengan di dalam Kitab Injil mengumumkan fakta ini. (a) Roma 8:30 kata, “Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya.”. Ayat tersebut memberitahu kita, seketika Tuhan pilih kita, maka adalah seperti kita diberi kemuliaan bersamanya di syurga. Tiada ada apa yang boleh menghalang orang yang percaya daripada mendapat kemuliaan jika Tuhan sudah menentukannya di syurga. Bila seorang dianggap lengkap oleh Tuhan, maka penyelamatannya dijanji kekal – dia adalah selamat seperti sudah berada di dalam kemuliaan syurga.

(b) Paulus juga bertanyakan soalan yang kritikal di dalam Roma 8:33-34, “Siapakah yang akan menggugat orang-orang pilihan Tuhan? Tuhan, yang membenarkan mereka? Siapakah yang akan menghukum mereka? Kristus Yesus, yang telah mati? Bahkan lebih lagi: yang telah bangkit, yang juga duduk di sebelah kanan Tuhan, yang malah menjadi Pembela bagi kita?”. Siapa boleh menuduh orang yang dipilih oleh Tuhan? Tiada siapa kerana Yesus ialah penyelamat kita. Siapa boleh mengadilkan kita berdosa? Tiada siapa, kerana Kristus, sudah mati untuk kita, Dia yang mengadilkan kita. Kita mempunyai pengadil dan penyelamat sebagai Tuan kita.

(c) Penganut adalah dilahirkan semula (diperbaharui) semasa mereka percaya (Yohanes 3:3; Titus 3:5). Untuk seorang Kristian kehilangan penyelamatannya, dia mesti mengalami proses bersongsang dengan pembaharuan. Kitab Injil tidak kata kelahiran semula boleh diambil alih. (d) Roh Kudus hidup di dalam semua penganut (Yohanes 14:17; Roma 8:9) dan membaptis mereka ke dalam Badan Kristus (1 Korintus 12:13). Untuk seorang penganut menjadi tidak diselamat, dia mesti ditinggalkan oleh Roh Kudus dan dipisahkan daripada Badan Kristus. (e) Yohanes 3:15 mengatakan bahawa barang sesiapa yang percaya kepada Yesus Kristus akan mempunyai “kehidupan abadi”. Jika kamu percaya kepada Kristus hari ini dan hilangkannya esok, maka ia bukan abadi lagi. Jika kamu boleh kehilangan kehidupan abadi, maka janji di dalam Kitab Injil adalah tidak betul.

(f) Sebagai kesimpulan, saya rasa Kitab Injil berkata dengan betul bahawa, “Sebab aku yakin, bahwa baik maut, maupun hidup, baik malaikat-malaikat, maupun pemerintah-pemerintah, baik yang ada sekarang, maupun yang akan datang, atau kuasa-kuasa, baik yang di atas, maupun yang di bawah, ataupun sesuatu makhluk lain, tidak akan dapat memisahkan kita dari kasih Tuhan, yang ada dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.” (Roma 8:38-39). Ingat bahawa Tuhan yang menyelamat kamu adalah Tuhan yang melindungi kamu. Sekali diselamat bermakna selalu diselamat. Penyelamatan kita adalah dikekalkan secara abadi.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Sekali diselamat selalu diselamat?