Apakah pertaubatan dan mengapa diperlukan demi keselamatan?




Soalan: Apakah pertaubatan dan mengapa diperlukan demi keselamatan?

Jawapan: Kebanyakan orang memahami istilah "pertaubatan" bermaksud "berbalik daripada dosa". Ini bukannya pengertian Alkitab tentang pertaubatan. Menurut Alkitab, perkataan "bertaubat" bermaksud "berubah fikiran". Alkitab turut memaklumkan bahawa pertaubatan yang sejati akan menunjukkan perubahan perlakuan (Lukas 3:8-14, Kisah Rasul 3:19). Kisah 26:20 menyebutkan, "Namun pada mulanya aku memberitahu mereka haruslah bertaubat dan kembali pada Allah serta melakukan perbuatan-perbuatan yang sesuai dengan pertaubatan tersebut. Definisi pertaubatan sepenuhnya menerusi Alkitabiah merupakan perubahan fikiran yang menukar perlakuan.

Jika demikian, adakah hubungan di antara pertaubatan dan keselamatan? Kisah Rasul jelasnya menumpukan pada pertaubatan dalam hubungannya dengan keselamatan (Kisah 2:38, 3:19; 11:18; 17:30; 20:21; 26:20). Bertaubat dan kaitannya dengan keselamatan ialah mengubah fikiran anda dalam hubungannya dengan Yesus Kristus. Menerusi khutbah Petrus semasa hari Pentakosta (Kisah 2), beliau mengakhirinya dengan sebutan agar umat bertaubat (Kisah 2:38). Bertaubat daripada apa? Petrus menyebut golongan yang menolak Yesus Kristus (Kisah 2:36) untuk mengubah fikiran mereka tentang Dia, demi mengakui bahawa Dia sesungguhnya adalah "Tuhan dan Kristus"(Kisah 2:36). Petrus menggelarkan golongan tersebut agar mengubah pemikiran daripada menolak Kristus sebagai Mesiah, kepada beriman kepadaNya sebagai Mesiah dan Juruselamat.

Pertaubatan dan iman dapat difahami sebagai "dua sudut siling yang sama". Mustahil beriman kepada Yesus Kristus sebagai Juruselamat tanpa mengubah fikiran anda terlebih dahulu tentang siapa Dia dan apa yang telah dilakukanNya. Adakah ini pertaubatan dari penolakan yang disengajakan, atau pertaubatan dari acuh-tak-acuh atau separa hati-itulah perubahan fikiran. Pertaubatan Alkitabiah, menerusi hubungannya dengan keselamatan, mengubah fikiran anda daripada menafikan Kristus kepada beriman terhadap Nya.

Penting bagi memahami pertaubatan bukanlah karya kita demi memperoleh keselamatan. Tiada seorangpun mampu bertaubat dan hadir di hadapan Allah kecuali Allah yang menyeru orang tersebut kepadaNya (Yohanes 6:44). Kisah 5:31 dan 11:18 menunjukkan bahawa pertaubatan kurniaan Allah - yang tidak mustahil kerana kurniaanNya. Tiada seorangpun mampu bertaubat kecuali Allah mengizinkan pertaubatan. Segala yang berkaitan dengan keselamatan, termasuklah pertaubatan dan iman, merupakan hasil Allah menyeru kita, membuka mata , dan menggubah hati kita. SabarNya Allah membimbing kita kepada pertaubatan (2 Petrus 3:9), begitulah kebaikanNya (Roma 2:4).

Walaupun pertaubatan bukanlah kerja untuk menghasilkan keselamatan, ia membimbing ke arah keselamatan, pastinya melahirkan suatu kerja. Adalah mustahil benar-benar dan secara menyeluruh mengubah pemikiran anda tanpa memberi kesan pada perilaku. Menerusi Alkitab, pertaubatan melahirkan perubahan perlakuan. Itulah sebabnya Yohanes Pembaptis menyeru umat "menghasilkan buah yang sesuai dengan pertaubatan" (Matius 3:8). Seseorang yang telah jitu bertaubat daripada penafian akan Kristus kepada iman terhadapNya akan tampil melalui hidup yang berubah (2 Korintus 5:17, Galatia 5:19-23, Yakobus 2:14-26). Pertaubatan, didefinisikan dengan tepatnya, perlu demi keselamatan. Pertaubatan yang Alkitabiah mengubah pemikiran anda tentang Yesus Kristus dan kembali kepada Allah dalam iman demi keselamatan (Kisah 3:19). Kembali daripada dosa bukanlah definisi pertaubatan, melainkan ia merupakan salah satu daripada hasil pertaubatan yang jitu, yang berasaskan iman, yang membimbing ke arah Tuhan Yesus Kristus.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah pertaubatan dan mengapa diperlukan demi keselamatan?