settings icon
share icon
Soalan

Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai perceraian dan perkahwinan semula?

Jawapan


Terlebih dahulu, tidak kira apakah pendapat peribadi setiap orang mengenai perceraian, adalah penting bagi kita untuk mengingat kembali ayat-ayat di Maleakhi 2:16: “Tuhan Allah Israel berfirman, “Aku membenci perceraian. Aku tidak suka apabila salah seorang daripada kamu berbuat hal sekejam itu terhadap isterinya. Pastikanlah supaya kamu tidak memungkiri janji untuk tetap setia kepada isteri kamu.”” Mengikut Kitab Injil, perkahwinan ialah perjanjian untuk seumur hidup. “Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang, tetapi satu. Oleh itu, mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia.” (Matius 19:6) Tuhan mengetahui bahawa perkahwinan membabitkan dua orang manusia yang berdosa, oleh itu perceraian mesti akan berlaku. Dalam Perjanjian Lama, Tuhan menetapkan undang-undang tertentu untuk melindungi hak perempuan yang diceraikan (Ulangan 24:1-4). Yesus berkata bahawa undang-undang tersebut diberi kerana kekerasan hati manusia, bukan kerana Tuhan bersetuju dengannya (Matius 19:8).

Percanggahan antara perceraian dan perkahwinan semula dibincang di dalam Kitab Injil khasnya dalam ayat-ayat Matius 5:32 dan 19:9. Ungkapan “kecuali kerana ketidaksetiaan perkahwinan” mungkin adalah alasan tunggal dalam Kitab Injil yang membenarkan perceraian dan perkahwinan semula. Ramai orang percaya bahawa “alasan tunggal” adalah merujuk kepada “ketidaksetiaan perkahwinan”. Mengikut adat resam Yahudi, lelaki dan perempuan dianggap sudah berkahwin apabila mereka sudah bertunang. Ketidaksetiaan setelah bertunang boleh mengakibatkan perceraian.

Walau bagaimanapun, bahasa orang Yunani bagi “ketidaksetiaan perkahwinan” boleh membawa makna segala keruntuhan akhlak dari segi seks. Hal ini boleh bermakna perbuatan berzina dan pelacuran. Maksud Yesus mengenai perceraian dibenarkan jika terdapat perbuatan seks di luar perkahwinan. Hubungan seks adalah satu unsur penting dalam perkahwinan kerana “dua orang menjadi satu” (Kejadian 2:24; Matius 19:5; Efesus 5:31). Oleh itu, perceraian dibenarkan apabila berlaku perpecahan hubungan perkahwinan akibat hubungan seks di luar perkahwinan. Yesus juga menyatakan tentang perkahwinan semula. Ungkapan “dan mengahwini orang lain” (Matius 19:9) menunjukkan perceraian dan perkahwinan semula adalah dibenarkan dalam keadaan tersebut. Walaupun tidak disebut dalam teks Kitab Injil, kebenaran untuk bercerai dan berkahwin semula adalah restu Tuhan untuk melindungi orang yang dilayan secara tidak adil, iaitu mangsa! Terdapat contoh pihak yang berdosa dibenarkan berkahwin semula, tetapi hal ini bukan ajaran asal Kitab Injil.

Terdapat orang yang mentafsir 1 Korintus 7:15 sebagai satu pengecualian, membenarkan perkahwinan semula jika salah satu pihak yang tidak percaya menceraikan pihak yang percaya. Tetapi konteks ini tidak menyebut tentang perkahwinan semula tetapi hanya menyatakan bahawa seorang penganut tidak semestinya meneruskan hubungan perkahwinan jika jodohnya hendak meninggalkannya. Ada orang yang berpendapat bahawa keganasan keluarga adalah alasan baik untuk perceraian walaupun hal ini tidak ditulis dalam Kitab Injil.

Alasan ketidaksetiaan perkahwinan dibenarkan untuk bercerai, tetapi bukan satu kemestian untuk bercerai. Walaupun dosa seks telah dilakukan, tetapi dengan rahmat Tuhan, kita boleh belajar mengampuni dan membina semula hubungan perkahwinan kerana Tuhan sudi memaafkan kita yang banyak berdosa. Kita mesti mengikut teladan Tuhan dan memaafkan dosa zina (Efesus 4:32). Tetapi dalam banyak kes, salah satu pihak tidak menyesal dan meneruskan dosanya. Dalam keadaan ini, Matius 19:9 boleh digunakan. Ramai orang berkahwin semula dengan cepat walaupun Tuhan ingin mereka bujang. Tuhan kadangkala inginkan seseorang bujang supaya dia boleh menumpukan perhatian pada kerja Tuhan (1 Korintus 7:32-35). Perkahwinan semula boleh menjadi satu pilihan selepas perceraian, tetapi bukannya satu pilihan tunggal.

Sungguh dukacita melihat kadar perceraian dalam kalangan penganut Kristian adalah setinggi orang yang tidak percaya. Kitab Injil menyatakan bahawa Tuhan benci kepada perceraian (Maleakhi 2:16) dan mengampuni dan memulihkan hubungan patut menjadi tanda penganut (Lukas 11:4, Efesus 4:32). Tetapi Tuhan tahu bahawa perceraian tetap akan berlaku di kalangan orang yang percaya. Penganut yang bercerai atau berkahwin semula tidak perlu merasakan dirinya kurang disayangi oleh Tuhan, walaupun perceraian mereka bukan disebabkan perbuatan berzina. Tuhan mampu menggunakan Kristian yang berdosa untuk mencapai sesuatu yang baik.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai perceraian dan perkahwinan semula?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries