settings icon
share icon
Soalan

Bilakah pengangkatan akan berlaku dalam hubungannya dengan masa sengsara?

Jawapan


Masa pengangkatan gereja dalam hubungannya dengan masa sengsara merupakan salah satu isu paling kontroversi dalam gereja sekarang ini. Tiga pandangan utama adalah sebelum-sengsara (pengangkatan berlaku sebelum sengsara), pertengahan-sengsara (pengangkatan berlaku di pertengahan masa sengsara) dan selepas-sengsara (pengangkatan berlaku selepas masa sengsara). Satu pandangan keempat di kenali sebagai sebelum-murka merupakan pandangan pertengahan-sengsara dengan beberapa ubah suai.

Penting untuk memahami tujuan masa sengsara. Menurut Daniel 9:27, terdapat satu kali tujuh masa “tujuh” (tujuh tahun) yang masih akan datang. Keseluruhan nubuatan Daniel tentang tujuh puluh kali tujuh masa (Daniel 9:20-27) adalah bercakap tentang Israel. Ianya merupakan satu masa di mana Tuhan memberikan perhatian khusus terhadap Israel. Masa tujuh puluh kali tujuh, masa-sengsara juga adalah masa Tuhan berurusan secara khusus dengan Israel. Walaupun ini tidak selalu menunjukkan bahwa gereja tidak hadir, ia membawa pertanyaan mengapa gereja harus ada di atas bumi selama waktu itu.

Bahagian Firman yang bercakap tentang pengangkatan terdapat dalam 1 Tesalonika 4:13-18. Di sana dikatakan bahawa semua orang-orang percaya yang masih hidup bersama-sama dengan orang-orang percaya yang telah meninggal dunia akan berjumpa dengan Tuhan di udara dan akan bersama-sama dengan Tuhan selama-lamanya. Pengangkatan adalah Tuhan memindahkan umat-Nya dari bumi. Dalam ayat menyusuli dalam 1 Tesalonika 5: 9, Paulus berkata, “Karena Allah tidak menetapkan kita untuk ditimpa murka, tetapi untuk beroleh keselamatan oleh Yesus Kristus, Tuhan kita.” Kitab Wahyu yang banyak bercakap tentang masa-sengsara, merupakan mesej nubuatan tentang bagaimana Tuhan akan melampiaskan murka-Nya ke atas muka bumi. Tuhan tidak bersifat konsisten apabila Dia berjanji orang-orang percaya tidak akan menderita murka Tuhan tetapi kemudian meninggalkan mereka di bumi untuk melalui masa sengsara. Kenyataan Tuhan untuk menyelamatkan orang-orang Kristian dari murka dengan segera setelah berjanji untuk mengambil umatNya dari bumi nampak seperti bercakap tentang perkara yang sama.

Satu lagi petikan penting waktu pengangkatan terdapat dalam Wahyu 3:10, di mana Kristus berjanji untuk membebaskan orang-orang dari "hari pencobaan" yang akan datang ke atas bumi. Hal ini memberikan dua pengertian: Samada Kristus akan melindungi orang-orang percaya sewaktu masa sengsara, atau Ia akan melepaskan orang-orang percaya dari masa-sengsara. Kedua-duanya merupakan erti yang sah kepada perkataan Yunani yang diterjemahkan “dari”. Bagaimanapun penting mengingati perlindungan daripada masa sengsara yang dijanjikan Tuhan terhadap orang-orang percaya. Kristus berjanji untuk menjauhkan orang-orang percaya daripada masa pencobaan yang akan datang ke atas seluruh dunia.

Tujuan masa sengsara,tujuan pengangkatan, erti kepada 1 Tesalonika 5:9, dan penafsiran Wahyu 3:10 semua ini menyokong kedudukan pengangkatan sebelum masa sengsara. Kalau Alkitab ditafsir secara harfiah dan konsisten maka kedudukan sebelum masa sengsara merupakan penafsiran yang paling Alkitabiah.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Bilakah pengangkatan akan berlaku dalam hubungannya dengan masa sengsara?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries