Pembaptisan Kristian
 
 

Apakah kepentingan pembaptisan Kristian?



Soalan: Apakah kepentingan pembaptisan Kristian?

Jawapan: Pembaptisan Kristian, mengikut kitab injil, ialah satu testimony luaran yang menunjukkan apa yang berlaku di dalam jiwa seorang Kristian. Pembaptisan Kristian menggambarkan identiti seorang Kristian berbubung dengan kematian Kristus, pengebumiannya dan kebangkitan daripada kematian. Kitab Injil mengumumkan, “Atau tidak tahukah kamu, bahwa kita semua yang telah dibaptis dalam Kristus, telah dibaptis dalam kematian-Nya? Dengan demikian kita telah dikuburkan bersama-sama dengan Dia oleh baptisan dalam kematian, supaya, sama seperti Kristus telah dibangkitkan dari antara orang mati oleh kemuliaan Bapa, demikian juga kita akan hidup dalam hidup yang baru.” (Roma 6:3-4). Dalam pembaptisan Kristian, perbuatan terendam ke dalam air menggambarkan dikebumikan bersama Kristus. Perbuatan bangun daripada air menunjukkan Kebangkitan Kristus daripada kematian.

Dalam pembaptisan Kristian, sepatutnya terdapat dua keperluan sebelum seorang dibaptis: (1) orang yang dibaptis mesti mempunyai kepercayaan di dalam Yesus Kristus bebagai Penyelamat, dan (2) orang itu mesti memahami apa makna pembaptisan. Jika orang itu mengetahui Yesus Kristus ialah Penyelamat, memahami bahawa pembaptisan ialah satu langkah menunjukkan kesetiaan kepada Tuhan dan mengumumkan kepercayaannya di depan khalayak ramai. Orang itu ingin dibaptis dan pasti tentang kepercayaannya, maka tiada alasan dia tidak dibaptis. Mengikut Kitab Injil, pembaptisan ialah simbol kesetiaan dan ketaatan kepada Tuhan, pengakuan secara umum bahawa orang itu percaya kepada Yesus Kristus sahaja untuk penyelamatan. Pembaptisan Kristian adalah penting kerana ia menunjukkan taat-setia kepada Tuhan – menunjukkan kepercayaan kepada Kristus secara terbuka dan komitmen kepada Dia, menerima identiti berama Kristus di dalam kematian, pengebumian dan kebangkitan.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Apakah kepentingan pembaptisan Kristian?