settings icon
share icon
Soalan

Penafsiran mimpi Kristian? Adakah mimpi kita bersal dari Tuhan?

Jawapan


GotQuestions.org bukan pelayanan penafsiran mimpi. Kami tidak menafsir mimpi. Kami sungguh yakin bahawa mimpi seseorang dan erti mimpi-mimpi itu adalah di antara mereka dengan Tuhan. Masihkah Tuhan bercakap melalui mimpi? Tuhan banyak kali berbicara di dalam mimpi kepada orang-orang di seluruh Alkitab. Contoh-contoh seperti Yusuf, anak Yakub (Kejadian 37:5-10); Yusuf, suami Maria (Matius 2:12-22); Solomo (1 Raja-Raja 3:5-15); dan beberapa orang lain lagi (Daniel 2:1, 7:1; Matius 27:19). Ada juga nubuatan dari nabi Yoel (Yoel 2:28) yang telah dipetik oleh Rasul Petrus dalam Kisah 2:17 dan bercakap tentang Tuhan menggunakan mimpi. Jadi jawabannya yang sederhana adalah ya, Tuhan boleh dan memang bercakap melalui mimpi.

Namun, ada perbezaan dalam cara kita menerapkan kebenaran tersebut pada hari ini. Kita harus ingat bahawa Alkitab sudah siap diwahyukan kepada kita dan telah mendedahkan segala yang kita perlu tahu dari sekarang sehingga kekekalan. Ini bukan mengatakan Tuhan tidak melakukan mujizat atau berbicara melalui mimpi pada hari ini, tetapi apa pun yang dikatakan Tuhan samada itu mimpi, visi, kesan di hati atau “suara lembut dan halus”, semua akan bersetuju sepenuhnya dengan apa yang telah dinyatakan dalam Firman-Nya. Mimpi tidak boleh diletakkan di tempat yang lebih berkuasa daripada Alkitab/Firman Tuhan.

Jika anda mempunyai mimpi dan merasa bahawa Tuhan mungkin memberikan mimpi itu kepada anda, berdoa sambil menyemak Firman Tuhan. Pastikan mimpi anda bersesuaian dengan Firman Tuhan. Jika benar demikian, berdoalah bersungguh-sungguh tentang apa yang Tuhan ingin anda lakukan sebagai tindakbalas terhadap mimpi anda (Yakobus 1:5). Dalam Alkitab, apabila seseorang mengalami mimpi daripada Tuhan, mimpi itu akan diberi pengertian yang jelas oleh Tuhan, samada secara langsung kepada orang yang bermimpi, melalui malaikat, ataupun melalui seorang pembawa mesej (Kejadian 40:5-11; Daniel 2:45, 4:19). Apabila Tuhan berbicara kepada kita, Dia memastikan bahawa mesej-Nya jelas difahami.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Penafsiran mimpi Kristian? Adakah mimpi kita bersal dari Tuhan?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries