settings icon
share icon
Soalan

Apakah pengkufuran terhadap Roh Kudus?

Jawapan


Kes “pengkufuran Roh Kudus" dalam Perjanjian Baru disebut dalam Markus 3:22-30 dan dalam Matius 12:22-32. Istilah pengkufuran boleh didefinisikan secara am sebagai “keingkaran akibat tidak hormat”. Kita boleh menggunakan istilah ini pada dosa seperti mengutuk Tuhan atau sengaja merendahkan perkara-perkara berkaitan dengan Tuhan. Begitu juga dengan mengatakan bahawa Tuhan mempunyai sifat jahat atau menafikan kebaikan yang merupakan sifat Tuhan. Walau bagaimanapun, kes pengkufuran ini adalah spesifik iaitu dipanggil “pengkufuran terhadap Roh Kudus” dalam Matius 12:31. Dalam Matius 12:31-32, para farisi mendakwa bahawa Yesus dirasuk roh jahat “Beelzebul” setelah menyaksikan bukti yang tidak dapat dinafikan bahawa Yesus melakukan mukjizat dengan kuasa Roh Kudus (Matius 12:24). Dalam Markus 3:30 Yesus dengan spesifik menjelaskan tindakan mereka yang “mengkufuri Roh Kudus."

Pengkufuran berlaku apabila salah seorang menuduh Yesus Kristus dirasuk roh jahat dan bukannya Roh Tuhan. Terdapat cara-cara lain untuk mengkufuri Roh Kudus, tetapi pengkufuran ini tidak dapat diampuni. Sebagai akibatnya, pengkufuran Roh Kudus tidak boleh diduplikasi hari ini. Yesus Kristus tidak berada di bumi tetapi duduk di sebelah kanan Tuhan. Tiada sesiapa yang boleh menyaksikan Yesus Kristus melaksanakan mukjizat dan menyifatkannya sebagai kuasa syaitan dan bukannya Roh Kudus. Walaupun tiada pengkufuran Roh Kudus pada hari ini, kita perlu sentiasa ingat bahawa terdapat keadaan yang tidak dapat diampuni iaitu keadaan ketidakpercayaan yang berterusan. Tiada pengampunan bagi mereka yang mati dalam ketidakpercayaan. Sentiasa menolak bisikan Roh Kudus untuk percaya kepada Yesus Kristus ialah pengkufuran yang tidak dapat diampuni. Ingat segala yang dinyatakan dalam Yohanes 3:16, "Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal." Seseorang hanya tidak akan menerima pengampunan apabila dia bukan antara “orang yang percaya”.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah pengkufuran terhadap Roh Kudus?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries